Yummy Friends

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Buat Harimau Malaya..Malaysia Boleh + Happy New Year 2011

Tahniah buat skuad Malaysia, sebab berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010.
Malaysia semestinya Boleh!!!



And TQ banyak2 sebab kejayaan anda membawa cuti hujung tahun yang amat bermakna buat semua rakyat Malaysia.



HAPPY HOLIDAY SEMUA

AND 

HAPPY NEW YEAR 2011.

Wish awal...sebab cuti tahun baru ni, busy dengan aktiviti tersendiri :).

Saturday, December 25, 2010

Juadah Di Tahun Baru 1432 - Rendang Ayam, Sotong Masak Kari, Etc

1 Muharam dah berlalu, saya baru je nak load pictures dalam handphone baru ke laptop. Dari hari tu lagi nak load tapi hajat asyik tak kesampaian je...hehe. Apa2 pun layan jelah gambar juadah sempena tahun baru bulan ni. 
 
 
Banyak juadah yang saya dan kawan2 ofis sediakan. Sampaikan tak habis makan. Tapi boleh simpan untuk makan keesokan harinya. Antara juadah yang kami masak adalah:
 
Rendang ayam.
 Masak rendang ni cara tradisional, bukan segera punya ye.
 


 Rendang ayam yang telah diangkat dari dalam periuk.
Nampak lainkan warna gambarnya.

Friday, December 24, 2010

Makan Ala Kadar Ke Macam Ni?

Hari ni kat ofis, keje tak semangat langsung.
Apataknye mood holiday sudahlah.
Esokkan xmas eve...so cuti time.
Tapi tak juga ke mana2 sangat.
Cuma planning esok ziarah rumah member sekerja saja.


Ok habis cerita tu...kita tengok apa menu di kantin malam ni.
Emmm...makanan ala kadar je.
Tapi betul ke ala kadar...lu fikirlah sendiri...hahaha.

Kerang, sotong goreng, sayur kerabu then yang satu tu,
saya tak tahu apa masakan tu.
Tak makan pun...hehehe.

Wednesday, December 22, 2010

Khasiat Air Suam @ Sky Juice Yang Ajaib

  Credit:Google
 

Ino menarik dan saya rasa kita semua patut amalkannya...;)

Tahukah anda semua air suam mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air suam sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.


Berikut lapan sebab tentang kebaikan minum air putih/air suam/air kosong/air masak...


1. Menguruskan badan
 
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.


2. Meningkatkan kesuburan
 
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

Saturday, December 18, 2010

KFC Cheezy Zinger Crunch - Nak Satu!!



Menu terbaru dar KFC, Idamanku Selalu or Kesedapan Hingga Menjilat Jari.....KFC Cheezy Zinger Crunch. Nampak besar, sedap dan mengiurkan..kalau tengok dalam picture tu tapi realitinya hanyalah ilusi dan impak gambar tu je lebih. 


Saya belum makan lagi. Just bagitau apa yang member saya bagitau. Taklah sebesar dalam picture tu ya. Nak kata sedap bolehlah. Tapi saya tak kisah apa orang cakap. KFC tetap menjadi makanan segera kegemaran saya. Dari dulu hingga sekarang. Peminat setia katakan...hehehe.

Petua dan Khasiat Bawang



 Credit:Google


Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang juga mempunyai banyak kegunaan dan khasiat bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya :


1. Pening Kepala:

potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. Lemah Otot:

ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. Demam Selsema:

telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

Tuesday, December 14, 2010

Hidup Sihat: New Holistic Health Cookware Set

Bulan lepas, ada satu badan swasta memberi penerangan mengenai kesihatan dan pentingnya nutrisi dalam kehidupan kita setiap hari.
Banyak juga info2 menarik mereka sampaikan.
Termasuk memperkenalkan periuk kesihatan ini.
Ia semacam AMC juga tapi maybe lebih bagus dari itu.
Jika anda menggunakan periuk kesihatan ni, anda tak payah guna minyak banyak sangat.
Itu yang diterangkan kepada kami hari tu.
Apa pun saya belum try lagi periuk ni...tunggu balik rumah sendiri..hehehe.



