Yummy Friends

Thursday, July 30, 2009

Yummynye......Nasi Ayam

Yummy...tgk gambar nasi ayam kat atas ni. Myelerakan betullah.

Sy mmg minat makan nasi ayam. Selalunya lepas habis shopping, tengahari bedal nasi ayam. Sedaaaaaap....rs nk tambah dua kali, tp malulah pula. Hahahaha.

Tempat nasi ayam yg sedap di Bintulu, rsnya di tingkat atas Parkcity Mall. Tempat lain sy tk pastilah pula. Coz tempat tu je sy sll p.

Mgikut selera sy, nasi ayamnye...boleh tahan sedap jugak.


Bg anda yg mahu cuba buat nasi ayam sendiri boleh try resepi ni:
Sumber: Resepi.iLuvislam

NASI

Bahan-bahannya:

- serai 2 batang (diketuk)

- bawang putih 3 ulas (ditumbuk kasar)

- halia (1 inci) - stok nasi ayam Maggie ,5 camca

- 3 cawan beras

- marjerin

Cara-cara:

- basuh beras dan tambahkan air seperti biasa

- letak bahan yg disebutkan

- boleh diletakkan marjerin sikit samada ditumis terlebih dahulu atau terus letakkan sahaja dalam air.

- masakkan nasi

AYAM

Bahan-bahan:

- ayam yg telah dipotong

- serai 2 batang (diketuk)

- halia (1 inci)

- oyster sauce

- kicap

Cara-cara:

-bahan-bahan boleh diketuk sahaja atau dikisar halus

-perapkan ayam dengan bahan-bahan untuk satu jam atau lebih.

-gorengkannya.

KICAP

-kuahnya diambil dari perapan ayam tadi

-masakkan ia sebentar dan boleh ditambah kicap dan oyster sauce

-kalau cair tambahkan sedikit gandum.

CILI

Bahan-bahan:

- 5 cili merah

- 2 biji tomato

- 1 inci halia

- 3 ulas bawang putih

- asam jawa (1 kepal)

- gula ( i camca)

Cara-cara:

-masukkan semua bahan dalam pengisar

-letakkan air panas dalam pengisar setakat yg dikehendaki

-setelah dikisar, boleh letakkan 1 camca sos cili untuk rasa yg lebih baik.

SUP

Bahan-bahan:

- halia 1 inci

- 3 ulas bawang putih (diketuk)

- serai 1 atau 2 batang (diketuk)

- 3 camca stok nasi ayam maggie

- 1 batang kecil kulit kayu manis

- daun bawang (dihiris halus)

- bawang merah (dimayang)

Cara-cara:

- masukkan semua bahan dalam periuk

- sedikit minyak

- masukkan 3 camca stok nasi ayam maggie

- didihkan sehingga naik bau

- letakkan daun bawang dan bawang merah yg telah dimayang.

* hidangan untuk 5 orang ,masakan yg ringkas dan cepat

selamat mencuba!!

Monday, July 27, 2009

Kuey Teow Kerang Sedap Tau!!


Sedapnye...lama tk makan kuey teow kerang ni. Last makan...rsnye ms masih study kat kedah lg.

Tempat makan best kat psr mlm changlung, dah lupa nama kedai tu. Biasalah zaman2 muda dulu...hehehe. Itupun ehem ehem yg bawa p sana makan.

Kalau kat Bintulu ni, tak tahulah sy mana tpt makan kuey teow kerang. Mcm tk dgr apa2 gossip psl masakan ni..hehehe. Mcm artis pula kan. Tk pe kita buat sdiri jelah, lg best.

