Yummy Friends

Sunday, July 5, 2009

Sedapnya Rendang Tok

Rendang Tok...yummy. Sy blm pernah rs lg Rendang Tok ni. Dengar sebutan rendang je dah tau sedap. Aduh lapar d buatnya...hahaha. Maybe kalau bpeluang kelak, dpt rs Rendang Tok org Perak. Sbb ada member kat sana, cuma blm bkesempatan nak p sana. Nak cuba rs org perak sdiri buat. Kalau tk silap, Rendang Tok kan asal dr perak. Betul kan???

Resepi

RENDANG TOK

Bahan-bahan
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan......Sumber: Cari Resepi

Cuba tau...mn tau buatan sdiri lebih sedap dr buatan org perak...hehehe.



Rendang ni kalau makan dgn ketupat, sedapkan? Terutamanya time raya. Sebut psl raya...waa tinggal 1 bulan lebih lg nk puasakan. Yelah raya kan bulan 9. Hemmm..cepat btl masa blalu. Tak terasa pula...hehehe.

Selain resepi d atas, anda boleh dptkan resepi d: RESEPI. Masak lebih sikit k...utk sy..Selamat mcuba.

Saturday, July 4, 2009

Keropok lekor

Info:
Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur, khususnya di Terengganu yang terkenal.

Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.
(Sumber: WIKIPEDIA)




Yummy....sapa suka makan keropok lekor, angkat tangan..hehehe. Sapa tk suka. Semua org suka. Dulu ms belajar d kedah, sll jugak beli keropok lekor d pasar malam. Sedap tau. Skrg bila dah balik negeri sdiri, agak sukar cari keropok lekor yg sedap. Sini ada tp lg sedap keropok lekor org semenanjung..kan? Ms sy p melawat kelantan, ada tgk org buat keropok lekor ni. Best je tgk...tp lg best dpt makan free..hehehe.

Nak cuba buat...jom dptkan resepi d:
RESEPI

p/s: Kalau ada lebih tu, jgn lupa kirim bg sy ok....selamat mjamu selera.

Mee Bakso: Makanan Indonesia

Sy pertama kali kenal Mee Bakso ni ms keje d Bintulu. Sblm ni sy tak tahu apa tu Mee Bakso. First tempat sy cuba makanan Bakso ni di canteen tpt keje sy. Tukang masak yg buat Bakso ni org Indonesia...so ada rs ketulenan Bakso Indonesia lah.

Fuh...bila cuba je makan. Pedas btl, sbb mrk bubuh cili byk sgt. Dahlah sy ni tk tahan pedas. Sampai bpeluh sy makan....tp sedaaaap. Bakso ni mmg popular d Indonesia. Ia dperbuat dr mee, bebola daging & swaktu dgnnyalah...hehehe. Kalau kat canten tpt keje sy...ada 3 jenis mee mrk ltk. Mee kuning, mihun & mee...mcm mee maggi tu. Maybe stiap org cara mskannya berbeza. Lain kali sy tunjuk Mee Bakso masakan amoi canten tpt keje sy...ok.

Kalau ada antara anda ingin mcuba mbuat sdiri Mee Bakso ni, bolehlah dptkan resepi di:
RESEPI


Sedaaaap...jgn tak cuba tp jgn bubuh cili byk sgt ye. Tak elok asyik makan pedas je. Kalau bubuh bebola daging byk, sy mahu lah...hehehe. Selamat Mcuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."