Yummy Friends

Showing posts with label bintulu. Show all posts
Showing posts with label bintulu. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Ipoh Town Kopitiam, Bintulu

Ipoh Town Kopitiam, Bintulu ni baru buka bulan lepas (Tak pasti sangat). Kalau tak silap sama pembukaan Tune Hotel, Bintulu. Lagipun Ipoh Town Kopitiam ni terletak bersebelahan dengan Tune Hotel.



Saya datang situ makan2 pun sebab amoi cina nak sangat p sana. So, ikut jelah. Lagipun kedai baru buka, siapa tak mau serbu..kan? Oklah...jom kita order.

Saturday, November 20, 2010

Makan Nasi Lemak Di Airport Kuching....Yummy!!

Percutian 3 hari 4 malam di bumi Kuching, memang best. Banyak kenangan di kumpul bsama member lama dan si dia..hehe. Sepanjang di Kuching memang sibuk pergi shopping je kejenye. Tak pun p makan je. Sebab tu bila balik dr cuti, berat badan pun naik. Tak pelah, yg penting serononk.


Semasa menunggu penerbangan balik ke Bintulu pagi Isnin awal bulan ni, saya bkesempatan sarapan pagi di airport Kuching. Makan nasi lemak dengan teh tarik. Rasanye bolehlah tahan.



Monday, January 4, 2010

Makan Akhir Tahun Di H-5 Restaurant

Start akhir thn hingga ke awal thn, sibuk bjalan je. Nak kata shopping byk, tklah juga.
Plg byk...makan je kejenye.

Oh...sblm tlupa.....SELAMAT TAHUN BARU 2010
Sy ucapkan, yelah tk sempat nk wish semua blogger yg budiman.

Pd mlm sblm countdown...sblm mjelang thn baru.
Sy dgn member sy, pi lah jalan2 cari makan.
Fikir mlm sblm thn baru, nk makan makanan western food.
Tgk2 semua tpt penuh, hampa btl.
Last2 makan italian food di H-5 Restaurant. Restaurant yg baru buka awal bulan lepas.
Bertempat di Parkcity Commercial Centre, Bintulu.
Harga semua makanan situ, bolehlah tahan. Agak mahal jugak tp sedap.


Ada cili,keju dan...apa yg tgh2 tu ye..lupa sudah.

Thursday, August 27, 2009

Roti Canai Kegemaran Ramai

Semalam ada keluar jalan2. Member rs lapar, so singgahlah kat kedai mamak di pasar Bintulu. Sy dah tk larat nk makan. Yelah baru lepas bbuka puasa. Nk sumbat lg, tk mampulah. Kang muntah pula.

So, teman member cina sy tu makan roti canai jelah. Sy just minum teh tarik. Sbenarnya tk de plan nk p mana. Jd, lepak kat kedai jelah. Minum2 sambil tgk kerenah manusia.



Yummy...sedap btl roti canai ni. Jom kita makan. Dah bbuka kan? Amaran: Jgn mkn hari2, coz byk cholesterol.... org putih cakap..ahaha.


Bagi anda yg ingin cuba buat roti canai mcm gambar di atas ni. Bolehlah melawat ke blog: maisya-.blogspot.com

Ok...tk larat nk cerita byk. mahu rehat...........esok posa lg.....chow dulu.

Sunday, August 9, 2009

Jom Makan Cakoi!!


Cakoi atau org cina panggil you-tiao merupakan makanan...kira popular juga di kalangan org cina termasuk juga bangsa lain. Sy sdiri pun suka makan. Tp dah lama tk makan. T'ingin pula lepas tgk2 blog member lain. Sbb tu post psl cakoi ni...hehe3.

Ada org suka makan cakoi dgn bubur, sllnya org cina lah mcm tu. Kalau sy, sy suka makan mcm tu je..cecah dgn sos, sedap. Ada juga yg suka makan cakoi bubuh mayonis, buat mcm salad. Tak tahulah sedap ke tak. Belum cuba lg...next time lo.

Dulu, kalau duduk kat Sibu..selalu juga makan cakoi. Tp bila dah tukar keje kat Bintulu, agak jarang makan. Bukan jarang lg, tk makan. Yelah nak p bandar, agak jauhlah. Lebih2 lg tk de kenderaan ni. Harapkan kawan je...sedih btl.

