Sy mmg minat makan nasi ayam. Selalunya lepas habis shopping, tengahari bedal nasi ayam. Sedaaaaaap....rs nk tambah dua kali, tp malulah pula. Hahahaha.
Tempat nasi ayam yg sedap di Bintulu, rsnya di tingkat atas Parkcity Mall. Tempat lain sy tk pastilah pula. Coz tempat tu je sy sll p.
Mgikut selera sy, nasi ayamnye...boleh tahan sedap jugak.
Bg anda yg mahu cuba buat nasi ayam sendiri boleh try resepi ni:
Sumber: Resepi.iLuvislam
NASI
Bahan-bahannya:
- serai 2 batang (diketuk)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk kasar)
- halia (1 inci) - stok nasi ayam Maggie ,5 camca
- 3 cawan beras
- marjerin
Cara-cara:
- basuh beras dan tambahkan air seperti biasa
- letak bahan yg disebutkan
- boleh diletakkan marjerin sikit samada ditumis terlebih dahulu atau terus letakkan sahaja dalam air.
- masakkan nasi
AYAM
Bahan-bahan:
- ayam yg telah dipotong
- serai 2 batang (diketuk)
- halia (1 inci)
- oyster sauce
- kicap
Cara-cara:
-bahan-bahan boleh diketuk sahaja atau dikisar halus
-perapkan ayam dengan bahan-bahan untuk satu jam atau lebih.
-gorengkannya.
KICAP
-kuahnya diambil dari perapan ayam tadi
-masakkan ia sebentar dan boleh ditambah kicap dan oyster sauce
-kalau cair tambahkan sedikit gandum.
CILI
Bahan-bahan:
- 5 cili merah
- 2 biji tomato
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- asam jawa (1 kepal)
- gula ( i camca)
Cara-cara:
-masukkan semua bahan dalam pengisar
-letakkan air panas dalam pengisar setakat yg dikehendaki
-setelah dikisar, boleh letakkan 1 camca sos cili untuk rasa yg lebih baik.
SUP
Bahan-bahan:
- halia 1 inci
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- serai 1 atau 2 batang (diketuk)
- 3 camca stok nasi ayam maggie
- 1 batang kecil kulit kayu manis
- daun bawang (dihiris halus)
- bawang merah (dimayang)
Cara-cara:
- masukkan semua bahan dalam periuk
- sedikit minyak
- masukkan 3 camca stok nasi ayam maggie
- didihkan sehingga naik bau
- letakkan daun bawang dan bawang merah yg telah dimayang.
* hidangan untuk 5 orang ,masakan yg ringkas dan cepatselamat mencuba!!
2 comments:
wuih nasik ayam.... agak lama tak mkn. dulu masa duduk hostel kat skolah menengah, asal ari jumaat aja mesti menu nasik ayam kat dewan makan.
p lah cari kedai nasi ayam bdekatan..hehehe
Post a Comment