Yummy Friends

Showing posts with label sibu. Show all posts
Showing posts with label sibu. Show all posts

Sunday, November 29, 2009

Jom Makan Kuih Guang Bing (Kom Pia)

Sebelum member balik kampung dia kat Sibu, sy ada pesan dia beli kuih Kom Pia.

Dulu ms duduk kat Sibu sll jugak beli kuih ni.
Bagi sy, kuih ni mmg sedap.
Kuih ni sllnye makanan kering kegemaran org cina.
Tp sudah mjd kegemaran pelbagai bangsa kat Sarawak ni.
Tak tahu pula kat Semenanjung.

 Rezeki baik ptg ahad ni, lepas habis makan Bakso. Dpt pula makan kuih Kom Pia.
Free pula tu...thanks my friend.


Nilah dia...kuih Kom Pia.
Yg ni tk de inti...sbb sy suruh dia beli yg tk de inti.


Yg ni pula, sy tk pasti apa namanye...lupa sudah.
Kuih ni sedap, rs manis2.



Hahaha...sebungkus kuih yg sedia mjadi santapanku.
Yummy...jemput makan.

Sunday, August 9, 2009

Jom Makan Cakoi!!


Cakoi atau org cina panggil you-tiao merupakan makanan...kira popular juga di kalangan org cina termasuk juga bangsa lain. Sy sdiri pun suka makan. Tp dah lama tk makan. T'ingin pula lepas tgk2 blog member lain. Sbb tu post psl cakoi ni...hehe3.

Ada org suka makan cakoi dgn bubur, sllnya org cina lah mcm tu. Kalau sy, sy suka makan mcm tu je..cecah dgn sos, sedap. Ada juga yg suka makan cakoi bubuh mayonis, buat mcm salad. Tak tahulah sedap ke tak. Belum cuba lg...next time lo.

Dulu, kalau duduk kat Sibu..selalu juga makan cakoi. Tp bila dah tukar keje kat Bintulu, agak jarang makan. Bukan jarang lg, tk makan. Yelah nak p bandar, agak jauhlah. Lebih2 lg tk de kenderaan ni. Harapkan kawan je...sedih btl.

Bg anda yg ingin cuba2 buat cakoi....boleh try resepi ni...hasilnya mcm gambar di bawah ni..minta2lah..hehehe3.

CAKOI - Resepi K Noormasri.


Bahan-bahan A:

300 g tepung high protein
50 g tepung gandum biasa
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula

Bahan-bahan (B):

1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar air suam kuku
2 sudu kecil ( 7 g) yis kering segera

Bahan-bahan ©:

250 ml air suam kuku
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam (paras rata)

Cara membuat:

Ayak bersama bahan-bahan A kedlm mangkuk pengadun yg besar.
Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan B dan biarkan selama 10 minit sehingga yis berbuih
Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan C, kacau sehingga larut
Buat lubang ditengah2 campuran tepung, curahkan bahan B dan C
Gaul sekata dan uli sehingga licin dan kenyal
Simpan dlm bekas bertutup dan biarkan sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Taburkan sedikit tepung ke tempat mencanai, uli semula 1 minit kemudian canai menjadi btk 4 segitepat
Potong menjadi beberapa jaluran
Ambil satu jaluran, sapu dgn sket air atasnya kemudian ambil lagi satu jaluran letakkan atas jaluran pertama tadi, tekan sket biar melekat
Ulang hingga doh habis
Biarkan selama 10 minit
Panaskan minyak, ambil jaluran/kepingan yg berkembar tadi, tarik sket kemudian goreng sehingga keperangan
Cakoi nih akan mengembang masa goreng 2-3 kali ganda dr saiz asal



Resepi lain...bolehlah dptkan di
myresepi.com. Ok SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, July 21, 2009

Guang Bing (Kom Pia)

Kali ni nk cerita sikit psl makanan cina....Nilah salah satu makanan kegemaran sy dulu2 iaitu Guang Bing ataupun dipanggil Kom Pia.


Nama makanan ini ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China.

Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba
.

Nk tahu tak.....spjg sy duduk di Sibu. Inilah makanan yg agak popular di sana. Sy kerap juga beli. Sedaaaaaaaaaap. Lama dah tk makan. Kat Bintulu sini rsnya ada, tp tak pasti di mana. Cubalah...kalau ada kesempatan tu ye.

Saturday, July 18, 2009

Oh Satay...Sedapnye.

Jom...kita pekena satay kat Tanjung Batu. Tanjung Batu merupakan tempat reakreasi yg agak popular juga di Bintulu ni. Ramai yg bkunjung ke situ utk menikmati suasana pantai yg tk kurang indahnya.

Ada juga yg dtg ke situ utk bbq, relax2 di hari minggu bsama keluarga, mandi manda & ingin pekena satay serta ais batu campur atau nama popularnya ABC. Tak kurang juga yg dtg ke situ utk dating..hehehe.

