Yummy Friends

Friday, April 23, 2010

Green Tea / Teh Hijau Yang Banyak Khasiat...Jom Minum!

Credit:Google

Hari tu bercerita pasal khasiat kafien, malam ni pasal khasiat Green tea or Teh Hijau pula. Emm...jarang sangat minum teh hijau ni. Selalu minum teh Boh je.

Kadang2 tfikir mana satu lebih bagus ya. Maybe teh hijau. Yelah banyak kajian telah dilakukan ke atas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. 

Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi


    • Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
  2. Membantu mengawal paras gula darah


    • Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
  3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah


    • Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
  4. Menguatkan sistem imun


    • Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
  5. Menurunkan aras kolesterol


    • Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
  6. Menggalakkan pembakaran lemah


    • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
       
    • Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
Nampak gaya kena tukar jenis teh sekarang ni. Nak diet bolehlah minum teh hijau ni sebab ia menggalakkan pembakaran lemah dalam badan kita. Amat2 digalakkan kepada para wanita yg ingin tampil slim & bgaya sentiasa...he3.

3 comments:

sebelas said...

kena minum teh hijau lah macam nie..banyak khasiat :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

FeeQ said...

beli jak whole packet from 1U..nearby cold storage...worth for drink every morning ^^

Admin said...

yup...jom minum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."