Yummy Friends

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Buat Harimau Malaya..Malaysia Boleh + Happy New Year 2011

Tahniah buat skuad Malaysia, sebab berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010.
Malaysia semestinya Boleh!!!



And TQ banyak2 sebab kejayaan anda membawa cuti hujung tahun yang amat bermakna buat semua rakyat Malaysia.



HAPPY HOLIDAY SEMUA

AND 

HAPPY NEW YEAR 2011.

Wish awal...sebab cuti tahun baru ni, busy dengan aktiviti tersendiri :).

Saturday, December 25, 2010

Juadah Di Tahun Baru 1432 - Rendang Ayam, Sotong Masak Kari, Etc

1 Muharam dah berlalu, saya baru je nak load pictures dalam handphone baru ke laptop. Dari hari tu lagi nak load tapi hajat asyik tak kesampaian je...hehe. Apa2 pun layan jelah gambar juadah sempena tahun baru bulan ni. 
 
 
Banyak juadah yang saya dan kawan2 ofis sediakan. Sampaikan tak habis makan. Tapi boleh simpan untuk makan keesokan harinya. Antara juadah yang kami masak adalah:
 
Rendang ayam.
 Masak rendang ni cara tradisional, bukan segera punya ye.
 


 Rendang ayam yang telah diangkat dari dalam periuk.
Nampak lainkan warna gambarnya.

Friday, December 24, 2010

Makan Ala Kadar Ke Macam Ni?

Hari ni kat ofis, keje tak semangat langsung.
Apataknye mood holiday sudahlah.
Esokkan xmas eve...so cuti time.
Tapi tak juga ke mana2 sangat.
Cuma planning esok ziarah rumah member sekerja saja.


Ok habis cerita tu...kita tengok apa menu di kantin malam ni.
Emmm...makanan ala kadar je.
Tapi betul ke ala kadar...lu fikirlah sendiri...hahaha.

Kerang, sotong goreng, sayur kerabu then yang satu tu,
saya tak tahu apa masakan tu.
Tak makan pun...hehehe.

Wednesday, December 22, 2010

Khasiat Air Suam @ Sky Juice Yang Ajaib

  Credit:Google
 

Ino menarik dan saya rasa kita semua patut amalkannya...;)

Tahukah anda semua air suam mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air suam sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.


Berikut lapan sebab tentang kebaikan minum air putih/air suam/air kosong/air masak...


1. Menguruskan badan
 
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.


2. Meningkatkan kesuburan
 
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

Saturday, December 18, 2010

KFC Cheezy Zinger Crunch - Nak Satu!!



Menu terbaru dar KFC, Idamanku Selalu or Kesedapan Hingga Menjilat Jari.....KFC Cheezy Zinger Crunch. Nampak besar, sedap dan mengiurkan..kalau tengok dalam picture tu tapi realitinya hanyalah ilusi dan impak gambar tu je lebih. 


Saya belum makan lagi. Just bagitau apa yang member saya bagitau. Taklah sebesar dalam picture tu ya. Nak kata sedap bolehlah. Tapi saya tak kisah apa orang cakap. KFC tetap menjadi makanan segera kegemaran saya. Dari dulu hingga sekarang. Peminat setia katakan...hehehe.

Petua dan Khasiat Bawang



 Credit:Google


Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang juga mempunyai banyak kegunaan dan khasiat bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya :


1. Pening Kepala:

potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. Lemah Otot:

ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. Demam Selsema:

telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

Tuesday, December 14, 2010

Hidup Sihat: New Holistic Health Cookware Set

Bulan lepas, ada satu badan swasta memberi penerangan mengenai kesihatan dan pentingnya nutrisi dalam kehidupan kita setiap hari.
Banyak juga info2 menarik mereka sampaikan.
Termasuk memperkenalkan periuk kesihatan ini.
Ia semacam AMC juga tapi maybe lebih bagus dari itu.
Jika anda menggunakan periuk kesihatan ni, anda tak payah guna minyak banyak sangat.
Itu yang diterangkan kepada kami hari tu.
Apa pun saya belum try lagi periuk ni...tunggu balik rumah sendiri..hehehe.



Saturday, December 11, 2010

Nuffnang: Buffered Earning And Trafik


Salam pagi ahad semua.....dah lama tak cerita pasal buffered earning dan trafik blog' Menerokai Dunia Makanan' ni ye. Sebenarnya tak de info menarik sangat pun. Sekadar nak update blog aje...hehehe.


Clik utk tumbesaran ye!


Untuk bulan ni, buffered earning untuk blog saya ni. Hanya 3 campaign masih aktif beroperasi. Income dari campaign tu, taklah banyak sangat. Cukup makan je. Maybe cukup beli KFC...hehehe.




Sebab trafik blog ni, hanya siput je. Tak pernah nak sampai 100 visitors. Tak pelah. Sekurangnya ada pengunjung. Lagipun saya jarang nak blogwalking. Biasalah internet sekarang semput2 je. Geram dibuatnya tapi sabar jelah. Oklah tu je cerita kita...bye.

Wednesday, December 8, 2010

Karipap Oh Karipap



Sedapnye karipap.....karipap ni kalau intinye kentang masak kari then ada daging ayam sikit, barulah sedap. Sampai menjilat jari...hahaha.


Sekarang ni kat tempat saya memang popular dengan karipap ni....sejak dijual bulan lepas, fuh sentiasa dapat sambutan je. Cuma adalah 2 or 3 hari tu tak laku sangat sebab tukang buat karipap ni bubuh inti ubi warna purple....entahlah apa nama ubi tu. Tak sedap langsung. Rasa rugi pula beli.


Sejak hari tu, saya dengan rakan2 mesti tanya dulu apa isinye baru beli lebih sikit. Makan time tea break waktu pagi....hehehe. Karipap ni dimasak sekitar jam 10 lebih pagi macam tu. Tika panas, baru sedap makan. Tapi jangan sampai terlecur lidah sudahlah...hahaha. Jom makan karipap lagi esok.

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru Hijrah 1432H



Salam Maal Hijrah buat semua sahabat blogger dan para umat Islam.

Moga permulaan tahun ini, membawa seribu rahmat buat kita semua.

Mulakan tahun baru ini dengan amal dan amalan yang diredhai Allah.

Serta mudahan kita sentiasa di bawah lindungan-Nya...Amin.

Untuk Doa akhir dan awal tahun hijrah boleh klik cini.

Saturday, December 4, 2010

Wow....Telur Ayam Gergasikah Ini?

1st time tgk telur ayam sbesar ni.
Telur ayam gergasikah ini?
Kalau telur angsa, barulah mcapai saiz mcm ni.
Tapi ayam....tk pernah pula.
Entah mcm mn rupa anak ayam yg thasil nanti ye!!

Kosmo

CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.


Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."