Yummy Friends

Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Ikan Terubuk Masin Sarawak...Jom Beli :)

Siapa tak kenal ikan terubuk masin Sarawak yang amat terkenal dengan kesedapannye tu. Tengok je gambar boleh membuat perut bergendang dan sungguh mengiurkan hahahaha.





Bagi yang nak merasa keenakan ikan terubuk masin Sarawak ni, boleh beli di Facebook MayaOnlineshop.

Sunday, May 30, 2010

Makan RM4.00 Je, Ambil Sebanyak Mana Anda Mampu Makan!

Tengahhari tadi saya dan member saya keluar shopping.
Biasalah sekarang musim sales sempena Hari Gawai Dayak yg tak lama lagi.
Tinggal esok je lagi...lepas tu cutilah Sarawak dan Sabah.
Bestnye ada cuti banyak ni.
Yang tak best bila mula kerja balik.
Pasti malas...hehehe.

Sedang mcari tempat makan.
Kami tjumpa restoran 15 cafe.
Tgk iklan mrk letak di luar pintu masuk restoran..
kata......
Bayar RM4.00 tambah Air RM1.00
Ambil makan sebanyak mana anda mampu makan.
Tapi sekali ambil jelah.
So......kenalah ambil banyak2 sampai penuh pinggan...haha3.
Nilah makanan yg saya dan member makan...sedap jugak.

Monday, June 22, 2009

Ikan Terubuk Masin Sarawak


Ikan Terubuk amat terkenal di Sarawak, bukan hanya kerana kesedapannya tp juga kualiti ikan yg dbuat oleh masyarakat sana. Ikan ini sedap digoreng atau dimasak lemak cili padi. Jika digoreng pastikan anda tidak merendamnya terlalu lama. Cukuplah dengan membilasnya sahaja dan seterusnya digoreng hingga kekuningan. Lepas tu bolehlah diperah dengan limau kasturi dan dimakan dengan nasi putih bersama cili padi.... fuh...pasti meleleh. Jgn lupa...bila dtg ke Sarawak tu, belilah ikan terubuk buat ole2 ya.



INFO
Ikan Terubuk segar amat terkenal di kalangan orang di Sarawak, terutamanya di Kuching, Sarawak. Ini kerana kualitinya dan agak sukar didapati. Ikan ini hanya boleh di jumpai di kawasan tertentu sahaja.

Di sarawak, ikan Terubuk segar boleh ditemui di kawasan Bintulu, Beladin, Sebuyau dan Sibu laut. Ikan terubuk juga boleh didapati di kawasan perairan laut dalam. Bagi jangka masa ikan ini adalah 1 minggu sahaja.

Kebiasaanya sesetengah orang menyimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Dengan cara ini ikan, dapat disimpan lebih lama lagi untuk beberapa minggu.

Ikan ini di jual bedasarkan berat (kg). Terubuk yang segar dijual pada harga RM 16 per/kg tetapi agak berbeza dari segi harga jika terdapat telur pada ikan tersebut iaitu RM 24 per/kg. Ini ternyata telur ikan ini juga ada nilainya tersendiri.

p/s: Bilalah dpt makan ikan terubuk lg ya??

Saturday, June 20, 2009

Midin:Makanan Popular Sarawak

Salah satu makanan yg juga popular d Sarawak ialah Midin...sedap tau, rugi tak rs..kalau anda dtg ke Sarawak....jgn lupa merasa makanan ni.
Midin ni kalau masak dgn belacan...fuhhh sedap tk tkata..betul..tak caya cuba rs.

Ok...sini sy postkan serba sedikit info Midin utk tatapan anda.

Midin
atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.

Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.

Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi

Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.

Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.

Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

Hemmm...byk jg khasiat Midin ni ye....so jgn lupa mkn Midin....sedap tau.

p/s: Lama dah tk mkn, rs mgidam pula..hehehe.

Wednesday, June 17, 2009

Kek Lapis Sarawak..Yummy

Kek Lapis Sarawak ni mmg sedap..kalah kek lapis dr negeri lain...hehehe jgn marah ye.

Mmg btl pun sedap sbb ia mpunyai keunikannya yg tsendiri. Nk tau uniknya..kenalah rs dulu. Jomm rs Kek Lapis Sarawak mll mata..hehehe.






INFO
Kek Lapis Sarawak yang mula dipopularkan pada akhir 80-an (walaupun asal usulnya lebih lama) mempunyai keunikan tersendiri berbanding kek tradisional yang lain. Ia digemari sehingga mereka yang datang berkunjung ke Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk membawa pulang kek lapis sarawak sebagai buah tangan.

Antara ciri ciri kek lapis sarawak ini:

- Berwarna warni. Minimum 2 warna berlainan (selalunya lebih)
- Tekstur kek kemas dan kukuh
- Menggunakan lebih telur berbanding kek biasa
- Mengambil masa yang panjang dan memerlukan kesabaran
- Tahan lama, sehingga berbulan bulan

p/s: Kalau nak order Kek Lapis Sarawak ni sng je...dah byk pbekalnye. Just layari internet, search je dah dpt..hehehe....jom mkn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."