Yummy Friends

Monday, May 10, 2010

Carrot or Lobak Merah Yang Banyak Khasiatnya

Credit:Google

Carrot or lobak merah kaya dengan pelbagai khasiat yang tersendiri. Sebab itulah saya sering beli carrot ni. Hampir tiap minggu mesti ada carrot dalam menu makanan saya. Sama ada sebagai sayuran mahupun air juice. Wajib ada. Bukan apa, carrot ni bagus untuk penglihatan. So, saya nak mata saya elok je..he3.

Nak tahu tak? Carrot ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potasium dan karotin. 

Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.

Carrot juga berupaya mengurangkan:

1.  kandungan gula dalam badan

2. mencegah kanser

3. mengubat kencing manis

4. gout

Saturday, May 8, 2010

Air Soya Banyak Khasiatnya.....Apalagi Jom Minum!

Credit:Google

Siapa suka minum air soya, angkat tangan..he3. Saya memang suka minum. Sedap. Lagipun banyak khasiatnya. Lebih2 lagi kalau anda buat sendiri di rumah.

Sebenarnya sudah banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.
 
Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
 
1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.

2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.

3 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.

4.  Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.

Coklat Kurangkan Tekanan Darah

Credit:Google

Kajian ke atas hampir 20,000 responden selama sekurang-kurangnya 10 tahun menunjukkan pengambilan sedikit coklat setiap hari mampu mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak hampir 40 peratus.


Mereka yang memakan purata enam gram coklat setiap hari atau bersamaan satu perempat daripada sekeping coklat, adalah 39 peratus lebih rendah terkena serangan jantung atau strok.


Sebelum ini banyak penyelidikan menyarankan pengambilan sedikit coklat hitam setiap hari baik untuk kesihatan, namun ini adalah kajian terawal mengenainya. Pakar berpendapat flanovol di dalam coklat memberi faedah kepada tubuh kerana ia mengembangkan saraf, sekali gus menurunkan tekanan darah. - European Heart Journal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."