Saturday, December 11, 2010

Nuffnang: Buffered Earning And Trafik


Salam pagi ahad semua.....dah lama tak cerita pasal buffered earning dan trafik blog' Menerokai Dunia Makanan' ni ye. Sebenarnya tak de info menarik sangat pun. Sekadar nak update blog aje...hehehe.


Clik utk tumbesaran ye!


Untuk bulan ni, buffered earning untuk blog saya ni. Hanya 3 campaign masih aktif beroperasi. Income dari campaign tu, taklah banyak sangat. Cukup makan je. Maybe cukup beli KFC...hehehe.




Sebab trafik blog ni, hanya siput je. Tak pernah nak sampai 100 visitors. Tak pelah. Sekurangnya ada pengunjung. Lagipun saya jarang nak blogwalking. Biasalah internet sekarang semput2 je. Geram dibuatnya tapi sabar jelah. Oklah tu je cerita kita...bye.

Wednesday, December 8, 2010

Karipap Oh Karipap



Sedapnye karipap.....karipap ni kalau intinye kentang masak kari then ada daging ayam sikit, barulah sedap. Sampai menjilat jari...hahaha.


Sekarang ni kat tempat saya memang popular dengan karipap ni....sejak dijual bulan lepas, fuh sentiasa dapat sambutan je. Cuma adalah 2 or 3 hari tu tak laku sangat sebab tukang buat karipap ni bubuh inti ubi warna purple....entahlah apa nama ubi tu. Tak sedap langsung. Rasa rugi pula beli.


Sejak hari tu, saya dengan rakan2 mesti tanya dulu apa isinye baru beli lebih sikit. Makan time tea break waktu pagi....hehehe. Karipap ni dimasak sekitar jam 10 lebih pagi macam tu. Tika panas, baru sedap makan. Tapi jangan sampai terlecur lidah sudahlah...hahaha. Jom makan karipap lagi esok.

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru Hijrah 1432H



Salam Maal Hijrah buat semua sahabat blogger dan para umat Islam.

Moga permulaan tahun ini, membawa seribu rahmat buat kita semua.

Mulakan tahun baru ini dengan amal dan amalan yang diredhai Allah.

Serta mudahan kita sentiasa di bawah lindungan-Nya...Amin.

Untuk Doa akhir dan awal tahun hijrah boleh klik cini.

Saturday, December 4, 2010

Wow....Telur Ayam Gergasikah Ini?

1st time tgk telur ayam sbesar ni.
Telur ayam gergasikah ini?
Kalau telur angsa, barulah mcapai saiz mcm ni.
Tapi ayam....tk pernah pula.
Entah mcm mn rupa anak ayam yg thasil nanti ye!!

Kosmo

CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.


Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.

Tuesday, November 30, 2010

Siapa Peminat Ikan Keli, Pasti Suka Snek Ikan Keli Ni!!!

Credit:Google


Ikan keli si ikan keli....sedap di masak, enak di makan. Semestinyalah...kata peminat ikan keli...hehe. Bagi yg minat sgt makan ikan keli pasti skali makan je masakan ikan keli gulai or apa2 mcm cara masakan ikan keli, pasti akan btambah2 nasi dlm pinggan. Bagi mereka yg tk pernah makan ikan keli, lainlah ceritanye...kan.


Saya rasa, saya pernah skali makan ikan keli. Itupun semasa saya mgikuti member balik kampungnya. Tak berapa ingatlah macam mana rasa ikan keli. Bagi saya, apa2 jenis ikan pun saya makan. Yg penting masakannya sedap...hehehe.


Sekarang ni dgn teknologi moden, pelbagai produk baru dicipta. Termasuklah produk 'snek ikan keli' yg mdapat sambutan mgalakkan dari pelanggan di Malaysia ini. Harganya juga amatlah berpatutan. Rasanya, tak taulah saya. Nak tahu macam mana rasa snek ikan keli, dapatkan di pasaran sekarang...promosi promosi!!!!

Monday, November 29, 2010

Apa Makanan Hari Ni Ya?

Kebelakangan ini agak jarang ambil makanan di kantin, yelah nk jaga body katakan...hehe. Gurau je. Petang ni terasa nk pergi ambil pula. Terasa lapar sangat. Lagipun dah beli bekas yg lebih besar dan elok utk bekalan tapau di kantin. So, bolehlah selalu tapau next time. Itupun kalau rajin turun kantin or terasa lapar tahap gaban...hehe.


