Yummy Friends

Saturday, March 13, 2010

Pelbagai Petua Masak2 - Part 1


Kali ni saya fikir nak bkongsi bbrp petua masak2 dgn anda skalian. Mana tau dpt diguna. Siapa yg ada petua masak2 yg lain bolehlah dikongsi bsama dsini ok.

Mencantikkan Telur Rebus
 
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

Mengelak Ikan Masin Hancur
 
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.


Ikan Digoreng Tidak Lekat
 
Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng, anda harus pastikan minyak yang digunakan agak banyak dan membolehkan ikan tersebut tenggelam. Selain itu anda juga boleh memasukkan beberepa keping asam keping bersama ikan itu. Terbalikkan ikan bila anda yakin ia telah garing.
Mengelak Minyak Memercik
 
Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.

Petua 2 : Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.

Hindari Bau Busuk Kulit Udang
 
Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan dihurung lalat.

Bersihkan Siput Sedut
 
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.


Cili Mesin Lebih Tahan Lama
 
Petua 1 : Masukkan sedikit air asam jawa ke dalam cili kering yang telah dimesin. Kemudian simpankan di dalam bekas yang berpenutup di dalam peti ais. InsyaAllah cili tersebut akan tahan sehingga sebulan dari berkulat.

Petua 2 : Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan sehingga kering airnya. 

Setelah sejuk, masukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais. 

Petua 3 : Cili yang telah dikisar hendaklah digoreng terlebih dahulu dengan minyak dan sedikit garam. Setelah sejuk, barulah dimasukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais. 

Petua 4 : Masak cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk, bolehlah dikisar hingga hancur.

Petua Mengisar Cili
 
Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering . Kemudian kisar seperti biasa. Cili kering tersebut akan tahan lama selain menghancurkan biji cili kering dgn lebih cepat. 

Hilangkan Bau Nasi Hangit
 
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.

Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
 (Sumber: sklaloh)

2 comments:

Anonymous said...

erk xreti masak...mkn reti lah
hehehe

Admin said...

boleh belajar bah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."