Credit:Google
Tak payah takut pada penyakit andai pola makanan anda betul dan berkhasiat. Oleh kerana itu, pastikan anda tahu makanan apa yang baik supaya penyakit tidak mudah datang. Betul tak?
Berikut antara yang boleh anda jadikan sebagai amalan pemakanan anda.
1.Brokoli - Pencegah Kanser Serviks
Kandungan asam folat yang tinggi pada brokoli menghentikan virus pencetus kanser serviks. Demikian kajian yang di lakukan oleh University Of Alabama.
2. Bayam - Pelindung mata
The National Institute Of Health, AS, mendapati mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi, kebarangkalian menghadapi risiko yang lebih kecil untuk mengalami masalah penurunan penglihatan iaitu sebanyak 43 peratus. Sumber lutein boleh didapati pada daun berwarna hijau seperti bayam dan ia merupakan antara pilihan terbaik untuk dijadikan makanan bagi menjaga penglihatan.
3. Bawang Putih - Pelindung Prostat
Senyawa kimia yang terkandung di dalam bawang putih terbukti mampu menurunkan risiko kanser prostat hingga 50 peratus.
4. Daging Merah - Menyuburkan Rambut
Zat besi yang ada di dalam daging merangsang pertumbuhan rambut. Daging juga kaya dengan zink yangmembantu melindungi rambut dari keguguran.
5. Kopi - Perangsang Otak
Kopi merupakan sumber antioksida. Kopi juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 60 peratus. Asalkan kamu tidak meminumnya hingga bergelas-gelas setiap hari.
6. Teh Hijau - Penjaga Payudara
Menurut kajian yang di lakukan Dr Gail Sonenshein, ahli biokimia dari Boston University, AS, teh hijau yang mengandungi polifenol yang tinggi dapat mencegah kanser payudara.
7. Tempe - Mengusir Penyakit Degeneratif
Tempe kaya akan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Tempe juga mengandungi antibiotik untuk menyembuhkan infeksi dan antioksida untuk melindungi diri dari penyakit degeneratif seperti sakit jantung koronori dan sebagainya.
Tempe....makanan yang paling saya tak reti makan. Rasa geli pula tengok. Tak tahu kenapa. Kalau ada campur dalam masakan di kantin tu, memang jangan harap saya nak ambil makanan tu. Bukan sombong tapi entahlah kenapa macam tu. Setiap orang ada citarasa tersendirikan!
3 comments:
bagus info ni, lepas ni kena suke makan brokoli heheheh
info yang berguna utk semua... :)
brokoli sedap apa...i mmg suka mkn...tq singgah ye
Post a Comment