Sebenarnya tempat kerja saya ada sediakan tempat tinggal. Free gitu. Termasuk elektrik dan air. Makan minum pun free juga. Just turun ke kantin, makan. Saya kalau waktu tengahari, waktu kerja je makan kat kantin. Kalau waktu malam, selalunya tapau je. Almaklumlah, di kantin sebelah muslim. Saya je perempuan local, yg selebihnya lelaki Indonesia dan sikit je lelaki local yg mpunyai pangkat tinggi sikitlah. So, dari makan ramai2 dgn laki, eloklah saya tapau je. Malulah makan sorg2, dahlah sorg je perempuan...kan??


Emm...apa ya menu makanan mlm hari ni ya? Untuk sedia maklumlah. Makanan yg disediakan di kantin ni, tukang masaknye org Indonesia. Jadi, makanan masakan mereka agak beza sikit dan mereka ni suka masak pedas2. Dahlah saya ni, tk suka pedas...tpaksalah mkn then sakit perut...hahaha.


Inilah menu mlm ni....saya campurkan skali.

Saturday, November 27, 2010

Churp2 Berwajah Baru, Blogku Pun Berwajah Baru

Hari ni tgh blogwalking di blog seorg Uncle tu, tgerak hati pula nk tukar template baru utk blog saya ni. Yelah nk juga wajah blog btukar mcm Churp2 juga, dah btukar wajah smlm. Kalau tk silap sayalah. Sbb baru je smlm buka akaun Churp2. Nilah wajah baru Churp2...menarik dan simple...kan?




Utk wajah baru blog saya ni, saya pilih yg paling simple dan bkenan  dhati sayalah. So, rasanya blog saya kali ni nampak berseri sikitlah. Dan harap btambah2lah rezeki masuk ye...hehe.

Friday, November 26, 2010

Berita Dunia Makanan: Kopi Bergula Tingkatkan Prestasi Otak

Credit:Google


BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.


Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.


Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.


Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. 

Wednesday, November 24, 2010

Aneka Rupa Makanan Yang Cute, Pasti Menambat Selera Anda!!

Uwhhh....yummynye.
Cute2 lg hiasannye...sayang btl nk makan.

Monday, November 22, 2010

Berita Dunia Makanan: Khasiat Kunyit

 
WASHINGTON: Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.


Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.


Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.


"Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.

Saturday, November 20, 2010

Makan Nasi Lemak Di Airport Kuching....Yummy!!

Percutian 3 hari 4 malam di bumi Kuching, memang best. Banyak kenangan di kumpul bsama member lama dan si dia..hehe. Sepanjang di Kuching memang sibuk pergi shopping je kejenye. Tak pun p makan je. Sebab tu bila balik dr cuti, berat badan pun naik. Tak pelah, yg penting serononk.


Semasa menunggu penerbangan balik ke Bintulu pagi Isnin awal bulan ni, saya bkesempatan sarapan pagi di airport Kuching. Makan nasi lemak dengan teh tarik. Rasanye bolehlah tahan.



Friday, November 19, 2010

Pewangi Sisa Buah-buahan

Credit:Google


SISA buah-buahan dan sayuran yang dicampur dengan gula perang dan air mampu menghasilkan bahan pewangi yang menjimatkan dan bersifat semula jadi.


TAHUKAH bahawa anda mampu menghasilkan penyegar udara sendiri dengan menggunakan sisa buah-buahan dan sayuran dari dapur rumah?


Ia bukan sahaja satu langkah penjimatan kerana tidak perlu membeli semburan penyegar di kedai, malah penyediaannya tidak melibatkan kos yang mahal. Anda hanya perlu menunggu tiga bulan untuk mendapatkan hasilnya.


Sekumpulan pelajar Kolej Taylor's yang terlibat dalam demonstrasi membuat ekoenzim sempena minggu Go Green memberitahu, untuk menyediakan ekoenzim seseorang itu hanya memerlukan sisa buah-buahan atau sayuran, gula perang dan air.


