Yummy Friends

Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Kurangkan Kolesterol Dan Lemak Dengan Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Credit:Google


Untuk hidup sihat tanpa kolesterol dan lemak adalah mustahil, kerana dalam pemakanan seharian kita, kita sering makan makanan yang mengandungi 2 items tersebut. Namun, kita boleh mengurangkan kadar kolesterol dan lemak dalam badan dengan mengamalkan cara pemakanan berikut:


Pilihan Makanan

Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.

Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.

Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya

Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.

Wednesday, December 22, 2010

Khasiat Air Suam @ Sky Juice Yang Ajaib

  Credit:Google
 

Ino menarik dan saya rasa kita semua patut amalkannya...;)

Tahukah anda semua air suam mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air suam sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.


Berikut lapan sebab tentang kebaikan minum air putih/air suam/air kosong/air masak...


1. Menguruskan badan
 
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.


2. Meningkatkan kesuburan
 
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

Monday, October 25, 2010

Khasiat Buah Lemon Yang Perlu Anda Tahu

 Credit:Google
 
 
Bagi anda yg suka makan buah lemon, perlulah tahu apa khasit buah ni. Jangan ingat makan je tp khasiatnye satu apa pun tak tahu...hehe. Ok, sini ada beberapa pengetahuan tentang buah lemon utk dikongsi bsama:


1. Baik untuk wanita yang mengandung dalam kategori membina tulang bayi.


2. Untuk sengal-sengal badan. Ambil 1-2 oz jus lemon dicampur air masak dan diminum 3 kali selepas makan dan sekali sebelum tidur.


3. Untuk penyakit lelah- minum sesudu sejam sebelum makan .


4. Untuk penyakit demam- minum setiap jam - jus lemon tambah air panas.


5. Untuk sakit rengkung - teguk sedikit-sedikit dan kumur-kumur.

Saturday, October 2, 2010

5 Kesan Daripada Minuman Berkarbonat


Maklumat ini diambil daripada GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010) yang menyatakan bahawa terdapat 5 kesan buruk hasil daripada minuman bergas seperti Coke, Sprite dan seumpamanya. Berikut adalah antara 5 kesan berkenaan:


1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Kajian daripada University of Texas mendapati bahawa minuman bergas (berkarbonat) mampu meningkatkan risiko obesiti secara purata dalam  32.8 %, sedangkan diet coke (bebas gula) mampu meningkatkan risiko berkenaan sehingga 54.5%. Maka tidak benarlah seperti yang dinyatakan bahawa diet coke bebas gula.


2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman berkarbonat ini, mengandung 250 kalori per 600 ml. Tidak ada sebarang kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.


3. Kandungan kafein yang memungkinkan ketagihan

Minuman berkarbonat juga dapat menyebabkan ketagihan. Apa yang cuba merangsang ketagihan itu adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari meminum minuman berkenaan, kebarangkalian besar anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

Monday, May 24, 2010

Khasiat PISANG...Lepas Baca Anda Pasti Akan Pandang Tinggi Pada Buah Pisang.


  Credit:Google


Bagi anda yang suka makan pisang, elok baca info menarik mengenai khasiat pisang ni. Dengan itu anda akan makin nak makan pisang hari2...ha2.


Sedap apa pisang ni. Dahlah tu senang didapati. Harga pun murah. Banyak khasiat lagi tu....jom makan pisang.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.


Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Tekanan: 

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. 

Saturday, April 24, 2010

Info Sihat Menawan: 10 Makanan Elak Penyakit....Ni Mesti Tau, Wajib Sangat2

Credit:Google

Tak payah takut pada penyakit andai pola makanan anda betul dan berkhasiat. Oleh kerana itu, pastikan anda tahu makanan apa yang baik supaya penyakit tidak mudah datang. Betul tak?


Berikut antara yang boleh anda jadikan sebagai amalan pemakanan anda.

1.Brokoli - Pencegah Kanser Serviks

Kandungan asam folat yang tinggi pada brokoli menghentikan virus pencetus kanser serviks. Demikian kajian yang di lakukan oleh University Of Alabama.

2. Bayam - Pelindung mata

The National Institute Of Health, AS, mendapati mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi, kebarangkalian menghadapi risiko yang lebih kecil untuk mengalami masalah penurunan penglihatan iaitu sebanyak 43 peratus. Sumber lutein boleh didapati pada daun berwarna hijau seperti bayam dan ia merupakan antara pilihan terbaik untuk dijadikan makanan bagi menjaga penglihatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."