Yummy Friends

Wednesday, April 21, 2010

Khasiat Kafein....Berbaloi2 Minum!!


Siapa peminat kopi ni mesti tau serba sedikit khasiat kafeinkan? Saya ni taklah tau sangat. Sikit2 je, lama2 jd bukit. Betul tak? Saya bukan dikira peminat setia kopi ni. Jarang sangat minum. Boleh dikira kekerapannya.


Bagi yang tiap hari minum tu, harus ingat. Jangan minum kopi banyak sangat kerana ada setengah orang mengatakan kandungan kafein yang ada di dalam kopi tidak bagus untuk badan. Namun kafein jika diambil dalam jumlah yang terkawal dan kena pada waktunya ia memberi faedah kepada tubuh kita.


Tahukah anda kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme badan anda?, dimana metabolisme ini berfungsi sebagai agen untuk membakar kalori, semakin tinggi tahap metabolisme anda makin pantas ia membakar kalori. 


Apa yang kafein buat pada badan anda ialah, ia akan memecahkan lemak dan merembes keluar asid lemak yang mana proses ini membantu anda menurunkan berat badan. Selain itu kafein juga boleh melegakan pening kepala, dan satu fungsi yang penting ianya membuatkan anda lebih segar dipagi hari dimana ianya perlu untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 


Namun kafein bukan sahaja boleh didapati di dalam kopi, ia juga boleh diperolehi dari teh, coklat serta minuman bersoda seperti Pepsi dan Coke. Walaupun ia meningkatkan kadar metabolisme, ini tidak bermakna dengan meminum minuman bersoda yang mengandungi kafein membantu anda menguruskan badan kerana aktiviti seperti senaman yang sihat perlu disertakan. Harus diingat satu tin minuman soda mengandungi 14 sudu gula dimana ia meningkatkan risiko kencing manis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."