Yummy Friends

Sunday, August 9, 2009

Jom Makan Cakoi!!


Cakoi atau org cina panggil you-tiao merupakan makanan...kira popular juga di kalangan org cina termasuk juga bangsa lain. Sy sdiri pun suka makan. Tp dah lama tk makan. T'ingin pula lepas tgk2 blog member lain. Sbb tu post psl cakoi ni...hehe3.

Ada org suka makan cakoi dgn bubur, sllnya org cina lah mcm tu. Kalau sy, sy suka makan mcm tu je..cecah dgn sos, sedap. Ada juga yg suka makan cakoi bubuh mayonis, buat mcm salad. Tak tahulah sedap ke tak. Belum cuba lg...next time lo.

Dulu, kalau duduk kat Sibu..selalu juga makan cakoi. Tp bila dah tukar keje kat Bintulu, agak jarang makan. Bukan jarang lg, tk makan. Yelah nak p bandar, agak jauhlah. Lebih2 lg tk de kenderaan ni. Harapkan kawan je...sedih btl.

Bg anda yg ingin cuba2 buat cakoi....boleh try resepi ni...hasilnya mcm gambar di bawah ni..minta2lah..hehehe3.

CAKOI - Resepi K Noormasri.


Bahan-bahan A:

300 g tepung high protein
50 g tepung gandum biasa
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula

Bahan-bahan (B):

1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar air suam kuku
2 sudu kecil ( 7 g) yis kering segera

Bahan-bahan ©:

250 ml air suam kuku
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam (paras rata)

Cara membuat:

Ayak bersama bahan-bahan A kedlm mangkuk pengadun yg besar.
Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan B dan biarkan selama 10 minit sehingga yis berbuih
Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan C, kacau sehingga larut
Buat lubang ditengah2 campuran tepung, curahkan bahan B dan C
Gaul sekata dan uli sehingga licin dan kenyal
Simpan dlm bekas bertutup dan biarkan sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Taburkan sedikit tepung ke tempat mencanai, uli semula 1 minit kemudian canai menjadi btk 4 segitepat
Potong menjadi beberapa jaluran
Ambil satu jaluran, sapu dgn sket air atasnya kemudian ambil lagi satu jaluran letakkan atas jaluran pertama tadi, tekan sket biar melekat
Ulang hingga doh habis
Biarkan selama 10 minit
Panaskan minyak, ambil jaluran/kepingan yg berkembar tadi, tarik sket kemudian goreng sehingga keperangan
Cakoi nih akan mengembang masa goreng 2-3 kali ganda dr saiz asal



Resepi lain...bolehlah dptkan di
myresepi.com. Ok SELAMAT MENCUBA.

3 comments:

Dilakochan said...

weee..i love cakoi!..

Biase dila makan cicah ngn kaya!
Kaya yg buat sendri.!

sepul said...

kalau kat perlis atau belah2 utara kami panggil pak tongko.

Angeline said...

kaya?...i blum pernah try. Lain kali nk cubalah, entah mcm mn rsnye.

Pak tongko..lucu dgr..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."