Minggu lepas saya dengan amoi cina buat kuih cina iaitu Shao Mai.
Pasti semua tahukan..apa itu Shao Mai.
Tak tahu...tgk je gambar bawah ni.
Isi kami dua bubuh dlm Sho Mai ialah ikan & ayam je...halal punya...hehe3.
Nak ikut mcm kat gambar ni..tapi mcm tk jd je...haha2.
Budak2 riang sekalian, jangan tahu makan je kalau tak tahu apa vitamin or kandungan yang terdapat dalam setiap makanan serta pengaruhnya pada kulit anda. Ni ha, nak bagitau bagi yang tak tahulah. Yang tahu tu, tak payah cerita banyak..ok.
Tahukah anda, setiap kali anda mengambil vitamin untuk tubuh, ia membawa pengaruh besar terhadap kulit anda. Perhatikan makanan yang anda ambil dan semaklah beberapa jenis makanan yang membantu mengembalikan keadaan kulit agar tetap sihat dan cantik dan terjaga kesihatannya.
Ikan.
Ikan mengandungi minyak yang dapat menjaga kelembapan kulit. Jadi, cubalah untuk mengambil makanan yang berprotein tinggi ini untuk menjaga keadaan kulit agar tetap sihat dan terjaga.
Rumput laut
Terbukti banyak mengandungi omega 3 yang dapat menjaga kesihatan kulit. Dianjurkan untuk mengambilnya setiap pagi setelah sarapan. Bentuknya berupa makanan ringan merupakan lembaran yang telah dikeringkan dan boleh diperolehi dari mana-mana pasaraya. Penelitian menunjukkan rumput laut dapat meningkatkan kebugaran di dalam memulai hari korang.
Kali ni saya fikir nak bkongsi bbrp petua masak2 dgn anda skalian. Mana tau dpt diguna. Siapa yg ada petua masak2 yg lain bolehlah dikongsi bsama dsini ok.
Mencantikkan Telur Rebus
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.
Mengelak Ikan Masin Hancur
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.
Ikan Digoreng Tidak Lekat
Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng, anda harus pastikan minyak yang digunakan agak banyak dan membolehkan ikan tersebut tenggelam. Selain itu anda juga boleh memasukkan beberepa keping asam keping bersama ikan itu. Terbalikkan ikan bila anda yakin ia telah garing.
Mukah terletak 164 km dari Sibu (based on peta j/raya negeri Sarawak). Majoriti penduduk mukah adalah kaum Melanau. Mukah sebuah bandar yang terletak di pinggir pantai dan salah satu pusat aktiviti perikanan.
Makanan yg popular di Mukah ataupun kalangan masyarakat Melanau ialah
Umai....mmg sedap. Sy pun suka sgt mkn....entah bila nk balik Mukah lg???



Cara nk buat umai simple je...just perlu ikan pirang(ikan kuning yg btulang), limau nipis, bwg, cili, garam, serbuk perasa...apa lg ye...rs tu je...hehehe...mmg sedap. Lg sedap kalau mkn sama sago..yg bulat2 mcm gambar di atas tu.