Bg anda yg ingin cuba2 buat cakoi....boleh try resepi ni...hasilnya mcm gambar di bawah ni..minta2lah..hehehe3.

CAKOI - Resepi K Noormasri.


Bahan-bahan A:

300 g tepung high protein
50 g tepung gandum biasa
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula

Bahan-bahan (B):

1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar air suam kuku
2 sudu kecil ( 7 g) yis kering segera

Bahan-bahan ©:

250 ml air suam kuku
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam (paras rata)

Cara membuat:

Ayak bersama bahan-bahan A kedlm mangkuk pengadun yg besar.
Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan B dan biarkan selama 10 minit sehingga yis berbuih
Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan C, kacau sehingga larut
Buat lubang ditengah2 campuran tepung, curahkan bahan B dan C
Gaul sekata dan uli sehingga licin dan kenyal
Simpan dlm bekas bertutup dan biarkan sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Taburkan sedikit tepung ke tempat mencanai, uli semula 1 minit kemudian canai menjadi btk 4 segitepat
Potong menjadi beberapa jaluran
Ambil satu jaluran, sapu dgn sket air atasnya kemudian ambil lagi satu jaluran letakkan atas jaluran pertama tadi, tekan sket biar melekat
Ulang hingga doh habis
Biarkan selama 10 minit
Panaskan minyak, ambil jaluran/kepingan yg berkembar tadi, tarik sket kemudian goreng sehingga keperangan
Cakoi nih akan mengembang masa goreng 2-3 kali ganda dr saiz asal



Resepi lain...bolehlah dptkan di
myresepi.com. Ok SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, July 21, 2009

Guang Bing (Kom Pia)

Kali ni nk cerita sikit psl makanan cina....Nilah salah satu makanan kegemaran sy dulu2 iaitu Guang Bing ataupun dipanggil Kom Pia.


Nama makanan ini ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China.

Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba
.

Nk tahu tak.....spjg sy duduk di Sibu. Inilah makanan yg agak popular di sana. Sy kerap juga beli. Sedaaaaaaaaaap. Lama dah tk makan. Kat Bintulu sini rsnya ada, tp tak pasti di mana. Cubalah...kalau ada kesempatan tu ye.

Saturday, July 18, 2009

Oh Satay...Sedapnye.

Jom...kita pekena satay kat Tanjung Batu. Tanjung Batu merupakan tempat reakreasi yg agak popular juga di Bintulu ni. Ramai yg bkunjung ke situ utk menikmati suasana pantai yg tk kurang indahnya.

Ada juga yg dtg ke situ utk bbq, relax2 di hari minggu bsama keluarga, mandi manda & ingin pekena satay serta ais batu campur atau nama popularnya ABC. Tak kurang juga yg dtg ke situ utk dating..hehehe.

Hari t'akhir sy p Tanjung Batu ni, bulan lepas. Yelah lepas jalan2 shopping dgn member, so singgah sana kejap pekena satay & ABC. Sedap beb..hehehe. Tempat lain nk makan satay ni, rsnye kat Famous Mama Cafe.

Nk cuba buat satay sendiri mcm gambar d bawah ni...bolehlah dapatkan resepi kat:

resepi.iluvislam.com

Antara satay daging dgn ayam, sy lebih suka satay daging...sedap tau. Masa sy duduk di Sibu dulu, ada satu tpt tu mmg masakan satay dagingnya sedap btl. Dah lupa apa nama tpt tu, dah lama tinggalkan Sibu.

Kalau ada tpt yg best d mn2 sajalah...bagilah tahu. Mana tau sy bpeluang p sana someday.

Ok SELAMAT MENCUBA.....Jumpa lg.

Ketam Oh Ketam

Sapa peminat ketam sini...angkat tangan. Hehehe...sy dah angkat awal dah.

Dulu adik sy suka tangkap ketam ni, banyak hasil dia dapat. Makan pun jenuh dbuatnya..asyik2 ketam. Tp adik sy ni, kalau dpt banyak ketam, dia jual kat pasar. Boleh tahan juga harganya.

