Credit:Google
Hari ni kita bincang pasal kebaikan makanan organik...emm siapa pernah makan makanan organik pasti tahu khasiat yang terkandung dalam makanannye...kan :). Bagi yang tak tahu, elok baca artikal di bawah ini, sebagai panduan kita bersama.
Makanan organik adalah makanan yang melalui proses pembesaran secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia seperti racun untuk mengelakkan penyakit pada tumbuhan atau haiwan, tanah yang dicampurkan bahan kimia untuk meningkatkan lagi kesuburan tanah dan sebagainya.
(1) Mengurangkan risiko penyakit jantung- Kandungan ejen antioksida didalam makanan organik adalah 50% lebih banyak berbanding makanan yang menggunakan proses bahan kimia. Ejen ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
(2) Kandungan nutrien yang tinggi- Selain daripada itu, kandungan nutrien untuk makanan organik juga adalah tinggi berbanding makanan yang diproses. Ia lebih teruk sekiranya makanan yang diproses itu ditinkan kerana bahan kimia untuk pembuatan tin sebenarnya akan menurunkan lagi khasiat sesuatu makanan itu.
(3) Lebih bersih- Sudah pasti makanan organik adalah lebih bersih kerana ia melalui proses secara semulajadi. Walaupun bahan kimia mampu untuk menyuburkan, mencantikkan, mengelak tumbuhan atau haiwan daripada penyakit dan sebagainya, tetapi bahan kimia yang digunakan itu sendiri memberi kesan terhadap khasiat sesuatu makanan itu.
No comments:
Post a Comment