
Yummy...lama tak makan tembikai ni, teringin pula nak makan...hehe. Emmm...bagi peminat tembikai kat sini saya postkan entry menarik mengenai khasiat tembikai yang sungguh unik dan anda patut tahu.
TEMBIKAI, buah yang berasal dari Afrika Selatan kini ditanam hampir di ke semua negara beriklim tropika atau sederhana.
Terdapat lima jenis tembikai iaitu Yellow Watermelon, Orangeglo, Moon and Stars, Cream of Saskatchewan dan Melitopolski. Kelima-lima jenis ini berbeza warna dan saiz.