Tengok gambar masakan ketam di atas...ada mcm2 stail masakan org kita skrg. Nampak myelerakan. Tp masakan ibu sy lg best..hehehe.

Nk makan ketam kat Bintulu ni, sy tk tahu sgt. Blm pernah makan ketam kat sini. Maklumlah sy ni bukan penduduk sini..nak ronda2 pun bukan ada kereta pun. Harap kawan bw jalan2 je.

Jom kita cuba masak ketam......nk buat, dptkan resepi di:

resepi.iluvislam.com

www.resipi.net

Dan byk lg resepi lain yg anda boleh dptkan di internet. Yelah skrg semua info di hujung jari je.

Thursday, July 16, 2009

Sedapnye...Sotong Bakar

Sotong...sotong...sotong...sedapnye. Sy plg suka sotong kalau msk goreng iaitu buat salad sotong & juga sotong bakar. Sotong bakar sambal mmg sedap. Cayalah.

Kalau nk cari tpt sotong bakar yg sedap, bolehlah lawat tpt makan kat Jln Bandung, Sibu. Kalau tak silap, mcm tu nama tpt tu. Dah lupa, lama tk p sana. Kalau kat Bintulu, dkt dgn Mds kat Medan. Tu dulu, tak tahulah skrg ni masih ada ke tak lg.

Wa....sedapnye..tgh panas2 mcm ni. Tp jgn gelojoh pula...naya nanti.

Myelerakan btllah....buat sy lapar je..hehehe

Cara mskan sotong bakar ni ada byk jenis, ada sotong bakar sambal, sotong bakar ala bbq, sotong bakar berempah & byk lglah...mgikut selera & kreatibiliti masing2.

Nk cuba:Sotong Bakar Bersambal.....silalah ke blog: izzaiynas.blogspot.com


Sotong Bakar Berempah..sila ke website: Sajionline.com


Sotong Bakar Ala BBQ..sila ke blog: yummylicious-jun.blogspot.com


SELAMAT MENCUBA........KITA MAKAN DULU..BYE2

Monday, July 13, 2009

Salad Sotong Kegemaranku

Nak tahu...inilah makanan yg amat sy gemari. Kalau makan dgn mayonis..wow..yummy. Sedap sampai mjilat jari. Mcm KFC pula..hehehe. Dulu pernah juga try buat kat umah. Bolehlah. Sy bukannye terror masak pun. Sikit2 tahulah.

Waaa....sedapnye. Kalau kat Bintulu. Sy tk pasti mn tpt best makan salad sotong ni. Tp kalau kat Sibu, tahulah sy. Tp lupalah apa nama tptnye..hehehe.


Makan dgn sos cili pun sedap. Tp sy lebih suka makan dgn mayonis. Makan tgh2 panas...baru terasa kesedapannya.

Dah lama tk makan salad sotong ni. Tk pe, lain kali nk cuba cari mn tpt makan salad sotong best kat sini. Biasalah sy ni bukan org sini pun, sbb tu tk tau.

Bagi anda yg nk try msk sendiri salad sotong..bolehlah dptkan resepi d blog ini:

enjoycooking

SELAMAT MENCUBA...CERIA SELALU

Saturday, July 4, 2009

Mee Bakso: Makanan Indonesia

Sy pertama kali kenal Mee Bakso ni ms keje d Bintulu. Sblm ni sy tak tahu apa tu Mee Bakso. First tempat sy cuba makanan Bakso ni di canteen tpt keje sy. Tukang masak yg buat Bakso ni org Indonesia...so ada rs ketulenan Bakso Indonesia lah.

Fuh...bila cuba je makan. Pedas btl, sbb mrk bubuh cili byk sgt. Dahlah sy ni tk tahan pedas. Sampai bpeluh sy makan....tp sedaaaap. Bakso ni mmg popular d Indonesia. Ia dperbuat dr mee, bebola daging & swaktu dgnnyalah...hehehe. Kalau kat canten tpt keje sy...ada 3 jenis mee mrk ltk. Mee kuning, mihun & mee...mcm mee maggi tu. Maybe stiap org cara mskannya berbeza. Lain kali sy tunjuk Mee Bakso masakan amoi canten tpt keje sy...ok.

