Hari ni teringin sangat nak makan Laksa Sarawak...macam mengidamlah pula. Tapi tak pe, bukannye selalu pun makan. Kadang2 makan, rasanye sedap sampai menjilat hari...hahahaha.
Oklah....aku nak share resepi Laksa Sarawak yang aku cari2 di internet...ada pelbagai cara aku tengok orang buat...tapi aku ambil resepi kat bawah ni jelah....simple je. Lain kali aku nak buat sendiri.
Siapa yang nk try buat mee jawa....cubalah resepi ni.
Sedap tau...huhu.
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Dah lama tk makan nasi goreng pattaya ni.
Thn lepas ada mkn, tp tpt i order makanan tu tk sedap.
Tk rasa mcm nasi goreng pattaya pun.
Dulu ms study kat Kedah, baru best.
Sana nasi goreng pattayanya sedap.
Lupa kat mana tptnya.
Lama dah tinggalkan dunia pgajian.
Hanya tinggal kenangan je.
Sapa2 yg nk buat 'Nasi Goreng Pattaya'
Jom try resepi ni.
Cuti annual leave bulan lepas.
Saya t'ingin nak makan bubuk kacang hijau.
Mgidamlah pula...so suruh mak buat.
Masakan simple mak saya.
Dah lama tk makan, terasa sedap sgt pula..he3.
Emm..bg anda yg ingin cuba resepi masakan bubur kacang yg special punya.
Ambil resepi ni..kat bwh tu.
Hari ni, sy mahu post kat blog ni..semua resepi yg member sy email hari hari hari tu..hehehe. Lama dah terima...sampai member tanya. Knp tk post resepi tu kat blog ni?
Tak tahu nak jawap apa beb.
Ok...resepi ptama kita ialah....IKAN BAKAR TOMYAM
| Bahan-bahan
|
| 2 ekor ikan selar
Daun limau purut
Jus limau nipis atau kasturi
Aluminium foil
Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 tangkai serai
1 biji tomato
Garam
|
| Cara Memasak
|
| 1. Gaulkan semua bahan mesin Dan letakkan dalam aluminium foil.
2. Letakkan ikan Dan daun limau purut. Bungkus kemas.
3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.
Yummy...nampak sedap btl.....sy pernah tgk resepi ni sblmnye. Tp tk ingat di laman blog mana. Hrp tuan punya blog tu tk marah sy post resepi dia...tanpa nama blog dia tertera dsini..hehehe...oklah Selamat Mcuba & thanks kpd kwn sy tu, yg myokong sy..huhu.
|

Waa..bila tgk je gambar laksa kedah ni, t'ingat ms kat kedah dulu. Selalu jugak makan. Tp skrg tinggal kenangan je. Lama dah tk makan. Pernah juga tgk mak member buat laksa kedah ni. Sedap btl...itupun kalau kuahnya sedap. Mmg tambah byk kali pinggan tu. Cayalah..hehehe.

Rindu btllah dgn kenangan ms lalu. Nk buat sdiri, tk berapa pandai sgt. Dahlah duduk hostel ni, payah nk masak2 sgt. Kalau setakat masak mee segera tu, bg je. Hahaha.
Kalau kuah laksa kedah ni cukup ikannya, rsnya sedap gila..kan2. Biasalah tahu makan je. Kalau ikan kurang rsnye kurang juga.
Bg sapa2 nk cuba buat, boleh try resepi kat blog d bwh ni:
cheq-sue.comPenerangan mskan beliau, jelas. Siap dgn gambar sekali...best je tgk. Sedap tau.
Ok....SELAMAT MENCUBA.
Post kali ni, psl peria pula. Ada sstgh org tk suka peria, sbb rsnya yg pahit. Tapi tahukah anda bhw peria ni, wpun pahit byk penawar.

