Hari ni teringin sangat nak makan Laksa Sarawak...macam mengidamlah pula. Tapi tak pe, bukannye selalu pun makan. Kadang2 makan, rasanye sedap sampai menjilat hari...hahahaha.
Oklah....aku nak share resepi Laksa Sarawak yang aku cari2 di internet...ada pelbagai cara aku tengok orang buat...tapi aku ambil resepi kat bawah ni jelah....simple je. Lain kali aku nak buat sendiri.
Resepi Laksa Sarawak Sempoi
Bahan-bahannya:
1 paket rencah Laksa Sarawak
3 ketul dada ayam
250gm udang
1 paket beehoon
3 biji telur
Taugeh
Daun Ketumbar
Daun Selasih
250ml santan pekat
2 liter air
Kiub ayam
Lada kecil, lada besar dan belacan
Limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
3 ketul dada ayam
250gm udang
1 paket beehoon
3 biji telur
Taugeh
Daun Ketumbar
Daun Selasih
250ml santan pekat
2 liter air
Kiub ayam
Lada kecil, lada besar dan belacan
Limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Bee-hoon direndam, dicelur dengan air panas. Setelah dicelur, lalukan dengan air sejuk. Tuskan dan ketepikan.
Telur dipukul (perisakan dengan garam). Panaskan pan dan goreng dadar nipis. Angkan dan hiris halus. Ketepikan. Tips: Jika hendakan telur dadar yang senang dipotong dan tidak hancur tambahkan sedikit tepung gandum (1/2 sudu kecil semasa memukul telur)
Taugeh dicelur.
Daun ketumbar dan daun selasih di petik dari tangkai. Cuci dan tuskan air.
Lada kecil, lada besar dan belacan ditumbuk untuk sambal belacan. Limau kasturi dibelah dua.
Rebus ayam. Apabila ayam sudah masak keluarkan ayam. Toskan dan carik halus. Ketepikan isi ayam. Dalam air rebusan yang sama masukkan udang (biarkan masih berkulit) dan apabila udang sudah masak, keluarkan udang, buangkan kulit dan ketepikan.
Air rebusan tersebut dididihkan. Kecilkan api. Masukkan rencah Laksa Sarawak. Kacau hingga sebati. Masukkan santan dan kiub ayam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Cara menghidang:
Masukkan beehoon kedalam mangkuk. Masukkan rencah (telur, taugeh, isi ayam, udang, daun selasih dan daun ketumbar). Tuang kuah, dan hidangkan bersama-sama sambal belacan dan perahan limau kasturi.
Selamat Mencuba.
Credit:alkiram
No comments:
Post a Comment