Yummy Friends

Saturday, October 2, 2010

5 Kesan Daripada Minuman Berkarbonat


Maklumat ini diambil daripada GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010) yang menyatakan bahawa terdapat 5 kesan buruk hasil daripada minuman bergas seperti Coke, Sprite dan seumpamanya. Berikut adalah antara 5 kesan berkenaan:


1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Kajian daripada University of Texas mendapati bahawa minuman bergas (berkarbonat) mampu meningkatkan risiko obesiti secara purata dalam  32.8 %, sedangkan diet coke (bebas gula) mampu meningkatkan risiko berkenaan sehingga 54.5%. Maka tidak benarlah seperti yang dinyatakan bahawa diet coke bebas gula.


2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman berkarbonat ini, mengandung 250 kalori per 600 ml. Tidak ada sebarang kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.


3. Kandungan kafein yang memungkinkan ketagihan

Minuman berkarbonat juga dapat menyebabkan ketagihan. Apa yang cuba merangsang ketagihan itu adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari meminum minuman berkenaan, kebarangkalian besar anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.



4. Meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Heart Association di Circulation Journal pada tahun 2007, orang yang gemar meminum minuman berkarbonat setiap hari akan meningkatkan risiko sindrom metabolik, iaitu suatu keadaan yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes, sebanyak 44 %.


5. Mengurangkan jumlah penghasilan sperma

Hasil kajian di Denmark menunjukkan bahawa orang lelaki yang mengambil 1 liter atau lebih minuman berkenaan setiap hari adalah cukup berbahaya bagi keadaan spermanya. Penghasilan sperma bagi lelaki yang sering mengambil minuman itu adalah 30% lebih rendah jika dibandingkan dengan orang lelaki yang tidak mengambilnya.

2 comments:

gnesop said...

terima kasih atas maklumat tersebut.. Sop mmg jarang minum minuman bergas nih..

Admin said...

wcome...bagus. rose pun, tk baik sgt utk kesihatan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."