Penjagaan makanan adalah merupakan tips utama untuk seseorang kelihatan awet muda.
Ia perlu dimulakan sejak dari usia yang muda lagi. Berkemungkinan ramai
yang menganggap bahawa penjagaan hanya perlu dilakukan apabila usia
sudah meningkat, tetapi ia sebenarnya tidak tepat sama sekali.
Disini disenaraikan, 5 tips makanan awet muda yang mungkin dapat membantu anda.
Vitamin A- Ianya membantu untuk meningkatkan
produksi kolagen, yang berfungsi untuk melicinkan kesan calar pada
kulit. Salah satu punca utama seseorang kelihatan lebih tua adalah
disebabkan kesan calar yang banyak.
Ia perlu diberi perhatian yang
sepenuhnya. Berkemungkinan sekiranya anda masih muda ia tidak memberi
terlalu banyak kesan, tetapi apabila usia anda sudah meningkat sedikit,
anda akan kelihatan lebih tua dari yang sepatutnya. Antara contoh
makanan yang mengandungi vitamin A adalah seperti telur, susu, kentang,
lobak merah dan sebagainya. Bagi remaja pula, ia dapat membantu terhadap
rawatan bagi masalah jerawat.
Vitamin C- Vitamin ini pula membantu untuk
merangsang kalogen untuk menghasilkan sel kulit baru. Secara tidak
langsung apabila sel baru terbentuk, ia akan menutup garisan halus pada
kulit dengan sendiriya. Pakar juga menasihatkan supaya vitamin ini diambil pada waktu malam
untuk mendapat kesan yang lebih baik. Antara contoh makanan yang
mengandungi vitamin C adalah tomato, kubis, oren, anggur dan sebagainya.
Vitamin E- Ianya pula membantu untuk menghalang kesan kanser yang disebabkan oleh sinaran UV, dan melambatkan proses kedutan pada kulit. Selain daripada itu, vitamin E juga membantu untuk meningkatkan keberkesanan pelindung daripada sinaran matahari, mengelakkan alahan
seperti kemerahan atau bengkak apabila terkena sinarannya. Contoh
makanan yang mengandungi vitamin E adalah seperti sayuran hijau, kacang,
gandum dan sebagainya.
Alpha hydroxy acid (AHA)- Berfungsi sebagai pengelupasan kulit, ia juga disenaraikan sebagai asid Glycolic.
Dengan menyingkirkan lapisan atas kulit mati, ia akan memberikan anda
penampilan yang lebih muda. Antara contoh makanan yang mengandungi asid
ini adalah betik, oren, mangga, dan sebagainya.
Vitamin B13 (niacin)- Ia membantu melindungi kulit
daripada toksin dan mengurangkan kesan belak pada kulit. Selain daripada
itu, ia juga dapat membantu sebagai pelindung kesan sampingan daripada
vitamin A sekiranya tubuh anda alah padanya. Contoh makanan yang
mengandungi vitamin ini adalah ikan, daging, kacang tanah dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment