Yummy Friends

Saturday, May 8, 2010

Air Soya Banyak Khasiatnya.....Apalagi Jom Minum!

Credit:Google

Siapa suka minum air soya, angkat tangan..he3. Saya memang suka minum. Sedap. Lagipun banyak khasiatnya. Lebih2 lagi kalau anda buat sendiri di rumah.

Sebenarnya sudah banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.
 
Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
 
1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.

2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.

3 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.

4.  Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.

5 . Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6 . Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.

7 . Mudah dicerna mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.

8.  Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.

9.  Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

10. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

11. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

12. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

13. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

14. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Sumber: asrisoya


Banyakkan khasiatnya, so apa lagi jom beli or buat sendiri air soya. Saya dah minum tadi, satu kotak besar...he3. Baik untuk kesihatan...betul tak?

5 comments:

Hanis Amanina said...

tapi kan. dulu pernah baca kat surat khabar bila entah. soya ni tak elok minum banyak2 bagi lelaki. boleh sebabkan mandul rasanya.

amar haziq said...

saya pun suka minum air soya
baik untuk kulit dan otak
tapi baru2 ni ada terbaca dalam e-mail tentang keburukan soya..tak taulah nk percaya atau tidak

silalah lawat blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Artzlizan said...

aku suka soya...apa sahaja yang berkaitan ngan soya...tempe goreng best...

dieyna said...

Menariklah.. nak minta izin copy post ni leh tak.. nak letak kat blog saya.. saya mmg tengah mengumpul pelbagai maklumat yang menarik di samping sememangnya penggemar air soya. Nanti saya akan letak sumbernya daripada blog awak yer.. Tengkiu..:)

Admin said...

ok boleh je idamilmu.
ttg keburukan saya blm jumpa...maybe tll byk minum agaknya...entahlah...hrp tk de apa2lah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."