Yummy Friends

Friday, December 25, 2009

Jom Buat Kek....Kek Coklat Fudge

Hari ni, kita cuba tgk resepi dr laman web Resepi.iLuvislam.
T'ingin nak buat kek coklat...kek kegemaranku.
Tp hari2 makan kek, boring pula...jom cuba.




Tuesday, December 22, 2009

Jom Buat Pizza

Bila sebut je psl pizza ni t'ingin nak makan pula.
Lama dah tk makan. Yelah sll makan kfc je.
Tk pe lain kali p terjah pizza hut pula.

Pizza ni ada mcm2 jenis perasa & bentuk juga, mengikut citarasa tersendiri.
Saya apa2 pizza pun, bedal je....asalkan sedap.
Tu yg penting.



Saturday, December 19, 2009

Aneka Jenis Cupcakes-P.1

Jom cuci mata dgn aneka jenis cupcakes yg sedap2 ni.










SELAMAT MJAMU SELERA

Thursday, December 17, 2009

Spaghetti Apa Hari Ini?........Spaghetti Daging Iga & Telur

Emm...kali ni rsnya nak post psl spaghetti pula.
Mskan spaghetti ni ada mcm2 jenis mgikut cara & citarasa masing2.
Kalau sy, tk pastilah. Apa2 jenis spaghetti pun sy hentam je...hehehe.
Dulu ms study, pensyarah pernah bagi kami makan mskan spaghettinye...sedap tau.
Oklah..tk mahu, bcakap panjang. Kita terus ke mskan ptama kita.

Spaghetti Daging Iga & Telur

Bahan:

150 g spaghetti kering
1 sdm mentega
1 siung bawang putih, cincang
10 g bawang Bombay, cincang
100 g daging iga sapi asap/beef bacon, cincang kasar
125 ml krim segar encer
1/2 sdt biji mustard
1/2 sdt oregano kering
1/2 sdt merica hitam bubuk
1 sdt garam
1 butir kuning telur ayam


Taburan:
1 sdm keju parmesan parut

Cara membuat:
Rebus spaghettini dengan air seukupnya hingga lunak. Angkat dan tiriskan.
Tumis bawang putih dan bawang Bombay hingga layu dan harum.
Masukkan daging iga asap, aduk hingga agak kering dan lemak meleleh.
Tuangi krim encer dan bubuhi bumbu lalu didihkan.
Masukkan spaghetti, aduk hingga rata.
Jika suka telur matang, masukkan langsung kuning telur dan aduk hingga matang.
Angkat, taburi keju parmesan.
Sajikan panas. Jika suka telur setengah matang, taruh kuning telur di atas spaghetti dan aduk selagi panas dan santap segera.

Untuk 2 orang
SELAMAT MCUBA

Wednesday, December 9, 2009

Apa Resepi Hari Ini?.....Kerang Goreng Kicap



Sedapnye.....ni juga salah satu makanan kegemaran sy. Lama dah tk makan. Kalau dulu, sll gak. Tklah sll, kira jarang2 gitu. Lgpun sll makan kerang ni tk bagus sgt. Adalah sbbnye, sy pun lupa dah.

Oklah...apa kata, para peminat kerang luar sana. Kita cuba resepi ini.
Mana tau sedap...hehehe.

Kerang Goreng Kicap


Bahan2

2 kg kerang (dicelur)
2 sudu besar kicap
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada sulah
 
3 ulas bawang putih]
3 biji cili merah ] dihiris
1.2 cm halia ]
Sedikit garam


Cara2

Panaskan minyak tumiskan bahan hiris kemudian masukkan kerang, lada sulah dan garam.
Tepung jagung dibancuh dengan kicap dan sedikit air, tuangkan ke dalam kerang tadi.
Goreng hingga masak kemudian barulah angkat.

SELAMAT MCUBA.

Thursday, December 3, 2009

KFC Idamanku Selalu

Smlm t'ingin sgt nk makan KFC...mcm org mgidam pulakan.
Yelah...KFC mmg makanan kegemaranku.
Sedap hingga mjilat jari...gitu.

Sbb member bhgn HR sll keluar, so suruh dia belilah.
Fikir dia tk jd beli sbb sy lambat bg duit.
Sms dia ptg tu...selepas balik keje. Rupa2nye dia dah beli.
Penuh gak perut makan byk makanan smlm..hahaha.
Nasib baik bdn jenis tk naik2 punya.


Oh...KFC ku...Yummy


Sedapnye...jom makan semua.

Salad kubis ni...plg sy suka makan. Sedap tau.


OK...SELAMAT MJAMU SELERA.

Sunday, November 29, 2009

Jom Makan Kuih Guang Bing (Kom Pia)

Sebelum member balik kampung dia kat Sibu, sy ada pesan dia beli kuih Kom Pia.

Dulu ms duduk kat Sibu sll jugak beli kuih ni.
Bagi sy, kuih ni mmg sedap.
Kuih ni sllnye makanan kering kegemaran org cina.
Tp sudah mjd kegemaran pelbagai bangsa kat Sarawak ni.
Tak tahu pula kat Semenanjung.

