Yummy Friends

Wednesday, March 28, 2012

Petua Dapur: Gula Melaka Tahan Lama







Masalah utama gula melaka ialah tidak tahan lama dan cepat berbau. 

Untuk mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum di atas gula melaka. 

Kemudian, simpan gula melaka dalam bekas yang kedap udara. Hasilnya gula melaka tahan lebih lama.

Saturday, March 10, 2012

4 Tabiat Buruk Yang Akan Menjejaskan Kesihatan Anda

Bagi anda yang mementingkan kesihatan diri, cumalah hindari 4 tabiat buruk yang diterangkan di bawah ini bagi menikmati kesihatan yang baik sepanjang hidup...:)




Apa yang akan terjadi sekiranya anda hanya tidur kurang dari 5 jam sehari- Hormon stress akan meningkat sekiranya seseorang tidak mendapatkan tidur yang cukup. Selain daripada itu, ia juga akan mengganggu jadual pemakanan anda. Anda mungkin akan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. 


Hasil kajian juga mendapati bahawa tidur yang tidak cukup akan mengurangkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman. Ini akan membuatkan anda mudah untuk menghidapi penyakit demam atau selesema. Seorang dewasa dinasihatkan untuk mendapatkan tidur antara 7-8 jam setiap malam. Tetapi awas, anda juga perlu mengelakkan terlebih tidur kerana ia turut memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."