Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. 
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini 
kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu
 mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, 
soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat
 yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya 
kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
- Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu kesihatan membran paru-paru.
- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
- Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, 
kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum 
sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan
 pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan 
pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal 
hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian 
letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan 
kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.






 

1 comment:
Epal is good
Kopi KEMUDIK
Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/Sik Kedah Berhad
RM 20 for 20 sachets
Postage cost : RM 10
Total cost : 30
To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com
Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/2013/05/kopi-kemudik.html
http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/
Post a Comment