Ok...sy sebut serba sedikit psl khasiat peria ni ya.
Kalau anda ada masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan.
Nk tahu lbh byk kenalah layari blog ni:
fazlisyam.com
Yummy...sedap btl. Dulu sy tk suka makan peria sbb pahit. Tp lepas tahu khasiatnya, sy minat makan pula. Sy lebih suka peria msk mcm gambar kat atas ni. Selain tu buat ulam sedap. Tk cukup satu batang peria makan...hahahaha.
Oklah...kita tgk resepi psl peria pula.
PERIA LADA HITAM
Bahan
1 biji sayur peria
2 biji telur
minyak
garam
Bahan tumbuk
1 s/b lada hitam
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara
1. Peria dibelah 2 dan buangkan biji. Hiris anggaran 1 cm tebal dan rendamkan dengan air garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Toskan peria dan masukkan dalam kuali. Kacau rata.
4. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau rata. Biarkan sekejap.
5. Kacau masakan dan masukkan garam.
6. Hidangkan....Sumber: hanieliza.fotopages.comNi resepi utk gambar atas sana tu...jgn tk cuba ok.
Tempoyak??? Apa tu?? Tu lah persoalan yg blegar kat kepala otak sy ni. Bila saat ptama keluarga member sy mpkenalkan tempoyak kpd sy. Ms tu sy ikut member bcuti ke Pahang.
Cubalah rs...eiii rs peliklah. Tak berapa suka sgt. Kalau durian tu.........mmg sukaaaa sgt..hehehe.
Bagi peminat tempoyak, kat sini sy ada postkan resepi utk experimen anda d rumah.
Udang Masak Lemak Tempoyak
Bahan
400 gm udang
*1 inci lengkuas - kalau tak nak letakpun boleh
*1-1 1/2 inci kunyit hidup
*5 biji bawang merah
* 2-3 sudu besar cili kering yg diblended
*1 inci halia1 btg serai diketok
4 sudu tempoyak
1 biji kelapa/ 1 pkt santan- 6 cawan air
1 keping asam keping
garam (ikut rasa)
5 biji lada hijau - tak payah potong
segenggam terung pipit (pilihan)
Cara-cara
1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk dan masukkan santan.Biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan udang, asam keping,terung pipit , tempoyak dan garam .
4.Kacau hingga mendidih dan masukkan lada hijau ....Sumber: mamasya
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
- 4 sudu besar tempoyak
- 10 biji cili padi (dikisar)
- 3 cm kunyit hidup (dikisar)
- 3 batang serai (diketuk)
- 3 batang bunga kantan (dihiris)
- 5 helai daun kesum
- 2 cawan air
- Garam, minyak masak dan gula pasir.
Cara membuatnya:
- Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumis cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar. Kacau seketika.
- Masukkan serai, bunga kantan dan daum kesum.
- Kemudian masukkan air, tempoyak dan ikan patin.
- Apabila mendidih, masukkan garam dan gula pasir secukupnya. Masak lagi hingga pekat...Sumber: spa.gov
SELAMAT MENCUBA
Yummy...Spagetti. Lama dah tk makan spagetti ni. Last makan, ms kat pizza hut. Itu pun rsnya pelik. Tk suka sgt spagetti pizza hut, tk brp sedap. Hehehe...jgn marah ye pizza hut. Komen ikhlas je. Tp pizza kat situ...mmg sedap. Baru2 ni baru p sana, sbb ada farewell dinner member satu ofis. Sampai tk cukup perut sy makan pizza hut..hahaha.

Ms belajar d kedah, ada sorg pensyarah sy pandai masak spagetti ni. Mmg sedaplah dia buat. Sampai tambah beberapa pinggan..hehehe. Dengan muka tk malu tu.

Bagi ada yg nk sgt makan spagetti ni..bolehlah p tpt ni:
SS15, Subang Jaya, SelangorNearby 1 Station Subang Jaya
No. 21-G, Jalan SS15/8B, Subang Jaya, Selangor
Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
Restaurant 1Euro Deli Grill
No. 29, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Tel : 603-2162 6991
Fax : 603-2162 6991
Ni maklumat yg sy dpt dr internet...kalau ada tpt best d tpt anda, bgtau ok....nanti boleh terjah..hehehe.
Nk buat spagetti sendiri, boleh dptkan resepi d sini:
resepi.mesra.net
myresipi.com
Sy pun nk cuba...tunggu balik rumah sdiri...ok SELAMAT MENCUBA
Nak tahu...inilah makanan yg amat sy gemari. Kalau makan dgn mayonis..wow..yummy. Sedap sampai mjilat jari. Mcm KFC pula..hehehe. Dulu pernah juga try buat kat umah. Bolehlah. Sy bukannye terror masak pun. Sikit2 tahulah.
Waaa....sedapnye. Kalau kat Bintulu. Sy tk pasti mn tpt best makan salad sotong ni. Tp kalau kat Sibu, tahulah sy. Tp lupalah apa nama tptnye..hehehe.
Makan dgn sos cili pun sedap. Tp sy lebih suka makan dgn mayonis. Makan tgh2 panas...baru terasa kesedapannya.
Dah lama tk makan salad sotong ni. Tk pe, lain kali nk cuba cari mn tpt makan salad sotong best kat sini. Biasalah sy ni bukan org sini pun, sbb tu tk tau.
Bagi anda yg nk try msk sendiri salad sotong..bolehlah dptkan resepi d blog ini:
enjoycookingSELAMAT MENCUBA...CERIA SELALU


