Yummy Friends

Saturday, January 29, 2011

1 Hari 1 Resipi.....Yeppie Dapat Juga Beli Buku Ni :)

Semalam saya dengan amoi cina jalan2 shopping tahun baru cina di Parkcity Mall. Lepas puas mencari baju idaman. Singgahlah di kedai buku 'Popular'. 


Ronda2 di Popular, tengok2 buku mana yang berkenan. Tiba2 mata terpandang buku ni: 1 Hari 1 Resipi.

 

Terus beli. Hari tu ada ternampak di dalam majalah PopClub. Terus terpikat sebab tu beli. Lagipun baru ada di Popular. Kandungan resipi dalam buku ni ada 365 resipi dari Chef Hanieliza.

Friday, January 28, 2011

Panduan Diet Terbaik Untuk Anda

Credit:Google


Bagi anda yang ingin berdiet perlulah mengikuti panduan diet yang betul. Jangan sampai nak berdiet tak makan pula. Tak pasal2 pengsan sebab kelaparan..Kan sendiri juga malu..hehehe. Oklah disini, saya senaraikan 7 panduan diet yang terbaik untuk anda.


Antaranya ialah: 
1. Makan Pelbagai Jenis Makanan 
    2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal 

    3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang


    Cintai diri anda dengan amalkan hidup sihat.

    Thursday, January 27, 2011

    Khasiat Daun Pegaga - Untuk Kecantikan

    Credit:Google


    Peminat daun pegaga...disini ada info menarik yang patut anda tahu...sila baca ya..:)

     
    Daun pegaga selain daripada enak dibuat ulam ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit di antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Selain dari itu, daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.
     
    (a) Serikan Wajah Anda.
     
    Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.
     

    Sunday, January 23, 2011

    Jom Makan Laksa Sarawak

    Minggu lepas, saya dengan kawan satu ofis shopping2 di Parkcity Mall. Selepas puas berjalan2 sana sini, perut pula berbunyi. Lapar...hehehe. So, singgahlah di bahagian atas Parkcity Mall. Makan Laksa Sarawak.



     Nampak sedapkan??? Memang sedap pun...:)

    Wednesday, January 19, 2011

    Kurangkan Kolesterol Dan Lemak Dengan Amalkan Pemakanan Yang Sihat

    Credit:Google


    Untuk hidup sihat tanpa kolesterol dan lemak adalah mustahil, kerana dalam pemakanan seharian kita, kita sering makan makanan yang mengandungi 2 items tersebut. Namun, kita boleh mengurangkan kadar kolesterol dan lemak dalam badan dengan mengamalkan cara pemakanan berikut:


    Pilihan Makanan

    Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.

    Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.

    Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya

    Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.

    Sunday, January 16, 2011

    2 Buffered Earning Awal Tahun 2011, TQ Nuffnang :)


    TQ banyak2 Nuffnang yang baik hati sebab bagi 2 buffered earning.
    Mudahan 2 buffered earning ni bagi banyak2 income...hehehe.
    Harap lo...itu pun kalau trafik mantap, baru income power..betul tak?
     



    Apa2 pun syukur banyak2, sekurang2nya income bertambah sikit2.
    Walaupun tak sebanyak otai2 kita.
    Bila dah cashout, bolehlah serbu Pizza Hut..makan ni:

     Credit:pizzahut

    Thursday, January 13, 2011

    Rahsia Kelebihan Ais Terbongkar Sudah...Jom Baca!!

    Credit:Google

     
    Selalu dengar orang tegur, perempuan tak elok minum air sejuk or ais, sebab apa saya tak pasti sangat. Tapi tak tahulah pula ais or air sejuk ni mempunyai kelebihan yang menakjubkan. Tak caya baca entry ni habis.....:
     
     
    Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais:


    1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.


    2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


    3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

    Tuesday, January 11, 2011

    KFC Snack Box - Cheezy Volcano....Sedap Ke??



    Siapa dah try KFC Snack Box baru ni, angkat tangan? Pasti saya...hehehe. Dah makan hari sabtu lepas. Nampak sedap, so orderlah. Nak rasa. Emmm...bolehlah tahan juga rasanya. Apa komen anda pula...ok tak? Ada rasa cheezy? Ada macam volcano tak? 


    Apa pun....aku kurang minatlah dengan KFC Snack Box ni tapi habis juga makan...hahaha. Dah peminat KFC katakan...:)


    Monday, January 10, 2011

    Perkena Satay Di Tanjung Batu..Sedap!!

    Hujung minggu yang paling best.
    Sebab dapat perkena satay di Tanjung Batu lagi.
     
