Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda akan berasa cepat kenyang?
(1) Telur- Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, ia juga akan memberi anda lebihan tenaga.
(2) Sup sayur-sayuran- Makanan yang mengandungi banyak air sememangnya akan membantu anda untuk berasa cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.
Khasiat daun sirih sudah
banyak dikenal dan telah teruji secara klinis. Hingga kini, penelitian
tentang tanaman ini masih terus dikembangkan. Daun sirih bermanfaat
untuk mengubati berbagai penyakit.Antara khasiat daun sirih ialah:
1. Batuk
Siapkan
15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci bersih daun tersebut dan
rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bagian. Minum bersama madu.
2. Bronkitis
Rebus
tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula
batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu
gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.
3. Menghilangkan bau badan
Ambil lima lembar daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum di siang hari.
Penjagaan makanan adalah merupakan tips utama untuk seseorang kelihatan awet muda.
Ia perlu dimulakan sejak dari usia yang muda lagi. Berkemungkinan ramai
yang menganggap bahawa penjagaan hanya perlu dilakukan apabila usia
sudah meningkat, tetapi ia sebenarnya tidak tepat sama sekali.
Disini disenaraikan, 5 tips makanan awet muda yang mungkin dapat membantu anda.
Vitamin A- Ianya membantu untuk meningkatkan
produksi kolagen, yang berfungsi untuk melicinkan kesan calar pada
kulit. Salah satu punca utama seseorang kelihatan lebih tua adalah
disebabkan kesan calar yang banyak.
Ia perlu diberi perhatian yang
sepenuhnya. Berkemungkinan sekiranya anda masih muda ia tidak memberi
terlalu banyak kesan, tetapi apabila usia anda sudah meningkat sedikit,
anda akan kelihatan lebih tua dari yang sepatutnya. Antara contoh
makanan yang mengandungi vitamin A adalah seperti telur, susu, kentang,
lobak merah dan sebagainya. Bagi remaja pula, ia dapat membantu terhadap
rawatan bagi masalah
jerawat.