Menurut Akmal Arif, 19, ekoenzim merupakan satu larutan kompleks yang dihasilkan melalui proses pemeraman antara campuran sisa dapur yang segar seperti buah-buahan dan sayuran, gula serta air.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha Dari Dunia Makanan Anda



SALAM ADIL ADHA buat semua umat Islam specially pgunjung blog DUNIA MAKANAN ANDA. Maaflah ye, kalau ada bahasa or tutur kata tu yg mguris hati sapa2 saja yg ada singgah ke blog saya yg tk seberapa ini ye. Saya hanya manusia biasa, tk pernah lari dr melakukan kesilapan...hehe. Haraplah dimaafkan.


Pasti ada yg tgk sibuk myiapkan juadah raya utk esok. Rendang, ketupat, lemang, kari....emmm myelerakan. Rasa tak sabar nk merasa semua makanan yg sedap2 tu esok. Tapi jangan lupa kpd org yg serba kekurangan ye. Jgn nk seronok je. Oklah...tu je...bye, nk siapkan juadah utk esok. Salam.

Saturday, October 30, 2010

Pizza Hut Oh Pizza Hut

Pizza Hut....yummy. Entah bilalah nk p sana dan makan sepuas hati. Tahun ni just sekali je rasanya p makan kat Pizza Hut. Banyak juga resepi2 tbaru Pizza Hut pkenalkan tp tk juga merasanye. Alahai...bilalah agaknye tgerak seluruh badan ni p Pizza Hut.


Saya tgk ada pizza baru Pizza Hut pkenalkan...kalau tk silap 'Extreme Cheesy 6 Pizza'. Sedap ke? Sedap agaknye sebab mgandungi 6 jenis keju di dalamnye.


  • Cheddar – classic delicate taste
  • Mozzarella – creamy and soft
  • Parmesan – flavourful and savory
  • Provolone – full-bodied, slightly tart
  • Monterey Jack – zesty and nutty
  • Romano – a hearty taste

Wednesday, October 27, 2010

Berita Dunia Makanan: Kumpulan Chef Hasilkan Mi Terpanjang

Credit:Kosmo


MELFI - Sepasukan cef di sini, Itali menghasilkan mi sepanjang 100 meter yang dipercayai terpanjang di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.


Mi tersebut dimasak dengan menggunakan 130 kilogram tepung buah berangan bagi Festival Buah Berangan yang merupakan acara tahunan di sini.


Ketua Cef, Antonio Zazzerini berkata: "Kami bekerja seharian untuk menghasilkannya tetapi ia habis dimakan dalam masa cuma lima minit kerana ramai orang yang datang untuk menyaksikan kami."


Dakwaan mereka kini disemak oleh pegawai-pegawai Guinness of World Records. - Agensi

Monday, October 25, 2010

Khasiat Buah Lemon Yang Perlu Anda Tahu

 Credit:Google
 
 
Bagi anda yg suka makan buah lemon, perlulah tahu apa khasit buah ni. Jangan ingat makan je tp khasiatnye satu apa pun tak tahu...hehe. Ok, sini ada beberapa pengetahuan tentang buah lemon utk dikongsi bsama:


1. Baik untuk wanita yang mengandung dalam kategori membina tulang bayi.


2. Untuk sengal-sengal badan. Ambil 1-2 oz jus lemon dicampur air masak dan diminum 3 kali selepas makan dan sekali sebelum tidur.


3. Untuk penyakit lelah- minum sesudu sejam sebelum makan .


4. Untuk penyakit demam- minum setiap jam - jus lemon tambah air panas.


5. Untuk sakit rengkung - teguk sedikit-sedikit dan kumur-kumur.

Thursday, October 21, 2010

Inteam : Kasih Kekasih

Hari ni, malas nk cerita psl makanan.
So....apa kata layan lagu ni...best.sgt2.

Kasih Kekasih

Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Saturday, October 16, 2010

KFC Idamanku Selalu

Hari ni nk makan KFC...jom tapau!!!


Friday, October 15, 2010

Berita Dunia Makanan: Telur Ayam Bulat Seperti Bola

Wah telur ayam buat mcm bola..menarik ni.
Tk pernah jumpa di mn2 pun...hehe..

