Yummy Friends

Showing posts with label kajian. Show all posts
Showing posts with label kajian. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Berita Dunia Makanan: Kopi Bergula Tingkatkan Prestasi Otak

Credit:Google


BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.


Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.


Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.


Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. 

Monday, November 22, 2010

Berita Dunia Makanan: Khasiat Kunyit

 
WASHINGTON: Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.


Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.


Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.


"Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.

Wednesday, October 6, 2010

Kesan Makanan Ringan or Junk Food Terhadap Otak

 Credit:Google

Info menarik utk dikongsi bsama, terutama buat mrk yg gemar makan makanan ringan.


Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak
 
Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. 


Hal ini disebabkan, otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.  

Saturday, April 24, 2010

Info Sihat Menawan: 10 Makanan Elak Penyakit....Ni Mesti Tau, Wajib Sangat2

Credit:Google

Tak payah takut pada penyakit andai pola makanan anda betul dan berkhasiat. Oleh kerana itu, pastikan anda tahu makanan apa yang baik supaya penyakit tidak mudah datang. Betul tak?


Berikut antara yang boleh anda jadikan sebagai amalan pemakanan anda.

1.Brokoli - Pencegah Kanser Serviks

Kandungan asam folat yang tinggi pada brokoli menghentikan virus pencetus kanser serviks. Demikian kajian yang di lakukan oleh University Of Alabama.

2. Bayam - Pelindung mata

The National Institute Of Health, AS, mendapati mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi, kebarangkalian menghadapi risiko yang lebih kecil untuk mengalami masalah penurunan penglihatan iaitu sebanyak 43 peratus. Sumber lutein boleh didapati pada daun berwarna hijau seperti bayam dan ia merupakan antara pilihan terbaik untuk dijadikan makanan bagi menjaga penglihatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."