Yummy Friends

Monday, August 31, 2009

Pernah Makan Belangkas?


Pernah tgk, mcm mn rupa belangkas tk? Kalau tak pernah...nilah rupanya. Sy sebenarnya tk tahu binatang ni dipanggil belangkas. Dlm bahasa sy, sy panggil 'belangkeh'. Entah btl ke tak ejaan sy tu. Haha...apa2lah. Yg ptg kita tahu mcm mn rupa belangkas ni.
Dulu ayah sy kerap juga tangkap belangkas ni. Mskan yg biasa kami buat ialah belangkas masak kicap. Masak simple je, yg ptg sedap di makan. Kan gitu? Sblm masak kicap, kita harus bersihkan belangkas ni then rebus. Lepas tu barulah keluarkan isi & telurnya. Then masaklah ikut selera anda.
Nilah rupa mskan belangkas asam pedas kering yg mendapat sambutan hangat di restoran Ibrahim Baharum yg terletak di dipersimpangan jalan Teluk Sengat...info lebih lanjut boleh baca KOSMO ONLINE.
Oklah.....tu je pasal belangkas ni. Chow dulu. SELAMAT BERBUKA PUASA.

Thursday, August 27, 2009

Roti Canai Kegemaran Ramai

Semalam ada keluar jalan2. Member rs lapar, so singgahlah kat kedai mamak di pasar Bintulu. Sy dah tk larat nk makan. Yelah baru lepas bbuka puasa. Nk sumbat lg, tk mampulah. Kang muntah pula.

So, teman member cina sy tu makan roti canai jelah. Sy just minum teh tarik. Sbenarnya tk de plan nk p mana. Jd, lepak kat kedai jelah. Minum2 sambil tgk kerenah manusia.



Yummy...sedap btl roti canai ni. Jom kita makan. Dah bbuka kan? Amaran: Jgn mkn hari2, coz byk cholesterol.... org putih cakap..ahaha.


Bagi anda yg ingin cuba buat roti canai mcm gambar di atas ni. Bolehlah melawat ke blog: maisya-.blogspot.com

Ok...tk larat nk cerita byk. mahu rehat...........esok posa lg.....chow dulu.

Saturday, August 22, 2009

Berbuka Di Hari Pertama Ramadhan

Apa agaknye juadah berbuka di kampung ya? Pasti di hari pertama berbuka puasa, bmacam2 jenis juadah disediakan. Kalau pergi ke tapak ramadhan pasti jenuh nk pilih makanan apa nk beli. Sampai rambang mata dibuatnya. Rasa nk makan semua, last2 bila sampai waktu berbuka. Tak habis. Kan mbazir itu. Beli makanan ala kadar sudahlah.

Hari ni sy just berbuka simple je. Biasalah duk hostel. Ambil lauk di kantin td. Makan nasi je. Nak keluar, rs tk larat pula. Hahaha. Tp rezeki dtg, kak satu ofis sederkah karipap & bubur jagung. Sedap btl. First time sebenarnya sy makan bubur jagung. Selalunya makan bubur kacang, bubur durian, bubur nangka dan apa lagi ye..hehehe.



Ok..bg yg suka mcuba mcm2 resepi, apa kata try resepi bubur jagung pula. Ni utk yg blum pernah rs bubur jagung, mcm sy. Hehehe.

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERBUKA PUASA.


BUBUR JAGUNG

Bahan

500 gm jagung frozen
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 cawan air
1 cawan gula perang
2 s/b gula [sekiranya kurang manis]
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
garam
daun pandan

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh dan sagu nampak jernih.
3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2 sehingga mendideh sekali lagi.
4. Hidangkan.
Sumber: Hanieliza

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Puasa Ramadhan


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala.

Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.


SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Saturday, August 15, 2009

Macam2 Karipap Ada

Yummy....sedapnye. Tiap kali turun keje pasti sy akan singgah kantin company sy utk beli kuih buat sarapan pagi. Kuih yg sering sy beli inilah, karipap. Suka makan karipap. Tp kuih kat sini pekerja Indonesia yg buat. So, inti dlm karipap tu.....mee mihun. Tp sy suka juga makan. Kalau tak pesan dgn pekerja situ, pasti dah habis karipap dibeli oleh pekerja yg masuk malam.


