Yummy Friends

Friday, October 30, 2009

Salad Buah Makanan Berkhasiat

Sy mmg minat makan salad. Bukan saja sbb rsnye sedap tp mgandungi khasiat yg tsendiri.
Sapa2 yg suka diet tu, elok gak makan makanan mcm ni.
Lebih ke arah 'healthy life food'.





Sedap bukan. Apa kata kalau kita try buat sendiri. Jom try resepi kak Hanieliza ni.

SALAD BUAH-BUAHAN

Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick

Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil

SELAMAT MCUBA.

Sunday, October 25, 2009

Bahulu Idamanku

Bahulu merupakan salah satu kuih tradisional org Malaysia.
Kuih Bahulu ni boleh didapati di mana2 pasaran...biasalah skrg ni Bahulu dibuat scara moden.
Tak mcm dulu2. Skrg guna mesin. So pbuatannya lg cepat, mjimatkan ms & tenaga.



Yummy...kuih Bahulu sedap di makan mcm tu je. Lama tk makan. dulu sll gak.
Bg yg ingin mcuba buat kuih Bahulu ni. Bolehlah try resepi dibwh ni.

Resepi BAHULU

Bahan-bahan
7 biji telur ayam
3 cawan gula pasir
1/2 kg tepung gandum
sedikit minyak
acuan kuih bahulu atau kuih cara


Cara Membuatnya
1. Goreng tepung sampai masak
2. Pukul telur dan gula sampai kembang
3. Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan
4. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.

SELAMAT MCUBA

Saturday, October 24, 2009

Korean Ice-Cream

Yummy..lama tk merasa ais krim..jom makan.








Monday, October 19, 2009

Aneka Masakan Seafood-P.1

Jom sajikan mata anda dgn mskan sedap2 seafood.






Wednesday, October 14, 2009

Apa Resepi Hari Ni?.....SWEET-SOUR KETAM

T'ingin pula nk makan ketam, bila tgk gambar mskan ketam bwh ni. Dah lama tk makan, mgidam pula..hahaha. Dulu kerap juga makan, skrg agak jarang...bukan jarang lg. Tk makan dah. Biasalah dah duk jauh dr family...duk hostel lg. Mana nak masaknye. Bg peminat2 ketam ni...jgn lupa cuba mskan cik Hanieliza ni...rugi tk cuba..hehehe. SELAMAT MCUBA.

SWEET-SOUR KETAM


Bahan-bahan


4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris

2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

Monday, October 12, 2009

Relax2 D Tanjung Batu

Petang smlm sy dgn amoi cina, jalan2 shopping. Lepas habis shopping t'ingin rsnya nk makan ABC...tp sy suka makan Ais Kacang Merah.
So, kami dua p lah Tanjung Batu. Salah satu tpt reakreasi yg agak popular juga kat Bintulu ni.
Ramai juga org lepak ptg smlm. Rs penuh tpt tu. Terutamanya tpt makan. Biasalah tpt tu popular dgn ABC & satay...rojak juga.
Sambil melihat keindahan suasana pantai, boleh makan2...pantai sini tklah indah sgt tp oklah.
Angin pun tiup best je...rs tenang je jiwa raga ni..hehehe.




Pantai d Tanjung Batu ni, taklah sama dgn pantai di Langkawi..so jgn komen byk ok.
Time ni..air nk pasang dah..lewat dah...nk gelap sudah.



Air kacang merah yg sy order...nak cair sudah..hehehe..tp sedap.




Dan kami order...rojak sotong..rsnye panggil mcm tu....sedap..yummy.
Lepas habis makan, kami dua jalan2 makan angin kejap. Nasib tk kembong perut. Hahaha.

Thursday, October 8, 2009

Apa Resepi Hari Ini?....Ikan Bakar Tomyam

Hari ni, sy mahu post kat blog ni..semua resepi yg member sy email hari hari hari tu..hehehe. Lama dah terima...sampai member tanya. Knp tk post resepi tu kat blog ni?
Tak tahu nak jawap apa beb.
Ok...resepi ptama kita ialah....IKAN BAKAR TOMYAM 


Bahan-bahan
2 ekor ikan selar
Daun limau purut
Jus limau nipis atau kasturi
Aluminium foil

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 tangkai serai
1 biji tomato
Garam

Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan mesin Dan letakkan dalam aluminium foil.
2. Letakkan ikan Dan daun limau purut. Bungkus kemas.
3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang. 



Yummy...nampak sedap btl.....sy pernah tgk resepi ni sblmnye. Tp tk ingat di laman blog mana. Hrp tuan punya blog tu tk marah sy post resepi dia...tanpa nama blog dia tertera dsini..hehehe...oklah Selamat Mcuba & thanks kpd kwn sy tu, yg myokong sy..huhu.

Saturday, October 3, 2009

Moon Cake

Sempena pesta kuih bulan, sy ucapkan kpd semua member cina sy....HAPPY MOON CAKE...mn kuih bulan sy? Dpt sikit je...tk best btl...hahahaha.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."