WASHINGTON: Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.
Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.
"Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.