Yummy Friends

Sunday, May 30, 2010

Makan RM4.00 Je, Ambil Sebanyak Mana Anda Mampu Makan!

Tengahhari tadi saya dan member saya keluar shopping.
Biasalah sekarang musim sales sempena Hari Gawai Dayak yg tak lama lagi.
Tinggal esok je lagi...lepas tu cutilah Sarawak dan Sabah.
Bestnye ada cuti banyak ni.
Yang tak best bila mula kerja balik.
Pasti malas...hehehe.

Sedang mcari tempat makan.
Kami tjumpa restoran 15 cafe.
Tgk iklan mrk letak di luar pintu masuk restoran..
kata......
Bayar RM4.00 tambah Air RM1.00
Ambil makan sebanyak mana anda mampu makan.
Tapi sekali ambil jelah.
So......kenalah ambil banyak2 sampai penuh pinggan...haha3.
Nilah makanan yg saya dan member makan...sedap jugak.

Wednesday, May 26, 2010

Jalan2 Cari Makan Di JC Corner Lagi, Kali Ni Makan Mee Goreng Pula

Jc Corner or JC Nursery ni dah mcm tempat kunjungan yg plg kerap saya dgn amoi cina pergi.
Apa yang bestnya, saya pun kurang pasti.
Maybe dah tak tahu nak makan kat mana agaknya.
Lagipun amoi cina suka minum green bean juice kat situ.
Dahlah tu ada screen TV besar lagi.
Ok juga lepak2 sambil tgk cerita or lagu best.

Kunjungan kami kali ni...mcm biasa.
Makan mee goreng, mushroom sup, air cincau & juice green bean.
Jom makan sama2...he3


Ni air cincau utk saya...sedap tau, sbb tu saya suka order.
Dahlah tu gelasnya besar..jenuh nak habiskan.
Sampai penuh perut nak isi...he3

Monday, May 24, 2010

Khasiat PISANG...Lepas Baca Anda Pasti Akan Pandang Tinggi Pada Buah Pisang.


  Credit:Google


Bagi anda yang suka makan pisang, elok baca info menarik mengenai khasiat pisang ni. Dengan itu anda akan makin nak makan pisang hari2...ha2.


Sedap apa pisang ni. Dahlah tu senang didapati. Harga pun murah. Banyak khasiat lagi tu....jom makan pisang.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.


Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Tekanan: 

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. 

Sunday, May 23, 2010

10 Kebaikan Telur Yang Perlu Anda Tahu

Credit:Google


Bagi peminat telur...he3. Tahukah anda telur ni banyak khasiatnya. Kalau masih kabur2, silalah baca info dibawah ni. Mana tau ia berguna untuk anda. Tak rugi apa2 pun, kalau anda ingin mengetahuinya lebih lanjut. Silakan.....baca.


1. Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata (makuladegeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah didapati di dalam telur.


2. Telur juga mengelakkan penyakit katarak  mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin..


3. Sebiji telur juga mengandungi 6 gram protien berkualiti tinggi dan 9 keperluan asid amino.

Saturday, May 22, 2010

Sup Ayam Ciptaan Sendiri....Dah Macam Steambot Pula

Esok hujung minggu, apa plan masak2 saya minggu ni ya?
Entahlah tengoklah esok macam mana.

Minggu lepas saya masak sup ayam ciptaan sendiri.
Sup ayam rojak...mcm2 saya bubuh dalam sup tu.
Dah macam steambot pula...tu yang member lelaki saya cakap..ha3.

Friday, May 21, 2010

Aneka Cucur Yang Membuat Perut Berbunyi Lapar!!!

Jemput makan cucur.
Sedapkan cucur2 di bwh ni.
Bermacam2 bentuk & nama cucurnya.
Mana satu anda suka makan...jom pilih.

Thursday, May 20, 2010

Ukiran Buahan & Sayuran Yang Kreatif & Menarik Kalbu

Wah....cantik btllah ukiran buahan & sayuran ni.
Pandai btl si tukang ukirnya..kan!
Kalau saya tak dpt nk buat sekreatif ini.

Jemput Makan Jagung!

Hari minggu lepas ikut Kak Ayu pergi ke pasar tamu.
Jalan2 tjumpalah jagung.
Teringin sangat nak makan, so belilah setompok.
Cukuplah utk saya seorang makan...he3.

Jemput makan ye!
Kalau nak.....masak sendiri...yg ni saya punya.
Fuh...kedekutnya saya..huhu3.

Isi jagung taklah padat sangat tp cukuplah makan.

Tuesday, May 18, 2010

Pelbagai Bentuk Rupa Teabag Yang Kreatif

Cantikkan reka bentuk teabag ni.
Bmacam2 jenis & rupa....mcm ni barulah syok nak minum.
Harganya entah berapa agaknya ye.
Belum jumpa lagi teabag jenis ni kat pasaran.
Yang ada jenis yang biasa2 je.

Sunday, May 16, 2010

Dah Makan Malam Ke Belum Ni? Kalau Belum, Jom Jalan2 Cari Makan

Jom..jalan2 cari makan di After Three Kopitiam.
Selalu betullah pergi makan sini.
Apa yang best...entahlah.
Yang penting dapat makan sudahlah.
Jom order makanan.


Yang ni amoi cina saya yg order.
Lemon C.Cop Rice....rasa bolehlah tahan.
Cuma harga je....mahal sikit....RM6.50.
Sikit je kan?

Wednesday, May 12, 2010

Jalan2 Makan Spageti Seafood

Semalam jalan2 mcari makan di malam hari.
Destinasi ke JC Corner.
Tempat makan dalam taman tu.
Kali ni saya order Spageti Seafood.
Jommm....makan sama2.


