Dalam masakan masyarakat kita ada pelbagai jenis rempah ratus, yang dijadikan sebagai penyedap makanan.Tanpa rempah ratus ini, masakan pastinye ada rasa kureng sikit.
Ok...jom kita kenali jenis2 rempah ratus ini:
Ok...jom kita kenali jenis2 rempah ratus ini:
1. Ketumbar
Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.
2. Jintan Manis
Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.
3. Jintan Putih
Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.
5. Buah Pelaga
Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh.
Bersambung episod satu lagi...hehehehehe...:)
sumber:rempah
No comments:
Post a Comment