Yummy Friends

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 2011

Bulan yang dinanti tiba kembali,
sama2lah kita memanfaatkan bulan baik ini dengan keimanan dan amal yang baik ye.

http://4.bp.blogspot.com/_hAXZ5feSaFk/TGOUkPuqW3I/AAAAAAAAAQ4/jPdeYgX0FCI/s1600/puasa_1.jpg


Selamat menunaikan ibadat puasa dan menyambut bulan Ramadhan penuh berkat.

Saturday, July 23, 2011

3 Kebaikan Makanan Organik Yang Perlu Anda Tahu

Hasil studi di Inggris menyatakan bahwa makanan organik ternyata tidak lebih sehat (Foto: Reuters)
Credit:Google


Hari ni kita bincang pasal kebaikan makanan organik...emm siapa pernah makan makanan organik pasti tahu khasiat yang terkandung dalam makanannye...kan :). Bagi yang tak tahu, elok baca artikal di bawah ini, sebagai panduan kita bersama.


Makanan organik adalah makanan yang melalui proses pembesaran secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia seperti racun untuk mengelakkan penyakit pada tumbuhan atau haiwan, tanah yang dicampurkan bahan kimia untuk meningkatkan lagi kesuburan tanah dan sebagainya.

Monday, July 11, 2011

Petua Dapur: Cara Mudah Kopek Kulit Udang

Credit:Google


Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.

1. Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian rendam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

2. Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.

3. Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.

Saturday, July 9, 2011

Petua Dapur: Ayam Goreng Lebih Rangup

http://blogwana.files.wordpress.com/2010/06/dsc09698aa.jpg
Credit:Google


Agar ayam goreng yang digoreng lebih rangup, gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan kemudian goreng ayam seperti biasa. Cara ini juga menjadikan ayam goreng lebih enak.

Saturday, July 2, 2011

Menternak Lemak Di Hartz Chicken Buffet

Hari ni jalan2 cari makan di Hartz Chicken Buffet. Mula2 fikir nak makan di Restoran Refah, nak makan nasi goreng seafood dan roti canai. Tengok2 kedai tutup pula...awalnye. Bercuti pula hari ni ye. So..last choice makan kat Hartz Chicken Buffet jelah. 


Agak lama juga tak p makan kat situ. Sejak Farewall dinner member sekerja dulu. Lepas tu tak p situ. Kalau nak makan kat situ, kena betul2 kelaparan, barulah rasa berbaloi...hehehe. Bolehlah makan banyak2.


Friday, July 1, 2011

Makan Malam KFC Ole Pocketful...Yummy :)

Hari ni member ajak makan malam KFC Ole Pocketfull......dia beli KFC dinner plate dan burger. Saya pula Snack Plate dan Ole Pocketful.....banyak makan kan? Hehehehe.





Sedap sampai menjilat jari...hahaha. Tapi hari ni, rasa Ole Pocketfull masin sikit. Tapi makan juga. Sayang juga buang macam tu.
Dah kenyang...apa lagi. Jom layan internet pula. Oh ya...saya malas nak ambil gambar KFC tadi...dah lapar sangat. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."