Yummy Friends

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

Macam2 Karipap Ada

Yummy....sedapnye. Tiap kali turun keje pasti sy akan singgah kantin company sy utk beli kuih buat sarapan pagi. Kuih yg sering sy beli inilah, karipap. Suka makan karipap. Tp kuih kat sini pekerja Indonesia yg buat. So, inti dlm karipap tu.....mee mihun. Tp sy suka juga makan. Kalau tak pesan dgn pekerja situ, pasti dah habis karipap dibeli oleh pekerja yg masuk malam.


Dulu pernah juga buat karipap dgn mak & adik. Tp sejak keje jauh & duduk hostel ni, agak jarang nk buatnye. Kena tunggu time balik kampung. Mcm time raya. Tp mn sempat nk buat, balik pun shari nk sambut raya.

Sebut psl raya ni, minggu depan nak puasa dah. Aduh tk bolehlah update blog ni siang hari. Nanti bbunyi pula perut minta di isi. Hahahaha. Ok bg sapa yg ingin mcuba buat karipap bolehlah try resepi di bawah ni. Inti karipap, mgikut citarasa anda, sama ada nk bubuh mihun, daging, sayur or apa2lah. Asalkan anda suka makan. SELAMAT MENCUBA.


Bahan-Bahan (untuk 15 biji)


* Bahan Inti :

* 1 Tin sardin (Ayam Brand) dilenyek

* 1 Biji bawang besar (Dihiris nipis)

* 1 Biji cili merah (Dipotong serong)

* Daun sup (Diracik halus)

* Sos Tomato

* Garam

* Gula

* Perasa

* Limau nipis (Perahkan airnya)


* Bahan Doh :

* 2 Cawan tepung gandum

* 2 Sudu besar marjerin

* Air untuk menguli (Lebih kurang 1/4 cawan)

* secubit garam dimasukkan ke dalam air


Cara-cara

1. Untuk Inti : Gaulkan kesemuanya. Rasalah masam dan masinnya.

2. Untuk Doh : Masukkan marjerin ke dalam tepung gandum. Ramas tepung dan marjerin hingga rata. Kemudian masukkan air yang dibubuh sedikit garam, Uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air untuk mendapatkan kulit yang rapuh.

3. Goreng karipap dengan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan rangup.

Resepi Dr: Resepi.ILuislam

Saturday, July 4, 2009

Mee Bakso: Makanan Indonesia

Sy pertama kali kenal Mee Bakso ni ms keje d Bintulu. Sblm ni sy tak tahu apa tu Mee Bakso. First tempat sy cuba makanan Bakso ni di canteen tpt keje sy. Tukang masak yg buat Bakso ni org Indonesia...so ada rs ketulenan Bakso Indonesia lah.

Fuh...bila cuba je makan. Pedas btl, sbb mrk bubuh cili byk sgt. Dahlah sy ni tk tahan pedas. Sampai bpeluh sy makan....tp sedaaaap. Bakso ni mmg popular d Indonesia. Ia dperbuat dr mee, bebola daging & swaktu dgnnyalah...hehehe. Kalau kat canten tpt keje sy...ada 3 jenis mee mrk ltk. Mee kuning, mihun & mee...mcm mee maggi tu. Maybe stiap org cara mskannya berbeza. Lain kali sy tunjuk Mee Bakso masakan amoi canten tpt keje sy...ok.

Kalau ada antara anda ingin mcuba mbuat sdiri Mee Bakso ni, bolehlah dptkan resepi di:
RESEPI


Sedaaaap...jgn tak cuba tp jgn bubuh cili byk sgt ye. Tak elok asyik makan pedas je. Kalau bubuh bebola daging byk, sy mahu lah...hehehe. Selamat Mcuba.


Sunday, June 28, 2009

Petai: Berbau Tapi Banyak Khasiat



INFO
Petai mpunyai manfaat yang sangat besar bagi kesihatan. Di dalam kandungan petai, ada tiga macam gula alami, yaitu glukosa, fruktosa, dan sukrosa yang dikombinasikan dengan serat. Kombinasi kandungan ini mampu memberikan dorongan tenaga (sumber energi) yang alami, namun cukup lama dan cukup besar pengaruhnya.

Petai merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Tumbu
han petai banyak ditemui di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Thailand, tetapi jarang ditemui di daerah lainnya selain kawasan Asia Selatan.

Nak tahu lebih lanjut ttg khasiat petai...clik sini:

KHASIAT PETAI

Petai ni kalau mkn buat ulam sedap. Tp lg sedap kalau petai ni dimasak dgn sambal tumis udang. Mmg meliur kalau thidu sambal tumis ni....tgk gambar pun dah lapar..kahkahkah.




Nk cuba msk sdiri, just clik resepi ni:
RESEPI1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."