Yummy Friends

Saturday, June 20, 2009

Midin:Makanan Popular Sarawak

Salah satu makanan yg juga popular d Sarawak ialah Midin...sedap tau, rugi tak rs..kalau anda dtg ke Sarawak....jgn lupa merasa makanan ni.
Midin ni kalau masak dgn belacan...fuhhh sedap tk tkata..betul..tak caya cuba rs.

Ok...sini sy postkan serba sedikit info Midin utk tatapan anda.

Midin
atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.

Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.

Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi

Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.

Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.

Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

Hemmm...byk jg khasiat Midin ni ye....so jgn lupa mkn Midin....sedap tau.

p/s: Lama dah tk mkn, rs mgidam pula..hehehe.

5 comments:

Dosz said...

gila eh. alu lapar perut niat midin. kegeraman melanda!

Admin said...

hahaha...yelah

xxx said...

haha.. sedap weh... hehe.. :) nak exchange link. seronok dapat geng makan baru.. haha.. :)

Janna Wan Muhammad said...

rose, thanx for visiting my blog, I'll link you okay..!

letak lagi byk2 gambar makan yer !

Admin said...

ok...no probleam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."