Yummy Friends

Tuesday, July 27, 2010

Dapur Kita: Sotong Goreng Berperisa

Sedapnye sotong...mmg kesukaan saya.
Lama dah tak makan ni..terasa nk mkn pula...layan jelah.


 
Bahan-bahan:

500 gm sotong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Perap:

2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar perahan halia tumbuk

Bahan Salut:

60 gm tepung beras
60 gm tepung jagung
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
1/2 sudu kecil lada sulah

Petua Dapur Kita: Menghilangkan Kutu Beras



BAHAN:

6 tangkai daun belimbing buluh

CARA-CARA:

1. Mula-mula, cuci daun belimbing buluh sehingga bersih.

2. Kemudian, biarkan ia kering.

3. Setelah itu, masukkan daun belimbing buluh ini ke dalam bekas simpanan beras.

4. Anda dapat lihat, kutu beras akan beransur hilang.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, July 24, 2010

Petua Dapur Anda: Ulam Kekal Rangup

Hari ni nk buka topik psl petua dapur pula.
Semua petua ni dr laman2 internet or mn2 yg bkaitan utk dikongsi bsama anda.

Topik ptama petua dapur anda ialah Ulam Kekal Ranggup.
Siapa yg suka makan ulam, elok amalkan petua ni.


Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.


Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.
 

Thursday, July 22, 2010

Berita Makanan: Harga Gula, Telur Naik Di Thailand

Haraplah kat negara kita tk alami keadaan mcm ni.

BANGKOK - Buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, Thailand terpaksa mengimport gula kerana kerajaan gagal memastikan bekalan yang mencukupi.

Kenaikan harga itu menyebabkan para peniaga makanan di jalanan di Bangkok merasai keperitan. 

Jika harga gula dan telur berterusan naik, peniaga akan menaikkan harga makanan yang popular di kalangan penduduk tempatan.

Thailand yang merupakan pengeksport kedua terbesar gula, secara kasarnya menghasilkan tujuh juta tan metrik gula setahun. 

Lazimnya, dua juta tan gula diperuntukkan untuk rakyat Thai. 

Namun, bekalan itu kian berkurangan selepas harga gula dunia mencecah harga tertingginya dalam tempoh tiga dekad iaitu AS$750 (RM2,407) setiap tan pada Januari lalu. 

Tuesday, July 20, 2010

Jalan2 Cari Makan: Chicken Chop & Fish N Chip Di Kemena Hotel Cafe

Last week, saya dgn member jalan2 cari makan lagi.
Kali ni pergi makan di Kemena Hotel Cafe.
1st time saya dtg ke situ...menarik juga tempat makannya.

Sesampai di Kemena Hotel Cafe, kami pilih tempat di luar.
Terasa sepoi2 bahasa angin bertiup..hehe3.
Hajat dihati dtg situ nak merasa Chicken Chop.
Mana tau sedap ke tak.

Tengok.....sedap je nampakkan???

Saturday, July 17, 2010

Pagi Semua....Jom Makan Roti Canai....Yummy!!

Pagi semua...laparlah pula.
Jom p makan kat kedai mamak, makan roti canai...he3.


 Nak cuba buat Roti Canai....cubalah resepi di bawah ni...sedap...he3.

ROTI CANAI

Bahan-bahan ( 12-16 biji )

* 550 gm tepung gandum
* *250 gm air
* *1 egg-50gm
* *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
* *1 tsp garam-6gm
* *1 tsp butter/margerin-15gm
* 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati

2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.

3. uli hingga jadi doh

Wednesday, July 14, 2010

22 Khasiat Bawang Putih Yang Patut Anda Tahu



Buwang putih mmg tak lari dalam masakan kita seharian. Namun tahukah anda yang bawang putih ni banyak khasiatnya. Pastinya tahukan tapi tak semua. So, nak tambah lagi pengetahuan anda. Di bawah ni saya senaraikan 22 khasiat bawang putih yang patut kita semua tahu.

1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan.

2. Membantu menghambat proses penuaan & menghambat pertumbuhan sel kanker.
 
3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, risiko terkena kanker dapat dikurangi.

4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.

Monday, July 12, 2010

Jom Buat Shao Mai - Makanan Cina - P.2

Cont' lagi pasal buat Shao Mai ni.
 
Inilah beberapa Shao Mai yg saya & amoi cina dpt buat.
Tak jadi sgt...tk mcm kat buku resepi tu.
Tapi habis juga makan...sedap tau..he3.
 

Friday, July 9, 2010

Buah Tembikai Yang Berharga RM184,906 Sebiji...Fuh Mahalnya!!

Aduhai mahal btllah tembikai ni....boleh beli bbrpa buah kereta..he3.



TURPAN - Sebiji tembikai yang paling manis di dunia dijual AS$57,729 (RM184,906) pada satu lelongan di Xinjiang, China.

Buah tembikai itu pada kebiasaannya mengandungi 20.2 gram gula bagi setiap berat 100 gram.

Harga itu merupakan cerita kejayaan untuk petani Lu Tan yang memiliki buah tersebut dan cuma memperoleh pendapatan AS$455.76 (RM1,459) sebulan.

Dia merancang untuk membeli lebih banyak tanah dan menjual buah tembikai yang lebih besar pada tahun depan, katanya.....dr:Info Gallery

Monday, July 5, 2010

Mee Jawa Sedapnye...Jom Try Buat!!

Siapa yang nk try buat mee jawa....cubalah resepi ni.
Sedap tau...huhu.


Mee Jawa by: Hanieliza


Bahan-Bahan: 
 
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Jom Buat Shao Mai - Makanan Cina

Minggu lepas saya dengan amoi cina buat kuih cina iaitu Shao Mai.
Pasti semua tahukan..apa itu Shao Mai.

Tak tahu...tgk je gambar bawah ni.
Isi kami dua bubuh dlm Sho Mai ialah ikan & ayam je...halal punya...hehe3.

Nak ikut mcm kat gambar ni..tapi mcm tk jd je...haha2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."