1 Muharam dah berlalu, saya baru je nak load pictures dalam handphone baru ke laptop. Dari hari tu lagi nak load tapi hajat asyik tak kesampaian je...hehe. Apa2 pun layan jelah gambar juadah sempena tahun baru bulan ni.
Banyak juadah yang saya dan kawan2 ofis sediakan. Sampaikan tak habis makan. Tapi boleh simpan untuk makan keesokan harinya. Antara juadah yang kami masak adalah:
Rendang ayam.
Masak rendang ni cara tradisional, bukan segera punya ye.
Rendang ayam yang telah diangkat dari dalam periuk.
Nampak lainkan warna gambarnya.
Sotong masak kari.
Saya yang teringin nak makan sotong, so apa lagi beli sotong...makan..:)
Rupa sotong masak kari yang telah diangkat.
Sotong tengah berenang2...tunggu nak masuk perut kami...hehe.
Kuah satay kacang.
Untuk di makan dengan nasi himpit..sedap tau.
Nasi himpit segera.
Semua juadah dah siap...apa lagi jom makan.
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.
Tahun baru 2011, nak masak sedap2 lagi.
Tengah fikir2 apa juadahnye...hehehe :)
No comments:
Post a Comment