Yummy Friends

Saturday, October 30, 2010

Pizza Hut Oh Pizza Hut

Pizza Hut....yummy. Entah bilalah nk p sana dan makan sepuas hati. Tahun ni just sekali je rasanya p makan kat Pizza Hut. Banyak juga resepi2 tbaru Pizza Hut pkenalkan tp tk juga merasanye. Alahai...bilalah agaknye tgerak seluruh badan ni p Pizza Hut.


Saya tgk ada pizza baru Pizza Hut pkenalkan...kalau tk silap 'Extreme Cheesy 6 Pizza'. Sedap ke? Sedap agaknye sebab mgandungi 6 jenis keju di dalamnye.


  • Cheddar – classic delicate taste
  • Mozzarella – creamy and soft
  • Parmesan – flavourful and savory
  • Provolone – full-bodied, slightly tart
  • Monterey Jack – zesty and nutty
  • Romano – a hearty taste

Wednesday, October 27, 2010

Berita Dunia Makanan: Kumpulan Chef Hasilkan Mi Terpanjang

Credit:Kosmo


MELFI - Sepasukan cef di sini, Itali menghasilkan mi sepanjang 100 meter yang dipercayai terpanjang di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.


Mi tersebut dimasak dengan menggunakan 130 kilogram tepung buah berangan bagi Festival Buah Berangan yang merupakan acara tahunan di sini.


Ketua Cef, Antonio Zazzerini berkata: "Kami bekerja seharian untuk menghasilkannya tetapi ia habis dimakan dalam masa cuma lima minit kerana ramai orang yang datang untuk menyaksikan kami."


Dakwaan mereka kini disemak oleh pegawai-pegawai Guinness of World Records. - Agensi

Monday, October 25, 2010

Khasiat Buah Lemon Yang Perlu Anda Tahu

 Credit:Google
 
 
Bagi anda yg suka makan buah lemon, perlulah tahu apa khasit buah ni. Jangan ingat makan je tp khasiatnye satu apa pun tak tahu...hehe. Ok, sini ada beberapa pengetahuan tentang buah lemon utk dikongsi bsama:


1. Baik untuk wanita yang mengandung dalam kategori membina tulang bayi.


2. Untuk sengal-sengal badan. Ambil 1-2 oz jus lemon dicampur air masak dan diminum 3 kali selepas makan dan sekali sebelum tidur.


3. Untuk penyakit lelah- minum sesudu sejam sebelum makan .


4. Untuk penyakit demam- minum setiap jam - jus lemon tambah air panas.


5. Untuk sakit rengkung - teguk sedikit-sedikit dan kumur-kumur.

Thursday, October 21, 2010

Inteam : Kasih Kekasih

Hari ni, malas nk cerita psl makanan.
So....apa kata layan lagu ni...best.sgt2.

Kasih Kekasih

Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Saturday, October 16, 2010

KFC Idamanku Selalu

Hari ni nk makan KFC...jom tapau!!!


Friday, October 15, 2010

Berita Dunia Makanan: Telur Ayam Bulat Seperti Bola

Wah telur ayam buat mcm bola..menarik ni.
Tk pernah jumpa di mn2 pun...hehe..

Sumber:Kosmo


CORNWALL - Seorang chef masakan berusia 27 tahun, James Church terkejut apabila dia terjumpa sebiji telur ayam unik yang berbentuk bulat seperti bola ketika sibuk memasak di Hotel Bristol di Newquay, Cornwall baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. 


"Saya sedang bekerja pada waktu pagi dengan memecahkan telur dan membuat sarapan seperti biasa. Saya kemudian mengeluarkan satu bekas dan kemudian terlihat telur ini," kata Church yang menceritakan penemuan unik itu. 

Tuesday, October 12, 2010

Berita Makanan: Tambah Khasiat Mi Segera

Credit:Google

Info menarik buat pengemar mee segera dan juga saya sendiri...nak tau? Kenalah rajin baca karangan pjg lebar kat bwh ni ye:

SEBUT saja mi segera, pasti ada yang memperlekeh dan menganggap ia makanan picisan. Sebenarnya ia boleh dibuat penambahbaikan dengan menambahkan bahan makanan lain yang lebih menyihatkan. 

Pengambilan mi segera seharusnya ditambah dengan hidangan protein, serat dan sayuran bagi menyeimbangkan pengambilan zat makanan dalam diet seharian setiap individu.

Pakar pemakanan, Gaiyal Subramaniam berkata, mi segera sememangnya sesuai diambil sebagai alas perut bagi mereka yang tidak sempat mengambil hidangan sempurna. Tetapi seelok-eloknya ubah cara penyediaan hidangan mi segera tersebut supaya ia lebih berkhasiat dan mengenyangkan.

‘‘Hidangan mi segera biasanya mengandungi banyak kandungan sodium ataupun garam yang boleh menyebabkan masalah kepada tubuh.

“Oleh itu perlu diberi perhatian dengan menambahkan komponen makanan seperti protein, serat dan sayuran bagi memberi keseimbangan dalam sajian mee segera itu,’’ katanya pada bengkel kulinari bersama media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 

Saturday, October 9, 2010

Update Nuffnang: Trafik, Keyword Dan Buffered Earning

Salam ahad 10/10/10...wah no btuah tu...hehe.
Hari ni, nk cerita psl Nuffnang trafik, keyword dan buffered earning.
Tk de yg menarik sgt tp sj je nk post sst kat sini hari ni.
Dr hari tu nk post, tp pic tk keluar2..payah btl...hehehe.


Ok, first cerita psl buffered earning.
Ada 5 buffered earning yg tgh aktif dan tk lama lg bakal jd metered earning.
Brp jumlah income dpt dr campaign buffered earning ni...biarlah rahsia.
Hehehe.....sbenarnya tklah byk sgt pun...siput je.




Knp sy cakap mcm tu, sbb...tgk je analisis trafik blog saya ni.




Wednesday, October 6, 2010

Kesan Makanan Ringan or Junk Food Terhadap Otak

 Credit:Google

Info menarik utk dikongsi bsama, terutama buat mrk yg gemar makan makanan ringan.


Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak
 
Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. 


Hal ini disebabkan, otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.  

Saturday, October 2, 2010

5 Kesan Daripada Minuman Berkarbonat


Maklumat ini diambil daripada GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010) yang menyatakan bahawa terdapat 5 kesan buruk hasil daripada minuman bergas seperti Coke, Sprite dan seumpamanya. Berikut adalah antara 5 kesan berkenaan:


1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Kajian daripada University of Texas mendapati bahawa minuman bergas (berkarbonat) mampu meningkatkan risiko obesiti secara purata dalam  32.8 %, sedangkan diet coke (bebas gula) mampu meningkatkan risiko berkenaan sehingga 54.5%. Maka tidak benarlah seperti yang dinyatakan bahawa diet coke bebas gula.


2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman berkarbonat ini, mengandung 250 kalori per 600 ml. Tidak ada sebarang kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.


3. Kandungan kafein yang memungkinkan ketagihan

Minuman berkarbonat juga dapat menyebabkan ketagihan. Apa yang cuba merangsang ketagihan itu adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari meminum minuman berkenaan, kebarangkalian besar anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."