Mungkin sebelum ini anda sudah merasakan bahawa telah mengamalkan diet yang sihat tetapi hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan. Masalah ini kemungkinan berpunca daripada makanan diet yang anda pilih. Ada sesetengah makanan diet yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap sistem tubuh anda malah ia mungkin hanya akan memberi lebih kemudaratan sahaja. Antaranya adalah..
Diet Soda- Walaupun diet soda mempunyai jumlah gula dan kalori yang kurang berbanding minuman soda yang lain, ia sepatutnya membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Tetapi hasil kajian terkini yang dilakukan, diet soda sebenarnya tidak membantu anda mengurangkan berat badan malah ia sebenarnya akan menyebabkan peningkatan terhadap berat anda.
Pemanis tiruan- Tidak kira samaada makanan atau minuman diet yang berada dipasaran, selagi ia masih menggunakan pemanis atau gula tiruan terhadap kandungan bahannya, ia tidak akan membantu diet anda. Ini kerana pemanis atau gula tiruan akan membuatkan anda berasa lebih cepat lapar berbanding gula yang asli.