Kalau ada antara anda ingin mcuba mbuat sdiri Mee Bakso ni, bolehlah dptkan resepi di:
RESEPI


Sedaaaap...jgn tak cuba tp jgn bubuh cili byk sgt ye. Tak elok asyik makan pedas je. Kalau bubuh bebola daging byk, sy mahu lah...hehehe. Selamat Mcuba.


Thursday, July 2, 2009

Laksa Sarawak Memang Sedap

Dulu sy tk pernah merasa Laksa Sarawak....bila rs skali, wow sedaaaaap. Sampai habis kuah hirup...hahahaha.

Laksa Sarawak ni sedap, kalau tukang msknya pandai buat kuahnye. Kalau kuah tak sedap, segala isi dlmnya pun tk sedap...tu pendapat sy lah. Apa pula pendapat anda??


Bg anda yg ingin buat sdiri Laksa Sarawak, bolehlah dptkan resepi di:
RESEPI

Kalau kat Bintulu, Sarawak tempat makan Laksa Sarawak yg best...yg pernah sy rasa ialah tpt makan kat tepi Hong Leong Bank. Lupa apa nama kedai tu. Harga antara RM4.30 hingga RM5.00....jgn lupa try ok.

Thursday, June 25, 2009

Makan D Tom Corner

Smlm sy dgn kwn sy pergi mkn makanan western food di Tom Corner. Rs t'ingin nak mkn, so ajak lo member mkn sana. Tom Corner ni terletak di Taman Li Hua, Bintulu. Bg yg tak berapa tahu tpt ni, tak pelah...lain kali sy bw pergi sana ye.

Sy order ni....Fish & Chip (RM12.oo)Kwn sy order....Grill Fish (RM14.00)

Air...sy order Carrot Juice (RM3.00)
Member sy order Orange Juice (RM3.00)Menu tambahan, kami tambah Ayam Goreng (RM6.00)

Hehehe...kuat tak kami dua mkn? Bolehlah. Makanan kat Tom Corner ni, nak kata sedap. Taklah juga, biasa je. Tp kalau kat Bintulu ni, sy rslah. Kalau nk mkn Fish & Chip yg sedap, pergilah mkn kat Recency Hotel.

p/s: Gambar copy dr web lain, gambar btl tk de. Tak dpt nk ambil smlm. Ramai org. Soli ye.

Monday, June 22, 2009

Ikan Terubuk Masin Sarawak


Ikan Terubuk amat terkenal di Sarawak, bukan hanya kerana kesedapannya tp juga kualiti ikan yg dbuat oleh masyarakat sana. Ikan ini sedap digoreng atau dimasak lemak cili padi. Jika digoreng pastikan anda tidak merendamnya terlalu lama. Cukuplah dengan membilasnya sahaja dan seterusnya digoreng hingga kekuningan. Lepas tu bolehlah diperah dengan limau kasturi dan dimakan dengan nasi putih bersama cili padi.... fuh...pasti meleleh. Jgn lupa...bila dtg ke Sarawak tu, belilah ikan terubuk buat ole2 ya.



INFO
Ikan Terubuk segar amat terkenal di kalangan orang di Sarawak, terutamanya di Kuching, Sarawak. Ini kerana kualitinya dan agak sukar didapati. Ikan ini hanya boleh di jumpai di kawasan tertentu sahaja.

Di sarawak, ikan Terubuk segar boleh ditemui di kawasan Bintulu, Beladin, Sebuyau dan Sibu laut. Ikan terubuk juga boleh didapati di kawasan perairan laut dalam. Bagi jangka masa ikan ini adalah 1 minggu sahaja.

Kebiasaanya sesetengah orang menyimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Dengan cara ini ikan, dapat disimpan lebih lama lagi untuk beberapa minggu.

Ikan ini di jual bedasarkan berat (kg). Terubuk yang segar dijual pada harga RM 16 per/kg tetapi agak berbeza dari segi harga jika terdapat telur pada ikan tersebut iaitu RM 24 per/kg. Ini ternyata telur ikan ini juga ada nilainya tersendiri.

p/s: Bilalah dpt makan ikan terubuk lg ya??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."