Dulu pernah juga buat karipap dgn mak & adik. Tp sejak keje jauh & duduk hostel ni, agak jarang nk buatnye. Kena tunggu time balik kampung. Mcm time raya. Tp mn sempat nk buat, balik pun shari nk sambut raya.

Sebut psl raya ni, minggu depan nak puasa dah. Aduh tk bolehlah update blog ni siang hari. Nanti bbunyi pula perut minta di isi. Hahahaha. Ok bg sapa yg ingin mcuba buat karipap bolehlah try resepi di bawah ni. Inti karipap, mgikut citarasa anda, sama ada nk bubuh mihun, daging, sayur or apa2lah. Asalkan anda suka makan. SELAMAT MENCUBA.


Bahan-Bahan (untuk 15 biji)


* Bahan Inti :

* 1 Tin sardin (Ayam Brand) dilenyek

* 1 Biji bawang besar (Dihiris nipis)

* 1 Biji cili merah (Dipotong serong)

* Daun sup (Diracik halus)

* Sos Tomato

* Garam

* Gula

* Perasa

* Limau nipis (Perahkan airnya)


* Bahan Doh :

* 2 Cawan tepung gandum

* 2 Sudu besar marjerin

* Air untuk menguli (Lebih kurang 1/4 cawan)

* secubit garam dimasukkan ke dalam air


Cara-cara

1. Untuk Inti : Gaulkan kesemuanya. Rasalah masam dan masinnya.

2. Untuk Doh : Masukkan marjerin ke dalam tepung gandum. Ramas tepung dan marjerin hingga rata. Kemudian masukkan air yang dibubuh sedikit garam, Uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air untuk mendapatkan kulit yang rapuh.

3. Goreng karipap dengan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan rangup.

Resepi Dr: Resepi.ILuislam

Wednesday, August 12, 2009

Sup Herba Masakan Cina

Hari ni di Menerokai Dunia Makanan, sy nk pkenalkan sup herba mskan cina kegemaran sy...ehem ehem...dipkenalkan..alahai mcm ada pgumuman penting pula..haha3.

Inilah sup herba mskan cina yg bkhasiat.




Gambar atas tu skadar hiasan je..hehehe. Tp rupa sup yg sy suka makan mcm gambar t'akhir tu. Sy tk pandai nk sebut nama sup tsebut...hemm kita panggil sup herba cinalah. Lagi senang.

Sllnya kalau balik kpg, sy mmg suruh mak masak sup herba cina. Sy lebih suka sup herba cina masak dgn ayam. Kalau itik or daging. Sy kurang minat. Sup herba cina ni baik utk kesihatan. Cubalah try....sedap.

Kalau hari raya org suka makan rendang, sy pula suka makan sup herba cina. Hehe…mmg tiap raya ada masak sup herba cina. Skrg ni sy rindu btl nk makan. Tunggu balik hari raya nantilah..hehe3.

Kira mcm nilah rupa bungkusan herba yg sll mak sy beli. Tunggulah hari raya nanti, sy ambil gambar sup herba cina tu & post kat sini.
Cara mskan sup herba cina ni senang je. Just mskkan semua bahan2 seperti rempah di atas tu, perasa & ayam dlm periuk. Gaul2 sudahlah...hehehe. Lain kalilah sy terang lebih lanjut. Ok...jumpa lg...chow dulu.

Sunday, August 9, 2009

Jom Makan Cakoi!!


Cakoi atau org cina panggil you-tiao merupakan makanan...kira popular juga di kalangan org cina termasuk juga bangsa lain. Sy sdiri pun suka makan. Tp dah lama tk makan. T'ingin pula lepas tgk2 blog member lain. Sbb tu post psl cakoi ni...hehe3.

Ada org suka makan cakoi dgn bubur, sllnya org cina lah mcm tu. Kalau sy, sy suka makan mcm tu je..cecah dgn sos, sedap. Ada juga yg suka makan cakoi bubuh mayonis, buat mcm salad. Tak tahulah sedap ke tak. Belum cuba lg...next time lo.

Dulu, kalau duduk kat Sibu..selalu juga makan cakoi. Tp bila dah tukar keje kat Bintulu, agak jarang makan. Bukan jarang lg, tk makan. Yelah nak p bandar, agak jauhlah. Lebih2 lg tk de kenderaan ni. Harapkan kawan je...sedih btl.

Bg anda yg ingin cuba2 buat cakoi....boleh try resepi ni...hasilnya mcm gambar di bawah ni..minta2lah..hehehe3.

