Credit:Google
Info menarik untuk dikongsi bersama, khas buat mereka yang ingin memilih buah yang baik dan segar serta tak merugikan wang anda untuk membelinya. Betul tak? Buah yang baik dan segar barulah ada banyak khasiat. Tapi macam mana nak tahu buah tu segar? Ha.....nak tahu, sila baca tips di bawah ini:
Pisang
- Pilihlah yang bentuk pisangnya bulat
- Hindari bagian batangnya yang sudah terlalu kering
Mangga
- Bonggolnya (ujung tangkainya) berwarna kekuningan
- bau harum sampai ke ujung buah
Semangka/Melon
- Jika dipukul terdengar buk..buk..(tidak kopong)
- Untuk melon pilihlah yang wangi
- Perhatikan bagian patahan tangkainya, pilih yang bulatan tangkainya kelihatan mekar
- Melon baik biasanya guratan uratnya banyak dan tebal
- Pilih melon yang terasa bijinya seolah sudah terlepas saat buah digoncang
Credit:Google
Bagi anda yang suka makan pisang, elok baca info menarik mengenai khasiat pisang ni. Dengan itu anda akan makin nak makan pisang hari2...ha2.
Sedap apa pisang ni. Dahlah tu senang didapati. Harga pun murah. Banyak khasiat lagi tu....jom makan pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi
sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.
Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, y
ang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.