 Rezeki baik ptg ahad ni, lepas habis makan Bakso. Dpt pula makan kuih Kom Pia.
Free pula tu...thanks my friend.


Nilah dia...kuih Kom Pia.
Yg ni tk de inti...sbb sy suruh dia beli yg tk de inti.


Yg ni pula, sy tk pasti apa namanye...lupa sudah.
Kuih ni sedap, rs manis2.



Hahaha...sebungkus kuih yg sedia mjadi santapanku.
Yummy...jemput makan.

Mgidam Makan Bakso

Emm...hari ni terasa nk makan Bakso.
So...pi kantin order Bakso selepas habis OT. Lama dah tk makan......jd mengidamlah pula.

YUMMY


Nampak sedapnye.............jgn t'liur pula..hehehe


Alahai amoi Indon tu bg 3 ketul bebola daging je.
Kedekut btl...kalau makcik sorg yg buat, pasti dia bg lebih sikit.


Bakso sedia utk dimakan...jom makan.


Hahaha...sudah habis, tinggal kuahnye je. Rsnye bolehlah tahan.
Lg sedap kalau makan kat kedai d bandar, tp tk pelah. Bukannye selalu pun.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha Semua



Raya datang lagi....kali ni Raya korban pula.
Emmm...nak korban apa esok ye?
Korban lembu...cian semua lembu esok. Kena korban utk raya korban.
Tp apa nk buat, dah begitu nasibku...hehehe.

Bg anda yg nk masak rendang...apa2 jenis rendanglah.


Bolehlah clik link ni....RENDANG

Bg yg ingin melihat mcm mn rendang dbuat...boleh layan video ni.




Ok semua....SELAMAT MENONTON & SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Saturday, November 21, 2009

Apa Resepi Kita Hari Ni?....IKAN 3 RASA

Kalau dpt makan ikan segar hari2 kan best. Dgn cara mskan yg pelbagai, waaa cukup myelerakan.
Kan betul. Segar, sedap...pasti myelerakan....yummy.

Jom cuba resepi ini
IKAN 3 RASA 



Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan Dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara Memasak
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat Dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak Dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan Dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

Saturday, November 14, 2009

Yummy2 Gambar Kek-P.1

Aduh sedapnye...mn satu pilihan anda?






Sunday, November 8, 2009

Aneka Masakan Seafood-P.2

Jom usha2 makanan seafood....sedap tau.







Tuesday, November 3, 2009

Apa Resepi Hari Ni?...HATI GORENG BEREMPAH

Sapa yg sini tk suka makan hati? Maksud sy hati ayam or hati lembu.
Hati ni sedap di makan, kalau kena dgn cara masaknye.
Tp tk boleh makan hati sll sgt, kdg2 bolehlah.
Oklah...tk nk ckp byk, apa kata kita cuba resepi ni.

HATI GORENG BEREMPAH 

Bahan-bahan
300 gm hati lembu [ potong kecil & nipis]
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
2 biji tomato buah [belah 4
3 biji lada hijau [potong 2 serung]
5 urat kacang panjang [potong pendek]
Kobis bulat [potong kasar]
Daun Kari
Minyak
Garam

Bahan mesin
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b rempah Kari daging
1 s/b jintan manis 


Cara Memasak
1. Panaskan minyak Dan tumiskan daun Kari . Masukkan bahan mesin Dan kacau sehingga naik minyak.
2. Masukkan hati lembu.. Kacau sebati Dan biarkan reneh sehingga naik minyak.
3. Masukkan kacang panjang Dan kobis.
4. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato Dan garam.
5. Kacau lagi Dan biarkan naik minyak semula..
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Friday, October 30, 2009

Salad Buah Makanan Berkhasiat

Sy mmg minat makan salad. Bukan saja sbb rsnye sedap tp mgandungi khasiat yg tsendiri.
Sapa2 yg suka diet tu, elok gak makan makanan mcm ni.
Lebih ke arah 'healthy life food'.





Sedap bukan. Apa kata kalau kita try buat sendiri. Jom try resepi kak Hanieliza ni.

SALAD BUAH-BUAHAN

Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick

Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil

SELAMAT MCUBA.

Sunday, October 25, 2009

Bahulu Idamanku

Bahulu merupakan salah satu kuih tradisional org Malaysia.
Kuih Bahulu ni boleh didapati di mana2 pasaran...biasalah skrg ni Bahulu dibuat scara moden.
Tak mcm dulu2. Skrg guna mesin. So pbuatannya lg cepat, mjimatkan ms & tenaga.



Yummy...kuih Bahulu sedap di makan mcm tu je. Lama tk makan. dulu sll gak.
Bg yg ingin mcuba buat kuih Bahulu ni. Bolehlah try resepi dibwh ni.

Resepi BAHULU

Bahan-bahan
7 biji telur ayam
3 cawan gula pasir
1/2 kg tepung gandum
sedikit minyak
acuan kuih bahulu atau kuih cara


Cara Membuatnya
1. Goreng tepung sampai masak
2. Pukul telur dan gula sampai kembang
3. Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan
4. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.

SELAMAT MCUBA

Saturday, October 24, 2009

Korean Ice-Cream

Yummy..lama tk merasa ais krim..jom makan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."