Apa tu Panoh..ya???? Nak tahu, baca info ni:
Manok Pansoh merupakan
makanan yang terkenal di Sarawak. Manok Pansoh atau ayam kampung yang
dimasak dalam buluh adalah makanan suku kaum Iban yang paling digemari. Buluh yang digunakan untuk memasak ayam tersebut memberikan satu rasa tersendiri kepada makanan tersebut.
Manok Pansoh sangat terkenal dan sesuai dimakan ketika sarapan pagi, tengahari, makan malam mahupun pada bila-bila masa. Ia akan lebih sedap jika dimakan bersama nasi pulut atau lemang. Ia adalah makanan yang perlu dirasa apabila berkunjung ke Sarawak...Sumber:
DAFTARWARISANMenyelerakan bukan....kalau nk cuba buat..bolehlah try resepi d laman web ini:
RESEPI .....klik ini
p/s: Sy blm merasa lg ayam pansoh ni....entah mcm mn rsnya. Tgk sedap je kan. Jom kita try buat...........Selamat mcuba.

Rendang Tok...yummy. Sy blm pernah rs lg Rendang Tok ni. Dengar sebutan rendang je dah tau sedap. Aduh lapar d buatnya...hahaha. Maybe kalau bpeluang kelak, dpt rs Rendang Tok org Perak. Sbb ada member kat sana, cuma blm bkesempatan nak p sana. Nak cuba rs org perak sdiri buat. Kalau tk silap, Rendang Tok kan asal dr perak. Betul kan???
Resepi
RENDANG TOK
| Bahan-bahan |
1 kg daging [potong sebesar 3 inci] 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 1/2 cawan kerisik 1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka.. 3 s/b gula merah 3 keping asam keping Daun kunyit [koyakkan] garam
Bahan mesin 2 s/b ketumbar 1 s/b jintan manis 1 s/b jintan putih 1 s/b lada hitam 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 25 biji cili kering 20 biji bawang merah 5 cm halia 5 batang serai 3 cm lengkuas |
| Cara Memasak |
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali. 2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak. 3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata. 4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni] 5. Hidangkan......Sumber: Cari Resepi
|
Cuba tau...mn tau buatan sdiri lebih sedap dr buatan org perak...hehehe.Rendang ni kalau makan dgn ketupat, sedapkan? Terutamanya time raya. Sebut psl raya...waa tinggal 1 bulan lebih lg nk puasakan. Yelah raya kan bulan 9. Hemmm..cepat btl masa blalu. Tak terasa pula...hehehe.
Selain resepi d atas, anda boleh dptkan resepi d:
RESEPI. Masak lebih sikit k...utk sy..Selamat mcuba.
Info:
Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur, khususnya di
Terengganu yang terkenal.
Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit
garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan
ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan
iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.
(Sumber:
WIKIPEDIA)
Yummy....sapa suka makan keropok lekor, angkat tangan..hehehe. Sapa tk suka. Semua org suka. Dulu ms belajar d kedah, sll jugak beli keropok lekor d pasar malam. Sedap tau. Skrg bila dah balik negeri sdiri, agak sukar cari keropok lekor yg sedap. Sini ada tp lg sedap keropok lekor org semenanjung..kan? Ms sy p melawat kelantan, ada tgk org buat keropok lekor ni. Best je tgk...tp lg best dpt makan free..hehehe.Nak cuba buat...jom dptkan resepi d:RESEPIp/s: Kalau ada lebih tu, jgn lupa kirim bg sy ok....selamat mjamu selera.
Dulu sy tk pernah merasa Laksa Sarawak....bila rs skali, wow sedaaaaap. Sampai habis kuah hirup...hahahaha.
Laksa Sarawak ni sedap, kalau tukang msknya pandai buat kuahnye. Kalau kuah tak sedap, segala isi dlmnya pun tk sedap...tu pendapat sy lah. Apa pula pendapat anda??
Bg anda yg ingin buat sdiri Laksa Sarawak, bolehlah dptkan resepi di:
RESEPIKalau kat Bintulu, Sarawak tempat makan Laksa Sarawak yg best...yg pernah sy rasa ialah tpt makan kat tepi Hong Leong Bank. Lupa apa nama kedai tu. Harga antara RM4.30 hingga RM5.00....jgn lupa try ok.