Sumber:Kosmo


CORNWALL - Seorang chef masakan berusia 27 tahun, James Church terkejut apabila dia terjumpa sebiji telur ayam unik yang berbentuk bulat seperti bola ketika sibuk memasak di Hotel Bristol di Newquay, Cornwall baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. 


"Saya sedang bekerja pada waktu pagi dengan memecahkan telur dan membuat sarapan seperti biasa. Saya kemudian mengeluarkan satu bekas dan kemudian terlihat telur ini," kata Church yang menceritakan penemuan unik itu. 

Tuesday, October 12, 2010

Berita Makanan: Tambah Khasiat Mi Segera

Credit:Google

Info menarik buat pengemar mee segera dan juga saya sendiri...nak tau? Kenalah rajin baca karangan pjg lebar kat bwh ni ye:

SEBUT saja mi segera, pasti ada yang memperlekeh dan menganggap ia makanan picisan. Sebenarnya ia boleh dibuat penambahbaikan dengan menambahkan bahan makanan lain yang lebih menyihatkan. 

Pengambilan mi segera seharusnya ditambah dengan hidangan protein, serat dan sayuran bagi menyeimbangkan pengambilan zat makanan dalam diet seharian setiap individu.

Pakar pemakanan, Gaiyal Subramaniam berkata, mi segera sememangnya sesuai diambil sebagai alas perut bagi mereka yang tidak sempat mengambil hidangan sempurna. Tetapi seelok-eloknya ubah cara penyediaan hidangan mi segera tersebut supaya ia lebih berkhasiat dan mengenyangkan.

‘‘Hidangan mi segera biasanya mengandungi banyak kandungan sodium ataupun garam yang boleh menyebabkan masalah kepada tubuh.

“Oleh itu perlu diberi perhatian dengan menambahkan komponen makanan seperti protein, serat dan sayuran bagi memberi keseimbangan dalam sajian mee segera itu,’’ katanya pada bengkel kulinari bersama media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 

Saturday, October 9, 2010

Update Nuffnang: Trafik, Keyword Dan Buffered Earning

Salam ahad 10/10/10...wah no btuah tu...hehe.
Hari ni, nk cerita psl Nuffnang trafik, keyword dan buffered earning.
Tk de yg menarik sgt tp sj je nk post sst kat sini hari ni.
Dr hari tu nk post, tp pic tk keluar2..payah btl...hehehe.


Ok, first cerita psl buffered earning.
Ada 5 buffered earning yg tgh aktif dan tk lama lg bakal jd metered earning.
Brp jumlah income dpt dr campaign buffered earning ni...biarlah rahsia.
Hehehe.....sbenarnya tklah byk sgt pun...siput je.




Knp sy cakap mcm tu, sbb...tgk je analisis trafik blog saya ni.




Wednesday, October 6, 2010

Kesan Makanan Ringan or Junk Food Terhadap Otak

 Credit:Google

Info menarik utk dikongsi bsama, terutama buat mrk yg gemar makan makanan ringan.


Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak
 
Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. 


Hal ini disebabkan, otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.  

Saturday, October 2, 2010

5 Kesan Daripada Minuman Berkarbonat


Maklumat ini diambil daripada GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010) yang menyatakan bahawa terdapat 5 kesan buruk hasil daripada minuman bergas seperti Coke, Sprite dan seumpamanya. Berikut adalah antara 5 kesan berkenaan:


1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Kajian daripada University of Texas mendapati bahawa minuman bergas (berkarbonat) mampu meningkatkan risiko obesiti secara purata dalam  32.8 %, sedangkan diet coke (bebas gula) mampu meningkatkan risiko berkenaan sehingga 54.5%. Maka tidak benarlah seperti yang dinyatakan bahawa diet coke bebas gula.


2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman berkarbonat ini, mengandung 250 kalori per 600 ml. Tidak ada sebarang kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.


3. Kandungan kafein yang memungkinkan ketagihan

Minuman berkarbonat juga dapat menyebabkan ketagihan. Apa yang cuba merangsang ketagihan itu adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari meminum minuman berkenaan, kebarangkalian besar anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

Sunday, September 26, 2010

Petua-Petua Masakan


Petua2 masakan yg perlu anda tahu utk dikongsi bsama:

• Mengekalkan Kesegaran Sayuran

Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.
Mencuci Kerang Dengan Mudah

Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.