Resepi dr:

Blog: resepi-anak-pakcik-karim

KARTINA'S KUEY TEOW KERANG


BAHAN-BAHAN
Bawang merah-dihiris
Bawang puteh-dihiris
Cili kering-Dimesin
Cili Sos Life
Kicap Cap Kipas Udang
Kerang
Serai
TaugehDauh sup/daun bawang
Timun untuk hiasan
Telur
Kuay Teow

Cara-cara
Rebuskan kerang bersama sedikit garam. Jangan terlampau lama, nanti kerang kecut.
Ketuk serai dan masukkan dalamrebusan.
Rebus hingga masak.
Kopek kerang and asingkan dalam satu bekas.
Tumiskan bawang merah n putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering dahgoreng hingga masak.
Then masukkan kerang dan tumis lebih kurang 1 1/2minit.
Then masukkan kuay teow yang telah di basuh ( rendam first then toskandengan air paip sebanyak 3 kali ).
Masukkan sedikit cili sos life andkicap secukup rasa.
Last sekali masukkan taugeh and daun sup/bawang.
Hidangkan dengan timun and telur masak mata kerbau.

Resepi ala mskan Nyonya pula:


Sedapnyeee.....resepi ni kenalah dptkan ke blog tuan punya sdiri. Sy dah mgantuk ni, mls nk post kat sini...hehehe......ok nite2.

Oppss...lupa pula, ni link dia ye: cetusanselera

SELAMAT MENCUBA....OK.

Saturday, July 25, 2009

Sedap Ke Tempoyak??

Tempoyak??? Apa tu?? Tu lah persoalan yg blegar kat kepala otak sy ni. Bila saat ptama keluarga member sy mpkenalkan tempoyak kpd sy. Ms tu sy ikut member bcuti ke Pahang.

Cubalah rs...eiii rs peliklah. Tak berapa suka sgt. Kalau durian tu.........mmg sukaaaa sgt..hehehe.

Bagi peminat tempoyak, kat sini sy ada postkan resepi utk experimen anda d rumah.

Udang Masak Lemak Tempoyak

Bahan

400 gm udang
*1 inci lengkuas - kalau tak nak letakpun boleh
*1-1 1/2 inci kunyit hidup
*5 biji bawang merah
* 2-3 sudu besar cili kering yg diblended
*1 inci halia

1 btg serai diketok
4 sudu tempoyak
1 biji kelapa/ 1 pkt santan- 6 cawan air
1 keping asam keping
garam (ikut rasa)
5 biji lada hijau - tak payah potong
segenggam terung pipit (pilihan)

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.

2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk dan masukkan santan.Biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan udang, asam keping,terung pipit , tempoyak dan garam .
4.Kacau hingga mendidih dan masukkan lada hijau ....Sumber: mamasya

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan

  1. 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
  2. 4 sudu besar tempoyak
  3. 10 biji cili padi (dikisar)
  4. 3 cm kunyit hidup (dikisar)
  5. 3 batang serai (diketuk)
  6. 3 batang bunga kantan (dihiris)
  7. 5 helai daun kesum
  8. 2 cawan air
  9. Garam, minyak masak dan gula pasir.

Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumis cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar. Kacau seketika.
  2. Masukkan serai, bunga kantan dan daum kesum.
  3. Kemudian masukkan air, tempoyak dan ikan patin.
  4. Apabila mendidih, masukkan garam dan gula pasir secukupnya. Masak lagi hingga pekat...Sumber: spa.gov
SELAMAT MENCUBA

Thursday, July 23, 2009

Kenangan Musim Udang

Udang juga salah satu kegemaran sy. Ada sesetengah org alah makan udang. Entahlah apahal.
Bila sebut psl udang ni. T'ingat ms musim udang d kampung dulu.

Time musim udang ni, puas makan udaaaaaaaaang je. Tp tk jemu juga makan.
Kalau udang sy lebih suka masak....udang masak kicap.


Udang masak sos

Udang Goreng


Cucur Udang


Bila dah duduk hostel ni, nk masak pun payah. Kalau masak mee segera dapatlah...hehehe.

Tuesday, July 21, 2009

Guang Bing (Kom Pia)

Kali ni nk cerita sikit psl makanan cina....Nilah salah satu makanan kegemaran sy dulu2 iaitu Guang Bing ataupun dipanggil Kom Pia.


Nama makanan ini ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China.

Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba
.

Nk tahu tak.....spjg sy duduk di Sibu. Inilah makanan yg agak popular di sana. Sy kerap juga beli. Sedaaaaaaaaaap. Lama dah tk makan. Kat Bintulu sini rsnya ada, tp tak pasti di mana. Cubalah...kalau ada kesempatan tu ye.

Saturday, July 18, 2009

Oh Satay...Sedapnye.

Jom...kita pekena satay kat Tanjung Batu. Tanjung Batu merupakan tempat reakreasi yg agak popular juga di Bintulu ni. Ramai yg bkunjung ke situ utk menikmati suasana pantai yg tk kurang indahnya.

Ada juga yg dtg ke situ utk bbq, relax2 di hari minggu bsama keluarga, mandi manda & ingin pekena satay serta ais batu campur atau nama popularnya ABC. Tak kurang juga yg dtg ke situ utk dating..hehehe.

Hari t'akhir sy p Tanjung Batu ni, bulan lepas. Yelah lepas jalan2 shopping dgn member, so singgah sana kejap pekena satay & ABC. Sedap beb..hehehe. Tempat lain nk makan satay ni, rsnye kat Famous Mama Cafe.

Nk cuba buat satay sendiri mcm gambar d bawah ni...bolehlah dapatkan resepi kat:

resepi.iluvislam.com

Antara satay daging dgn ayam, sy lebih suka satay daging...sedap tau. Masa sy duduk di Sibu dulu, ada satu tpt tu mmg masakan satay dagingnya sedap btl. Dah lupa apa nama tpt tu, dah lama tinggalkan Sibu.

Kalau ada tpt yg best d mn2 sajalah...bagilah tahu. Mana tau sy bpeluang p sana someday.

Ok SELAMAT MENCUBA.....Jumpa lg.

Alahai Spagetti

Yummy...Spagetti. Lama dah tk makan spagetti ni. Last makan, ms kat pizza hut. Itu pun rsnya pelik. Tk suka sgt spagetti pizza hut, tk brp sedap. Hehehe...jgn marah ye pizza hut. Komen ikhlas je. Tp pizza kat situ...mmg sedap. Baru2 ni baru p sana, sbb ada farewell dinner member satu ofis. Sampai tk cukup perut sy makan pizza hut..hahaha.

Ms belajar d kedah, ada sorg pensyarah sy pandai masak spagetti ni. Mmg sedaplah dia buat. Sampai tambah beberapa pinggan..hehehe. Dengan muka tk malu tu.

Bagi ada yg nk sgt makan spagetti ni..bolehlah p tpt ni:

SS15, Subang Jaya, Selangor
Nearby 1 Station Subang Jaya
No. 21-G, Jalan SS15/8B, Subang Jaya, Selangor

Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
Restaurant 1
Euro Deli Grill
No. 29, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Tel : 603-2162 6991
Fax : 603-2162 6991

Ni maklumat yg sy dpt dr internet...kalau ada tpt best d tpt anda, bgtau ok....nanti boleh terjah..hehehe.

Nk buat spagetti sendiri, boleh dptkan resepi d sini:

resepi.mesra.net

myresipi.com

Sy pun nk cuba...tunggu balik rumah sdiri...ok SELAMAT MENCUBA

Ketam Oh Ketam

Sapa peminat ketam sini...angkat tangan. Hehehe...sy dah angkat awal dah.

Dulu adik sy suka tangkap ketam ni, banyak hasil dia dapat. Makan pun jenuh dbuatnya..asyik2 ketam. Tp adik sy ni, kalau dpt banyak ketam, dia jual kat pasar. Boleh tahan juga harganya.

Tengok gambar masakan ketam di atas...ada mcm2 stail masakan org kita skrg. Nampak myelerakan. Tp masakan ibu sy lg best..hehehe.

Nk makan ketam kat Bintulu ni, sy tk tahu sgt. Blm pernah makan ketam kat sini. Maklumlah sy ni bukan penduduk sini..nak ronda2 pun bukan ada kereta pun. Harap kawan bw jalan2 je.