Hari t'akhir sy p Tanjung Batu ni, bulan lepas. Yelah lepas jalan2 shopping dgn member, so singgah sana kejap pekena satay & ABC. Sedap beb..hehehe. Tempat lain nk makan satay ni, rsnye kat Famous Mama Cafe.

Nk cuba buat satay sendiri mcm gambar d bawah ni...bolehlah dapatkan resepi kat:

resepi.iluvislam.com

Antara satay daging dgn ayam, sy lebih suka satay daging...sedap tau. Masa sy duduk di Sibu dulu, ada satu tpt tu mmg masakan satay dagingnya sedap btl. Dah lupa apa nama tpt tu, dah lama tinggalkan Sibu.

Kalau ada tpt yg best d mn2 sajalah...bagilah tahu. Mana tau sy bpeluang p sana someday.

Ok SELAMAT MENCUBA.....Jumpa lg.

Thursday, July 16, 2009

Sedapnye...Sotong Bakar

Sotong...sotong...sotong...sedapnye. Sy plg suka sotong kalau msk goreng iaitu buat salad sotong & juga sotong bakar. Sotong bakar sambal mmg sedap. Cayalah.

Kalau nk cari tpt sotong bakar yg sedap, bolehlah lawat tpt makan kat Jln Bandung, Sibu. Kalau tak silap, mcm tu nama tpt tu. Dah lupa, lama tk p sana. Kalau kat Bintulu, dkt dgn Mds kat Medan. Tu dulu, tak tahulah skrg ni masih ada ke tak lg.

Wa....sedapnye..tgh panas2 mcm ni. Tp jgn gelojoh pula...naya nanti.

Myelerakan btllah....buat sy lapar je..hehehe

Cara mskan sotong bakar ni ada byk jenis, ada sotong bakar sambal, sotong bakar ala bbq, sotong bakar berempah & byk lglah...mgikut selera & kreatibiliti masing2.

Nk cuba:Sotong Bakar Bersambal.....silalah ke blog: izzaiynas.blogspot.com


Sotong Bakar Berempah..sila ke website: Sajionline.com


Sotong Bakar Ala BBQ..sila ke blog: yummylicious-jun.blogspot.com


SELAMAT MENCUBA........KITA MAKAN DULU..BYE2

Monday, July 13, 2009

Salad Sotong Kegemaranku

Nak tahu...inilah makanan yg amat sy gemari. Kalau makan dgn mayonis..wow..yummy. Sedap sampai mjilat jari. Mcm KFC pula..hehehe. Dulu pernah juga try buat kat umah. Bolehlah. Sy bukannye terror masak pun. Sikit2 tahulah.

Waaa....sedapnye. Kalau kat Bintulu. Sy tk pasti mn tpt best makan salad sotong ni. Tp kalau kat Sibu, tahulah sy. Tp lupalah apa nama tptnye..hehehe.


Makan dgn sos cili pun sedap. Tp sy lebih suka makan dgn mayonis. Makan tgh2 panas...baru terasa kesedapannya.

Dah lama tk makan salad sotong ni. Tk pe, lain kali nk cuba cari mn tpt makan salad sotong best kat sini. Biasalah sy ni bukan org sini pun, sbb tu tk tau.

Bagi anda yg nk try msk sendiri salad sotong..bolehlah dptkan resepi d blog ini:

enjoycooking

SELAMAT MENCUBA...CERIA SELALU

Monday, June 22, 2009

Ikan Terubuk Masin Sarawak


Ikan Terubuk amat terkenal di Sarawak, bukan hanya kerana kesedapannya tp juga kualiti ikan yg dbuat oleh masyarakat sana. Ikan ini sedap digoreng atau dimasak lemak cili padi. Jika digoreng pastikan anda tidak merendamnya terlalu lama. Cukuplah dengan membilasnya sahaja dan seterusnya digoreng hingga kekuningan. Lepas tu bolehlah diperah dengan limau kasturi dan dimakan dengan nasi putih bersama cili padi.... fuh...pasti meleleh. Jgn lupa...bila dtg ke Sarawak tu, belilah ikan terubuk buat ole2 ya.



INFO
Ikan Terubuk segar amat terkenal di kalangan orang di Sarawak, terutamanya di Kuching, Sarawak. Ini kerana kualitinya dan agak sukar didapati. Ikan ini hanya boleh di jumpai di kawasan tertentu sahaja.

Di sarawak, ikan Terubuk segar boleh ditemui di kawasan Bintulu, Beladin, Sebuyau dan Sibu laut. Ikan terubuk juga boleh didapati di kawasan perairan laut dalam. Bagi jangka masa ikan ini adalah 1 minggu sahaja.

Kebiasaanya sesetengah orang menyimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Dengan cara ini ikan, dapat disimpan lebih lama lagi untuk beberapa minggu.

Ikan ini di jual bedasarkan berat (kg). Terubuk yang segar dijual pada harga RM 16 per/kg tetapi agak berbeza dari segi harga jika terdapat telur pada ikan tersebut iaitu RM 24 per/kg. Ini ternyata telur ikan ini juga ada nilainya tersendiri.

p/s: Bilalah dpt makan ikan terubuk lg ya??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."