Credit:Google
BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.
Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Siapa peminat kopi ni mesti tau serba sedikit khasiat kafeinkan? Saya ni taklah tau sangat. Sikit2 je, lama2 jd bukit. Betul tak? Saya bukan dikira peminat setia kopi ni. Jarang sangat minum. Boleh dikira kekerapannya.
Bagi yang tiap hari minum tu, harus ingat. Jangan minum kopi banyak sangat kerana ada setengah orang mengatakan kandungan kafein yang ada di dalam kopi tidak bagus untuk badan. Namun kafein jika diambil dalam jumlah yang terkawal dan kena pada waktunya ia memberi faedah kepada tubuh kita.
Tahukah anda kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme badan anda?, dimana metabolisme ini berfungsi sebagai agen untuk membakar kalori, semakin tinggi tahap metabolisme anda makin pantas ia membakar kalori.