Yummy Friends

Sunday, June 20, 2010

Khasiat Dalam Sebiji Epal.....Jom Makan Epal Banyak2

 Credit:Google

Siapa suka makan buah epal? Pastinya hampir semua yang suka makan epal..kan? Saya pun suka. Cuma saya kurang suka makan epal hijau je. Sebab rasa lain je gigi bila lepas makan. Anyway epal ni banyak khasiatnya. Nak tau...baca info ni:

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.


Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.



Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.


Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.


 Credit:Google

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.


Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.


Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. - credit:Utusan

2 comments:

IdamIlmu said...

saya suka mkn epal.. waktu lapar itulah buah yang dicari untuk cover kelaparan lebih2 lagi waktu hamil ni.. selalu je nak makan..

Admin said...

oklah tu...sedap apa...lgpun byk khasiat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."