Fikir spageti ni special sgt...saja nk try.
Nampak mcm mee biasa je.
Member i order sup mushroom.


Ni air i...cincau special punya...hee3.

Monday, May 10, 2010

Carrot or Lobak Merah Yang Banyak Khasiatnya

Credit:Google

Carrot or lobak merah kaya dengan pelbagai khasiat yang tersendiri. Sebab itulah saya sering beli carrot ni. Hampir tiap minggu mesti ada carrot dalam menu makanan saya. Sama ada sebagai sayuran mahupun air juice. Wajib ada. Bukan apa, carrot ni bagus untuk penglihatan. So, saya nak mata saya elok je..he3.

Nak tahu tak? Carrot ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potasium dan karotin. 

Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.

Carrot juga berupaya mengurangkan:

1.  kandungan gula dalam badan

2. mencegah kanser

3. mengubat kencing manis

4. gout

Saturday, May 8, 2010

Air Soya Banyak Khasiatnya.....Apalagi Jom Minum!

Credit:Google

Siapa suka minum air soya, angkat tangan..he3. Saya memang suka minum. Sedap. Lagipun banyak khasiatnya. Lebih2 lagi kalau anda buat sendiri di rumah.

Sebenarnya sudah banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.
 
Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
 
1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.

2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.

3 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.

4.  Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.

Coklat Kurangkan Tekanan Darah

Credit:Google

Kajian ke atas hampir 20,000 responden selama sekurang-kurangnya 10 tahun menunjukkan pengambilan sedikit coklat setiap hari mampu mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak hampir 40 peratus.


Mereka yang memakan purata enam gram coklat setiap hari atau bersamaan satu perempat daripada sekeping coklat, adalah 39 peratus lebih rendah terkena serangan jantung atau strok.


Sebelum ini banyak penyelidikan menyarankan pengambilan sedikit coklat hitam setiap hari baik untuk kesihatan, namun ini adalah kajian terawal mengenainya. Pakar berpendapat flanovol di dalam coklat memberi faedah kepada tubuh kerana ia mengembangkan saraf, sekali gus menurunkan tekanan darah. - European Heart Journal.

Aneka Latte Coffee Art...Cantiknye, Sayang Nak Minum

Cantikkan.....mmg terrorlah org yg buat corak ni.
Nk cuba tp rasa tk akan jd...tk de seni katakan...ha2.

Friday, May 7, 2010

Jalan2 Cari Makan Di Reggae's Grills - Jom Makan Mee, Macam2 Ada

Semalam keluar makan dengan sahabat karibku, amoi cina.
Tak tahu nak makan kat mana.
Last2 kami dua singgah di Reggae's Grills.

Tapi bukan makan makanan western food kali ni.
Kami order mee je...lgpun teringin nak makan mee ma.

Jom order!!


Mee Goreng untuk saya...yum yum.

Buffered Earning Di Awal Bulan Mei


Yepiii dapat buffered earning lagi.

Bestnye kalau dapat tiap2 bulankan.

Kalau tiap minggu, lagi best...he3 (tamak betul bunyinye)

Bulan ni saya dapat satu je buffered earning setakat nilah.

Haraplah dapat lagi.


Nilah campaign buffered earning saya tu.

Pasal DIGI....nk tengok apa benda, cliklah iklan tu bila dah keluar dari tempat persembunyiannya.

But khas bagi yang betul2 nak tahu.

Kalau main2 je...tak payah ye.

Last word....TQ Nuffnang

Thursday, May 6, 2010

Rahsia Perapan Rempah & Asam Boi - Sajian Warisan Roaster


WARISAN Roaster dengan gabungan cita rasa daripada campuran asam boi dan rempah ratus eksotik diperkenalkan sebagai resipi baru di restoran Rasamas. Resipi ayam panggang tersebut adalah salah satu daripada lima resipi yang berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan masakan ayam RasaMas Roaster tahun lalu. 

Sajian Warisan Roaster, hasil ciptaan Mohd. Salezahrin Mohd. Saleh dari Ampang, Selangor itu merupakan campuran cita rasa masakan pelbagai budaya di Malaysia.

Para pengguna boleh mencuba keenakan hidangan tersebut di 40 cawangan RasaMas di seluruh negara untuk tempoh yang terhad sahaja mulai 8 April lalu sehingga 2 Jun ini.

Wednesday, May 5, 2010

Kek Cerai Ada Disini....Siapa Mahu?

Pilih2 mana satu anda suka.
Masa kahwin ada kek kahwin.
Masa cerai.....tiba2 ada kek cerai pula.
Siapalah punya idea ni ye!

Saturday, May 1, 2010

Jom Masak Sup Ayam Herba Cina....Yum Yum!

Terasa t'ingin sangat nak makan sup ayam herba cina yg warna hitam tu.
Tak tahu nk eja sup apa...he3.
Saya ni memang gemar sgt sup herba cina ni.
Walaupun pahit tapi penuh khasiat.
Kalau balik kpg, mmg sll suruh mak masak.
Tapi sebab mgidam sgt mcm org mgandung pula.
So, smlm msklah kat hostel...simple je...semua boleh buat.


Ni bahan utamanya..mesti ada rempah kayu2 herba ni.
Bahan lain...ayam, air & bahan perasa.
Paling penting mesti ada alatan memasak..he3.
Kalau tak ada mcm mn nk masakkan?


Saya bahagi dua bhn2 tu..tk msk semua.
Sbb msk sikit je..bukan ramai org tahu mkn pun sini..he3.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."