CAKOI - Resepi K Noormasri.


Bahan-bahan A:

300 g tepung high protein
50 g tepung gandum biasa
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula

Bahan-bahan (B):

1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar air suam kuku
2 sudu kecil ( 7 g) yis kering segera

Bahan-bahan ©:

250 ml air suam kuku
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam (paras rata)

Cara membuat:

Ayak bersama bahan-bahan A kedlm mangkuk pengadun yg besar.
Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan B dan biarkan selama 10 minit sehingga yis berbuih
Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan C, kacau sehingga larut
Buat lubang ditengah2 campuran tepung, curahkan bahan B dan C
Gaul sekata dan uli sehingga licin dan kenyal
Simpan dlm bekas bertutup dan biarkan sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Taburkan sedikit tepung ke tempat mencanai, uli semula 1 minit kemudian canai menjadi btk 4 segitepat
Potong menjadi beberapa jaluran
Ambil satu jaluran, sapu dgn sket air atasnya kemudian ambil lagi satu jaluran letakkan atas jaluran pertama tadi, tekan sket biar melekat
Ulang hingga doh habis
Biarkan selama 10 minit
Panaskan minyak, ambil jaluran/kepingan yg berkembar tadi, tarik sket kemudian goreng sehingga keperangan
Cakoi nih akan mengembang masa goreng 2-3 kali ganda dr saiz asal



Resepi lain...bolehlah dptkan di
myresepi.com. Ok SELAMAT MENCUBA.

Saturday, August 8, 2009

Rindulah...Laksa Kedah


Waa..bila tgk je gambar laksa kedah ni, t'ingat ms kat kedah dulu. Selalu jugak makan. Tp skrg tinggal kenangan je. Lama dah tk makan. Pernah juga tgk mak member buat laksa kedah ni. Sedap btl...itupun kalau kuahnya sedap. Mmg tambah byk kali pinggan tu. Cayalah..hehehe.


Rindu btllah dgn kenangan ms lalu. Nk buat sdiri, tk berapa pandai sgt. Dahlah duduk hostel ni, payah nk masak2 sgt. Kalau setakat masak mee segera tu, bg je. Hahaha.

Kalau kuah laksa kedah ni cukup ikannya, rsnya sedap gila..kan2. Biasalah tahu makan je. Kalau ikan kurang rsnye kurang juga.

Bg sapa2 nk cuba buat, boleh try resepi kat blog d bwh ni:

cheq-sue.com

Penerangan mskan beliau, jelas. Siap dgn gambar sekali...best je tgk. Sedap tau.

Ok....SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, August 5, 2009

Peria..Pahit Tapi Sedap

Post kali ni, psl peria pula. Ada sstgh org tk suka peria, sbb rsnya yg pahit. Tapi tahukah anda bhw peria ni, wpun pahit byk penawar.

Ok...sy sebut serba sedikit psl khasiat peria ni ya.

Kalau anda ada masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan.

Nk tahu lbh byk kenalah layari blog ni: fazlisyam.com

Yummy...sedap btl. Dulu sy tk suka makan peria sbb pahit. Tp lepas tahu khasiatnya, sy minat makan pula. Sy lebih suka peria msk mcm gambar kat atas ni. Selain tu buat ulam sedap. Tk cukup satu batang peria makan...hahahaha.

Oklah...kita tgk resepi psl peria pula.

PERIA LADA HITAM

Bahan

1 biji sayur peria
2 biji telur
minyak
garam

Bahan tumbuk
1 s/b lada hitam
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Peria dibelah 2 dan buangkan biji. Hiris anggaran 1 cm tebal dan rendamkan dengan air garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Toskan peria dan masukkan dalam kuali. Kacau rata.
4. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau rata. Biarkan sekejap.
5. Kacau masakan dan masukkan garam.
6. Hidangkan....Sumber:
hanieliza.fotopages.com

Ni resepi utk gambar atas sana tu...jgn tk cuba ok.

Monday, August 3, 2009

Cara Mudah Buang Kulit Kentang

Bg peminat kentang lecek or kentang goreng.

Bolehlah tgk video di bwh ni.

Video ni menunjukkan cara mbuang kulit kentang dgn cara mudah je. Tk payah susah2 guna cara yg myusahkan anda.


video

Jimat ms & tenaga anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."