Yummy Friends

Saturday, September 5, 2009

Nasi Kerabu...Sedap Nampak.


Dah lama tk makan nasi kerabu ni. Ms duk kat Kedah dulu je makan. Entah bilalah dpt makan lagi ye! Rs time posa mcm ni, pasti ramai yg jual nasi kerabu. Tp sy ni blum bpeluang ke bazaar ramadhan lagi. Biasalah agak jauh sikit dr bandar. Nak keluar pula, tak de kenderaan. Kena tumpang member. Tak pelah, makan ala kadar cukuplah.

Kalau p bazaar ramadhan, mcm2 benda nk beli nanti. Semua nk makan. Last2 tk habis. Mbazir je jawabnye. Nafsu makan biasalah tu..hehehe.
Sapa2 yg ingin cuba buat sdiri nasi kerabu ni, bolehlah try resepi ni:

Nasi Kerabu Istimewa Noraini

NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat
Cara Memasak Nasi
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.
Cara Menghidang
1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
2. Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.
SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
1 camca the garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat
Cara Menyediakannya
1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.
2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.
SAMBAL IKAN
5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia
Cara Menyediakannya
1. Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.
2. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.
CILI PADI JERUK
1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
2. Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.
TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)
1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk l
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa
Cara Menyediakannya
1. Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2. Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
3. Sesuaikan rasa dan angkat.
ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
½ biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya
SOLOK LADA
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
¼ cawan santan pekat
Cara Menyediakannya
1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.
IKAN GORENG CELUP TEPUNG
5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
½ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakannya
1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2. Panaskan minyak.
3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak...sumber: resipi.net


SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."