Hari ni terasa nk cari resepi sup ayam, buat simpanan di blog ni.
Hehehe...bila balik kpg nanti, bolehlah try.
Bg anda yg nk cuba...pun dialu2kan.
Sup Ayam Cendawan
750 ml air (kita tambah lagi 250ml krn kita tak nak sup yg terlalu pekat)
250 g isi ayam
60 g sayur campur
50 g kobis bunga
3 ulas bawang merah ] dihiris
2 ulas bawang putih ]
1 paket sup cendawan
1 tangkai daun sup
1 sudu kecil serbuk cili( kita tak bubuh krn anak2 tak makan pedas)
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. Tuangkan air dan serbuk sup cendawan. Apabila mendidih masukkan isi ayam, cendawan, sayur campur dan bunga kobis. Taburkan serbuk cili, daun sup dan daun bawang ketika menghidang
nota:kita tambah cendawan (shitake mushroom) ke dlm sup
Source: mamaera
p/s: Simple kan? Semua org boleh buat punya. Selamat mcuba ye.
No comments:
Post a Comment