Jemput-jemput  Sentiasa Lembut

Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

Friday, September 24, 2010

Makan Nasi Beriani & Canai Telur, Sponsor By Kak Sal

Ni cerita psl posa bulan lepas.
Hehehe...dah msk syawal baru nk cerita.
Biasalah time posa, mls nk cerita psl makanan byk sgt.
Lapar nanti...hahaha.

Lama juga tk mkn nasi beriani ni.
Syukurlah ada org sponsor pula tu.
Makan free nampaknya...hahaha.

Sedapnyeee......yum yum.

Tuesday, September 21, 2010

Khasiat Kurma Yang Ajaib

Credit:Google

Info menarik utk dikongsi bsama:

Kita disunatkan berbuka dengan kurma dan kurma ini juga bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Di dalam Al Quran ada dinyatakan mengenai kebaikan memakan kurma bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan anak iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 ke 26. Ia mengenai kisah Maryam yang sakit untuk bersalin Nabi Isa a.s. Allah memerintahkan Maryam memakan kurma.


Mengapa kurma amat bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Buah kurma ini penuh dengan khasiat. Mengikut kajian ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.


Buah ini juga dibina daripada 23 jenis asid amino yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakan buah-buahan lain. Buah kurma juga mengandungi selenium, bahan yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang mampu mencegah kanser.

Monday, September 20, 2010

Cuti Raya Dah Habis, Time To Work Dah

Cuti raya seminggu lebih, dah blalu.
Sekarang msnya balik hostel, keje.
Pastinya banyak keje yg menanti di ofis.
Apa nk buat dah keje namanya.

Dah balik hostel ni.
Terasa rindu pula nk makan ketupat dan rendang...he3.


Sedapnyeee....
Hari tu dah makan banyak.
Sampai sakit perut...walauapa pun puas makan...

OK...SALAM LEBARAN SEMUA YA.

Friday, September 10, 2010

Selamat Aidil Fitri Semua

Tangan dihulur mohon kemaafan di pg syawal yg indah.
Haraplah dimaafkan ye.
Mana tau spjgn pkenalan or dlm dunia blog ni.
Saya tcakap salah dan myinggung perasaan kwn2ku.
Ampun maaf dipinta ya.



SELAMAT HARI RAYA. 
MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, September 2, 2010

3 Ketul Buffered Earning Rezeki Ramadhan Bulan Ini


Opp...bukan 3 tp 4 ketul buffered earning sy dpt bulan ni.
Syukur byk2....nilah rezeki di bulan yg mulia ni.
Bulan Ramadhan...tk sangka jg dpt 4 ketul skaligus.


Hope lepas ni income naiklah sikit.
Dptlah sy cashoutnye nanti.
Berbelanja dgn duit free Nuffnang.
Pastinye bestkan....just duduk depan laptop dan update blog, dpt duit.
Senang je...mcm ABC...huhuhu.


Betul tak kwn2.
Tp kalau tk rajin update dan tingkat trafik, payah jg nk dpt duit Nuffnang ni.
So...maksudnya kena usaha juga.
Siapa nk bg duit kat kita free jekan.
Kalau tk usaha...wpun sikit, jdlah.
Oklah...SELAMAT BBUKA SEMUA.

Sunday, August 29, 2010

Juada Berbuka Hari Ini...Simple Je!!

Jom usha2 juadah apa yg best hari ni.
Emm...nampak simple je.
Janji kenyang...sudahlah.


Makan sotong...pedas juga ni.


Nasi dan sayur....tu je, simple je.

Monday, August 23, 2010

Biskut Raya: Biskut Almond London

Raya tk lama lg...sibuklah kwn2 kita nk buat biskut raya ya!!
Biskut plg saya suka ialah Biskut Almond London.
Tp tk pernah nk buat pun...hehe.
Siapa nk try buat..bolehlah cuba try resepi ni.

BISKUT ALMOND LONDON


Bahan � bahan


250 gm mentega

1 cawan gula kastor

1 biji telur

1/2 sudu teh esen vanila

3 cawan tepung gandum .........]

1/2 cawan tepung jagung ........]

1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua

1 s/k emplex [optional] ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."