Jom kita cuba masak ketam......nk buat, dptkan resepi di:

resepi.iluvislam.com

www.resipi.net

Dan byk lg resepi lain yg anda boleh dptkan di internet. Yelah skrg semua info di hujung jari je.

Thursday, July 16, 2009

Sedapnye...Sotong Bakar

Sotong...sotong...sotong...sedapnye. Sy plg suka sotong kalau msk goreng iaitu buat salad sotong & juga sotong bakar. Sotong bakar sambal mmg sedap. Cayalah.

Kalau nk cari tpt sotong bakar yg sedap, bolehlah lawat tpt makan kat Jln Bandung, Sibu. Kalau tak silap, mcm tu nama tpt tu. Dah lupa, lama tk p sana. Kalau kat Bintulu, dkt dgn Mds kat Medan. Tu dulu, tak tahulah skrg ni masih ada ke tak lg.

Wa....sedapnye..tgh panas2 mcm ni. Tp jgn gelojoh pula...naya nanti.

Myelerakan btllah....buat sy lapar je..hehehe

Cara mskan sotong bakar ni ada byk jenis, ada sotong bakar sambal, sotong bakar ala bbq, sotong bakar berempah & byk lglah...mgikut selera & kreatibiliti masing2.

Nk cuba:Sotong Bakar Bersambal.....silalah ke blog: izzaiynas.blogspot.com


Sotong Bakar Berempah..sila ke website: Sajionline.com


Sotong Bakar Ala BBQ..sila ke blog: yummylicious-jun.blogspot.com


SELAMAT MENCUBA........KITA MAKAN DULU..BYE2

Monday, July 13, 2009

Salad Sotong Kegemaranku

Nak tahu...inilah makanan yg amat sy gemari. Kalau makan dgn mayonis..wow..yummy. Sedap sampai mjilat jari. Mcm KFC pula..hehehe. Dulu pernah juga try buat kat umah. Bolehlah. Sy bukannye terror masak pun. Sikit2 tahulah.

Waaa....sedapnye. Kalau kat Bintulu. Sy tk pasti mn tpt best makan salad sotong ni. Tp kalau kat Sibu, tahulah sy. Tp lupalah apa nama tptnye..hehehe.


Makan dgn sos cili pun sedap. Tp sy lebih suka makan dgn mayonis. Makan tgh2 panas...baru terasa kesedapannya.

Dah lama tk makan salad sotong ni. Tk pe, lain kali nk cuba cari mn tpt makan salad sotong best kat sini. Biasalah sy ni bukan org sini pun, sbb tu tk tau.

Bagi anda yg nk try msk sendiri salad sotong..bolehlah dptkan resepi d blog ini:

enjoycooking

SELAMAT MENCUBA...CERIA SELALU

Saturday, July 11, 2009

Yummy...Ketupat Sotong

Tanya member td...apa makanan best kat tpt dia. Dia pun tk pasti. Last2 dia ckp psl Ketupat Sotong.

Apa?? Ketupat Sotong??? Mcm mn tu?? Dia explainlah kat sy. Sy ni blm pernah makan lg Ketupat Sotong ni. So sy try cari kat internet....oooo mcm ni rupanya Ketupat Sotong.


Sedapnye..........nak cuba buatlah. Ada byk stail mskan Ketupat Sotong ni. Stiap negeri ada cara masakannya tsendiri.




Kalau bab sotong ni, sy lebih suka makan salad sotong. Sotong yg digoreng dgn tepung then makan dgn mayonis...sedap. Mmg kegemaran sy. Lain kali sy post psl salad sotong ok.

Bg anda yg ingin mcuba buat Ketupat Sotong, bolehlah dptkan resepi di Blog member ni:

FROMTHEKITCHEN

Byk resepi Ketupat Sotong dlm blog tu, mcm2 cara ada...cubalah.

