Yummy Friends

Sunday, September 26, 2010

Petua-Petua Masakan


Petua2 masakan yg perlu anda tahu utk dikongsi bsama:

• Mengekalkan Kesegaran Sayuran

Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.
Mencuci Kerang Dengan Mudah

Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.


Jemput-jemput  Sentiasa Lembut

Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

Friday, September 24, 2010

Makan Nasi Beriani & Canai Telur, Sponsor By Kak Sal

Ni cerita psl posa bulan lepas.
Hehehe...dah msk syawal baru nk cerita.
Biasalah time posa, mls nk cerita psl makanan byk sgt.
Lapar nanti...hahaha.

Lama juga tk mkn nasi beriani ni.
Syukurlah ada org sponsor pula tu.
Makan free nampaknya...hahaha.

Sedapnyeee......yum yum.

Tuesday, September 21, 2010

Khasiat Kurma Yang Ajaib

Credit:Google

Info menarik utk dikongsi bsama:

Kita disunatkan berbuka dengan kurma dan kurma ini juga bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Di dalam Al Quran ada dinyatakan mengenai kebaikan memakan kurma bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan anak iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 ke 26. Ia mengenai kisah Maryam yang sakit untuk bersalin Nabi Isa a.s. Allah memerintahkan Maryam memakan kurma.


Mengapa kurma amat bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Buah kurma ini penuh dengan khasiat. Mengikut kajian ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.


Buah ini juga dibina daripada 23 jenis asid amino yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakan buah-buahan lain. Buah kurma juga mengandungi selenium, bahan yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang mampu mencegah kanser.

Monday, September 20, 2010

Cuti Raya Dah Habis, Time To Work Dah

Cuti raya seminggu lebih, dah blalu.
Sekarang msnya balik hostel, keje.
Pastinya banyak keje yg menanti di ofis.
Apa nk buat dah keje namanya.

Dah balik hostel ni.
Terasa rindu pula nk makan ketupat dan rendang...he3.


Sedapnyeee....
Hari tu dah makan banyak.
Sampai sakit perut...walauapa pun puas makan...

OK...SALAM LEBARAN SEMUA YA.

Friday, September 10, 2010

Selamat Aidil Fitri Semua

Tangan dihulur mohon kemaafan di pg syawal yg indah.
Haraplah dimaafkan ye.
Mana tau spjgn pkenalan or dlm dunia blog ni.
Saya tcakap salah dan myinggung perasaan kwn2ku.
Ampun maaf dipinta ya.



SELAMAT HARI RAYA. 
MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, September 2, 2010

3 Ketul Buffered Earning Rezeki Ramadhan Bulan Ini


Opp...bukan 3 tp 4 ketul buffered earning sy dpt bulan ni.
Syukur byk2....nilah rezeki di bulan yg mulia ni.
Bulan Ramadhan...tk sangka jg dpt 4 ketul skaligus.


Hope lepas ni income naiklah sikit.
Dptlah sy cashoutnye nanti.
Berbelanja dgn duit free Nuffnang.
Pastinye bestkan....just duduk depan laptop dan update blog, dpt duit.
Senang je...mcm ABC...huhuhu.


Betul tak kwn2.
Tp kalau tk rajin update dan tingkat trafik, payah jg nk dpt duit Nuffnang ni.
So...maksudnya kena usaha juga.
Siapa nk bg duit kat kita free jekan.
Kalau tk usaha...wpun sikit, jdlah.
Oklah...SELAMAT BBUKA SEMUA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."