Credit:Google
Siapa suka minum air soya, angkat tangan..he3. Saya memang suka minum. Sedap. Lagipun banyak khasiatnya. Lebih2 lagi kalau anda buat sendiri di rumah.
Sebenarnya sudah banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.
Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.
3 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.
4. Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.