Makan Di Famous Mama Cafe

Malam semalam sy dgn amoi cina jalan2 cari makan di Famous Mama Cafe. Tempat makan ni mmg famous, ramai yg dtg sini malam2 makan roti canai, martabak, satay & macam2 lglah. Entahlah knp ramai yg suka dtg ke situ. Maybe tu je tpt yg plg best utk makan roti canai org muslim d waktu malam.


Kami order...Air Teh Tarik (RM1.++)

Ni pula...kuah roti canai & martabak...kuah kacang dal.

Ni roti canai planta, sy order...RM1.40

Amoi cina pula order martabak ayam...oppp tk sempat nak ambil gambar martabak...dah habis makan..hahahaha. Harga martabak ayam kat situ...kira2 RM5.00.

Saya just order sekeping roti canai, sbb dah makan nasi sblm keluar shopping. Masih kenyang lg...so makan sikit je lo.

Manok @ Ayam Pansoh Terkenal Di Sarawak

Apa tu Panoh..ya???? Nak tahu, baca info ni:

Manok Pansoh merupakan makanan yang terkenal di Sarawak. Manok Pansoh atau ayam kampung yang dimasak dalam buluh adalah makanan suku kaum Iban yang paling digemari. Buluh yang digunakan untuk memasak ayam tersebut memberikan satu rasa tersendiri kepada makanan tersebut.

Manok Pansoh sangat terkenal dan sesuai dimakan ketika sarapan pagi, tengahari, makan malam mahupun pada bila-bila masa. Ia akan lebih sedap jika dimakan bersama nasi pulut atau lemang. Ia adalah makanan yang perlu dirasa apabila berkunjung ke Sarawak...Sumber:DAFTARWARISAN






Menyelerakan bukan....kalau nk cuba buat..bolehlah try resepi d laman web ini:

RESEPI .....klik ini

p/s: Sy blm merasa lg ayam pansoh ni....entah mcm mn rsnya. Tgk sedap je kan. Jom kita try buat...........Selamat mcuba.

Tuesday, July 7, 2009

Tebaloi Makanan Ringan Orang Melanau

Tebaloi ialah satu produk tradisional yang berasaskan pertanian kini kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan juga pelancong asing. Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama.....info lebih lanjut: Doa Sarawak.

*Tebaloi ni dah semakin popular sekarang, kat mana2 boleh jumpa. Lagipun Tebaloi sudah d buat secara komersil. So bolehlah dptkan d kedai bhampiran.

Wpun sy ni asal dr Mukah, jarang juga makan. Kurang minat makan Tebaloi...tp nk bgtau Tebaloi ni mmg sedap. Kalau kat kedai2 biasa d Mukah, harga sebungkus Tebaloi kira2 RM1.00. Tp kalau d buat scara komersil rsnya mahal sikit. Sbb menampung kos pembuatan & pembungkusan.

Nk tahu mcm mn buat Tebaloi...ikuti resepi d bwh:

Bahan-bahan:
2biji telur
700 gm tepung sagu
1 kilo kelapa parut (yg dibuang kulit ari)
500 gm gula
40 gm tepung kunyit (pewarna)

Pukul telur dan gula hingga kembang dan hancur. Masukkan nyiur, tepung sagu, tepung kunyit dan gaul rata dan sebati. Canai adunan diatas daun pisang nipis.


Bakar kali pertama:
bakar selama 4 - 5 minit dengan suhu 350 celcius (separuh masak)

keluarkan dan potong ikut saiz yg digemari.

Bakar kali kedua:
bakar selama 15 minit dengan suhu 180 celcius (kalau belum 15 min dah masak, keluarkan saja dr oven)


Sumber: Virtual Friend

Photo...cara buat Tebaloi secara tradisional.Sumber: RAJANGTOURISM

p/s: Menarik bukan. Bagi sesiapa yg ingin mbeli Tebaloi ni bolehlah layari web ini: MYBAZAR2U Nak beli terubuk masin pun ada kat situ. Ok...tu je kali ni...jumpa lg.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."