    Sebenarnya agak lama tak pergi sana lepak sambil melihat pemandangan yang kira indahlah.
    Lagipun saya tengok ada serba sedikit perubahan berlaku.
    Makin bertambah menarik tempat reakreasi tu saya tengok.
    Lagipun jalan penghubung ke pantai BDF pun dah siap.
    Pemandangannya memang best gitu.


    Wah...sedapkan..yum yum...habis makan..hehehe.

    Saturday, January 8, 2011

    Khasit Buah Manggis Yang Super...Awet MudaLah!!

    Credit:Google


    Tahu tak??....Buah ungu yang satu ini sering disebut sebagai “buah super”, Kerana mengandung banyak antioksidan dan nutrisi yang bermanfaat bagi kesihatan dan kecantikan. Sekarang ini buah tersebut umum digunakan sebagai suplemen gizi. Untuk opsi natural, manusia dapat mengkonsumsi segelas jus manggis untuk dosis harian.


    Emmm...menarik bukan? Bukan saja itu, manggis ni berfungsi untuk awet muda. Sebab itulah banyak penyelidikan dijalankan and ada produk2 yang penuh dengan khasiat manggis di hasilkan. Antaranya  Vemma. Pernah dengar tak?   



    Friday, January 7, 2011

    Makan Terubuk Masin Goreng, Berulam Peria And Banyak Lagi :)...Sedap Tau!!

    Aduh sedapnye..tengok gambar je dah terliur...hahaha. Nilah juadah makan malam saya dengan kak seofis. Teringin rasa nak makan ikan terubuk masin ni. Nasiblah kak tu ada simpanan setengah ekor...sedap digoreng ni tau...lagi sedap dimakan dengan nasi je, pun dah  cukup menyelerakan.


    Ditambah lagi sambal ikan bilis belacan yang pedas ni dengan berulamkan peria, timun dan kacang bendi. Fuh....bertambah2 selera makan. Sedap sampai mengenyangkan.


    Thursday, January 6, 2011

    Info: Tips Memilih Buah Yang Baik Dan Segar

    Credit:Google


    Info menarik untuk dikongsi bersama, khas buat mereka yang ingin memilih buah yang baik dan segar serta tak merugikan wang anda untuk membelinya. Betul tak? Buah yang baik dan segar barulah ada banyak khasiat. Tapi macam mana nak tahu buah tu segar? Ha.....nak tahu, sila baca tips di bawah ini:


    Pisang
    - Pilihlah yang bentuk pisangnya bulat
    - Hindari bagian batangnya yang sudah terlalu kering


    Mangga
    - Bonggolnya (ujung tangkainya) berwarna kekuningan
    - bau harum sampai ke ujung buah


    Semangka/Melon
    - Jika dipukul terdengar buk..buk..(tidak kopong)
    - Untuk melon pilihlah yang wangi
    - Perhatikan bagian patahan tangkainya, pilih yang bulatan tangkainya kelihatan mekar
    - Melon baik biasanya guratan uratnya banyak dan tebal
    - Pilih melon yang terasa bijinya seolah sudah terlepas saat buah digoncang

    Khasiat Buah Anggur Yang Menakjubkan

    Credit:Google


    Buah anggur memang buah kegemaran saya tapi agak jarang sikit nak makan. Bukan saja sebab harganye agak mahal sikit, malah sebab kalau makan banyak, lidah rasa lain macam je. Kalau makan sikit2 oklah juga.


    Bagi peminat buah anggur, disini saya senaraikan beberapa khasiat buanh anggur yang menakjubkan yang saya rasa anda patut tahu. So, lepas ni boleh makan banyak2 buah anggur...hehehe.

    Antara khasiat-khasiat buah anggur ni ialah :

    Tuesday, January 4, 2011

    Makan KFC Lagi Dan Lagi...:)

    Awal tahun baru 2011 ni, asyik makan KFC je kejenye.
    Patutlah makin mengembang..hahaha.
    Hari ni pula..tapau KFC...jom makan :)



    Makan sambil online..hehehe.

    Saturday, January 1, 2011

    Mee Sup Tulang...Yummy Sedap!!

    Minggu lepas, saya dengan kak seofis buat projek mee sup tulang.
    Walaupun saya jenis tak berapa suka makan mee masak sup ni.
    Tapi cuba jelah.
    Rasanya bolehlah tahan juga.

    Yang ni saya punya..tak de cili punya.
    Sebab saya tak makan pedas sangat...risau sakit perut...hehe.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    "All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."